CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Kalau Tak Cucuk, Tak Boleh Kahwin

8-10-2021 04:21 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4786| Komen: 12

Description: “Bakal mak mertua suruh cucuk kalau tak, tak boleh kahwin dengan anak dia”
“Bakal mak mertua suruh cucuk kalau tak, tak boleh kahwin dengan anak dia”

Itulah perkongsian seorang doktor dikenali @Nur Farhaneem, yang menceritakan kisah seorang pemuda berusia 28 tahun ingin mengambil vaksin kerana ditetapkan syarat oleh bakal mak mertuanya semalam.



Gambar hiasan

“Semalam ada seorang lelaki 28 tahun datang pusat pemberian vaksin (PPV)  untuk cucuk vaksin. Tanya kenapa lambat cucuk, sekarang semua budak sekolah dah. Dia kata bakal mak mertua suruh cucuk kalau tak, tak boleh kahwin dengan anak dia,” ciapnya.

Susulan perkongsian itu, rata-rata netizen memuji tindakan bakal mak mertua yang mengutamakan keselamatan anaknya yang bakal dinikahi oleh pemuda tersebut.




Setakat 7 Oktober 2021, kadar lengkap vaksinasi dalam negara bagi populasi dewasa sudah mencapai 89.1 peratus manakala 94.6 peratus sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan.


Sumber: K! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 8-10-2021 04:48 PM
biar betul...boleh ke cucuk sebelum kawen...x haram ke
Quote uori 8-10-2021 05:01 PM
kalau awal2 nak kena ugut gini, jenuhlah.

Quote bakingsoda 8-10-2021 05:10 PM
cucuk diri sendiri sblm cucuk anak orang
Quote helicornia 8-10-2021 06:11 PM
Klu pej agama buat syarat ni mcm ujian hiv bagus gak
Quote Adrif 8-10-2021 09:06 PM
baguih makcik

jantan ka, betina ka, kalau antivax, tak payaahhhh jadi menantu

Quote nakkomenjugak 9-10-2021 12:24 AM

Belum dapat yeee laaa
Dah dapat nanti
Jadik the next ina mungerrr jela
Quote dua_chzy 9-10-2021 12:34 PM
Yeap. We see this coming.
Quote white_musk 9-10-2021 02:58 PM
Adrif replied at 8-10-2021 09:06 PM
baguih makcik

jantan ka, betina ka, kalau antivax, tak payaahhhh jadi menantu

buruk perangai macam adik pun boleh jadi menantu kan asalkan bukan antivaks kekdahnya
Quote ONEK 9-10-2021 03:36 PM
Skuau replied at 8-10-2021 04:48 PM
biar betul...boleh ke cucuk sebelum kawen...x haram ke

baca tajuk je ke..tak baca artikel penuh ke? form 5 dok kelas belakang ke....
Quote Adrif 9-10-2021 07:14 PM
white_musk replied at 9-10-2021 02:58 PM
buruk perangai macam adik pun boleh jadi menantu kan asalkan bukan antivaks kekdahnya

awat? hang antivax ka?

tak cucok lagi ka?

koyak ka orang tak cucok takleh kawen?

amboii macam la perangai dia elok sangat, maksum sangat panggil orang buruk perangai ehh

tapi at least kita elok la daripada hang, hua hua hua

kalau ada family tu antivax, orang pun tak nak datang meminang aih
Quote JohnyEnglish 9-10-2021 08:24 PM
Kalau x cucuk baksin jgn hrp blh cucuk ank aku
-gitu aku rs dialog diorang
Quote Artemesiaa 15-10-2021 12:09 PM
Macam2 aritu ada pulak yang suruh anaknya cari menantu yang belum cucuk v untuk pastikan berbaka katanya

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:27 AM GMT+8 , Processed in 0.054516 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top