CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Perang Dunia Ketiga Boleh Berlaku ‘Pada Bila-bila Masa’ - China

8-10-2021 04:23 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 17598| Komen: 198

Description: China memberi bayangan Perang Dunia Ketiga boleh berlaku ‘pada bila-bila masa’ serta memberi amaran negara ini ‘hanya menunggu masa’ merampas semula Taiwan.
China memberi bayangan Perang Dunia Ketiga boleh berlaku ‘pada bila-bila masa’ serta memberi amaran negara ini ‘hanya menunggu masa’ merampas semula Taiwan.

China meningkatkan operasi ketenteraan di sekitar pulau itu dengan menerbangkan 150 pesawat hujung minggu lalu sebagai isyarat mempamerkan kekuatannya semasa cuti Hari Kebangsaan.

Daily Mail melaporkan, negara ekonomi kedua terbesar dunia itu dilaporkan sudah bersedia melakukan pencerobohan skala penuh ke pulau berkenaaan pada 2025.

Lantaran itu, Menteri Pertahanan Taiwan, Chiu Kuo-cheng memberikan amaran paling tegas semasa persidangan Parlimen yang menyifatkan Beijing ‘mempunyai kapasiti’ melakukan serangan segera.


ANGGOTA Tentera Laut Amerika Syarikat bersama senapang separa automatik M1110 ketika berkawal dalam latihan operasi maritim di atas kapal USS Germantown di Laut Filipina, Jun lalu. Latihan itu sebagai tindak balas mempertahankan kestabilan di rantau Indo-Pasifik. – U.S MARINE CORPS/CPL. KARIS MATTINGLY


Namun katanya, China dilihat mengurangkan kos yang perlu ditanggung sebelum melancarkan serangan.

“Menjelang 2025, China akan menurunkan pembiayaan dan penurunan kos ke tahap terendah.

“Negara itu memiliki kemampuan, tetapi tidak akan melancarkan perang dengan mudah kerana perlu mempertimbangkan banyak perkara lain,” katanya.

Kuo-Cheng menzahirkan kekecewaan terhadap hubungan ketenteraan dengan China yang disifatkan terburuk sejak tempoh 40 tahun.

Amaran menakutkan itu muncul ketika Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden berusaha meyakinkan penduduk dunia bahawa beliau telah menghubungi Xi Jinping dan Presiden China itu dikatakan ‘bersetuju mematuhi perjanjian Taiwan’.

Biden bercakap mengenai Akta Perhubungan Taiwan dengan AS bersetuju menjalinkan hubungan diplomatik dengan Beijing, sekiranya memenuhi syarat masa depan Taiwan diputuskan melalui perdamaian.

Tindakan itu mengikat AS untuk memberi Taiwan senjata membela diri, sebagai ganti Washington tidak akan mengambil kedudukan mengenai kedau-latan pulau itu serta mengakui pulau itu milik Beijing sebagai sebahagian daripada ‘Satu China’.

Panggilan terakhir Biden yang direkodkan dengan Jinping adalah 9 September lalu.

White House sebelum ini tidak mendedahkan Taiwan menjadi sebahagian daripada perbincangan mereka.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 8-10-2021 04:26 PM
Yang Mulia Ratu Sittah An Nur tersenyum sinis @noor2
Quote kakikuDibibirmu 8-10-2021 04:31 PM
Quote angelofish 8-10-2021 04:31 PM
selamat tanah,lautan negara negara asia tengara dari ancaman china.harap tak ada la pelarian china datang malaysia..mintak ic
Quote dino 8-10-2021 04:38 PM
kakikuDibibirmu replied at 8-10-2021 04:26 PM
Yang Mulia Ratu Sittah An Nur tersenyum sinis @noor2

jd la great reset mcm reboot laptop tu ek
hbis laptop lama tak reboot.. hbis hilang file seme… kena backup data cepat2.. haha
Quote Mooverine 8-10-2021 04:38 PM
Ramai pelakon China hensem aku minat.
harap-harap jangan lah berperang, ya
Quote monreyes 8-10-2021 04:46 PM
kenapa perlu berperang...
sakai btol...
Quote ninja9 8-10-2021 04:49 PM
Propaganda dailymail..

kalau perang maukah china seorang + kawan sorang dua vs semua negara lain. aku rasa tak maulah china lawan melibatkan us atau nato, tp kalau setakat philipine atau malaysia  mau dia sebab dia boleh buli tanpa ranapkan negara dia..

tetapi dia kena berhati2 juga sebab tindakan dia boleh menyebabkan kuasa2 besar lain berfikir dan tafsirkan apa tujuan china... contoh kalau amerika nampak serangan china adalah pelanggaran peraturan antarabangsa, amurika tak akan segan2 untuk terjun ... maka perang dunia yg akan menyebaban bumi hancur akan terjadi

pandangan aku tak naklah china perang-perang ni, setakat ugut2 mcm tu saja.. rugi besar woo, semua kenikmatan dunia yang wujud di china selama ini akan pupus bila ada perang...
Quote Orix 8-10-2021 04:54 PM
ngada la nak perang2 bagai.... yg ko sibuk nak Taiwan tu dh kenapa... da dpt Hong Kong tu cukup2 la hanat.. dasarrrrrrrr
Quote CiliPadiSedap 8-10-2021 04:55 PM
kalau perang dunia ketiga berlaku yang paling untung anti vaksin  bebas bergerak rentas dine in tanpa vaksin
Quote Nenasketum 8-10-2021 04:57 PM
Yaaa, sila shift attention ke sana, jauh dari Selat Melaka ku. Geng2 PH kemain dah dibaginya Selat Melaka pada Yahudi.
Quote noor2 8-10-2021 05:02 PM
kakikuDibibirmu replied at 8-10-2021 04:26 PM
Yang Mulia Ratu Sittah An Nur tersenyum sinis @noor2

Walaaaaaa...hehe..
.
Quote manzilla 8-10-2021 05:05 PM
When elephant fight, the grass will suffer.
Quote CiliPadiSedap 8-10-2021 05:08 PM
kalau perang dunia ketiga berlaku kasihan friska tak dapat merasa pencen jusa c minus.
Quote kakikuDibibirmu 8-10-2021 05:19 PM
Friska madu jusa c minus tersenyum sinis
Quote Aerhys 8-10-2021 05:24 PM
Ya lah tu China dan Taiwan. Tiba2 ada peluru berpandu "tersesat" ke Malaysia. Oops.
Quote Friska 8-10-2021 05:30 PM
kakikuDibibirmu replied at 8-10-2021 05:19 PM
Friska madu jusa c minus tersenyum sinis

Kenapa nama saya dicatut di sini? Bisa jadi Kakaka @kakikuDibibirmu dan Kakak @CiliPadiSedap orang yang sama, punya emosi labil
Quote kakikuDibibirmu 8-10-2021 05:34 PM
Friska replied at 8-10-2021 05:30 PM
Kenapa nama saya dicatut di sini? Bisa jadi Kakaka @kakikuDibibirmu dan Kakak @CiliPadiSedap orang ...

Catut tu apa? Jom kita mencautut
Quote meow_tompok 8-10-2021 05:37 PM
aku teruskan dgn mengumpul emas
Quote jas7512 8-10-2021 06:36 PM
Third world war..mmg kiamat lah agaknya..klu tgk 1920..pandenic...1930s 1st world war .1940a.2nd world war..1950s 1960s..dunia br nak berkembang..ikut urutan ini kah

Lihat semua komen(198)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:55 PM GMT+8 , Processed in 0.228141 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top