CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Andy Murray Lega Kasut, Cincin Kahwin Dikembalikan Lepas Merayu Di IG

8-10-2021 05:18 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4593| Komen: 8

Description: Seorang pemain tenis Britain, Andy Murray pada Khamis mengucapkan terima kasih kepada pengikutnya di Instagram selepas mendapat semula sepasang kasut dan cincin perkahwinannya.
Seorang pemain tenis Britain, Andy Murray pada Khamis mengucapkan terima kasih kepada pengikutnya di Instagram selepas mendapat semula sepasang kasut dan cincin perkahwinannya.


Kredit foto: IG Andy Murray


Difahamkan, kedua-dua barangan itu hilang selepas dia berlatih di sebuah gurun di California.

Selepas pulang berlatih, dia mengambil keputusan untuk meletakkan cincin dan kasut tersebut di bawah keretanya kerana ia berbau busuk di hotel penginapannya.



Murray hanya menyedari kehilangan cincin itu yang sebenarnya tertinggal di dalam kasut selepas ditanya ke mana pergi cincin perkahwinannnya oleh seorang ahli fisioterapi.


Dia kemudian kembali ke kereta dan mendapati cincin dan kasut itu telah hilang.

Justeru, dia membuat rayuan di media sosial bagi meminta supaya cincin dan kasut tersebut dipulangkan.



Selepas pengikutnya di media sosial menyebarkan berita tentang kehilangan cincin dan kasut itu akhirnya dia mendapat semula kedua-dua barangan berkenaan beberapa jam kemudian.



Namun, Murray tidak menjelaskan secara terperinci bagaimana kasut dan cincin perkahwinannya dipulangkan walaupun pemain tenis itu berkata, dia membuat panggilan telefon dengan pihak keselamatan hotel berhubung kehilangan kedua-dua barangan tersebut. 


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 8-10-2021 05:55 PM
Isteri ke suami?

Quote helicornia 8-10-2021 06:52 PM
sharlenetexas: Isteri ke suami?

Nape noks? Dia kawin dgn jantan gak ke
Quote 3chanceno 8-10-2021 06:57 PM
sharlenetexas replied at 8-10-2021 05:55 PM
Isteri ke suami?

Soalan yg valid di zaman millenium nie hahaha

Isteri dia Perempuan bernama Kim Seans sis
Quote uori 8-10-2021 07:02 PM
aku kalau barang hilang, tanya je kat mak aku, barang tu terus akan timbul depan mata.

hanat tol. tak memasal kena marah pastu.

hang cari dengan mata ke cari dengan hidung?

Quote tikusmontok 8-10-2021 08:48 PM
uori replied at 8-10-2021 07:02 PM
aku kalau barang hilang, tanya je kat mak aku, barang tu terus akan timbul depan mata.

hanat tol. ...

Uols hanatkan siapa?
Quote uori 8-10-2021 09:26 PM

hanatkan barang tu lah

macam ketip kuku tadi, cari2 tak jumpa,
pas tanya mak, terus muncul kat tempat yang iols dah cari tadi.
sama perangai macam gunting.
cari tak jumpa, bila tanya mak terus timbul.
dorang ada rancangan nak kenakan iols ke apa.

kan dah kena sumpah hanat
Quote tikusmontok 8-10-2021 11:52 PM
uori replied at 8-10-2021 09:26 PM
hanatkan barang tu lah

macam ketip kuku tadi, cari2 tak jumpa,

Mayb uols kena sumpahan besi
Quote nakkomenjugak 8-10-2021 11:59 PM
Kalau kat malaya
Jangan harap ko dapat balik barang ko nokkk
Get redi untuk terpaksa beli baru

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:13 PM GMT+8 , Processed in 0.454397 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top