CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dapat "Video Call" Dengan Aktor Pujaan, Ibu Shuib "Sedih Sangat" Remy Ishak Dah Nikah

23-8-2021 06:00 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 5271| Komen: 28

Description: Pelakon kacak, Remy Ishak atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei, 39, akhirnya selamat melangsungkan pernikahan dengan wanita pilihan hatinya, Ezza Yusof, 38, dalam satu majlis ringkas di Masjid Negara ...



Pelakon kacak, Remy Ishak atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei, 39, akhirnya selamat melangsungkan pernikahan dengan wanita pilihan hatinya, Ezza Yusof, 38, dalam satu majlis ringkas di Masjid Negara, pada Sabtu.

Sudah pastinya dengan perkhabaran itu membuatkan ramai dikalangan peminat Remy turut bergembira malah mungkin juga ada yang "bersedih" setelah pelakon pujaan mereka menamatkan zaman bujang.

Salah seorang peminat Remy adalah ibu kepada pelawak, Shuib iaitu Salamiah Jalani yang berpeluang berbual dengan aktor pujaannya, Remy dalam satu panggilan video semalam.

Menerusi panggilan video istimewa yang dibuat Shuib untuk ibunya itu, Salamiah dilihat teruja apabila berpeluang berbual dengan Remy.


" Surprisekan mama,buat video call dgn pengantin baru @remyishak

Bukan main seronok mama yeeee. walaupon didalam hati sedih sbb Hero yg dia minat sgt dah kawin. TAHNIAH MAILLLLLL ", tulis Shuib.


Dalam perbualan dengan Remy, Salamiah mengucapkan selamat pengantin baru dan sempat berseloroh dengan aktor pujaannya seperti dilaporkan Kosmo.

"Selamat pengantin baharu, diam-diam ya. Ya Allah minatnya awak dan orang rumah (isteri) pun cantik.

"Selepas ini boleh ke tengok awak lagi? Sedih sangatlah (ketawa)," kata Salamiah berseloroh.

Salamiah juga sempat menitipkan pesanan agar pelakon filem Sangkar itu sentiasa menjadi suami mithali seperti watak yang pernah dilakonkannya sebelum ini.

"Jaga isteri baik-baik seperti yang mak cik selalu tonton dalam drama.

"Dalam luar drama pun perlu lebih baik lagi. Seronok sangatlah nampak awak.

"Apa pun, selamat pengantin baharu sehingga kekal hingga syurga," kata Salamiah lagi kepada Remy.

Menjawab pertanyaan Salamiah, Remy memberitahu dia tiada niat untuk merahsiakan pernikahannya kerana risau jika ada perkara yang berlaku.

"Diam-diam sajalah mak cik, saya nak bising-bising pun takut ada benda yang tak baik," jawabnya.

Selain ibu Shuib, pastinya ramai lagi peminat Remy diluar sana kini sedang "bersedih" dan patah hati.

Kredit foto : mStar

Ini kerana, tidak sekadar menjiwai watak dalam lakonannya sehingga memberi kesan mendalam kepada penonton tetapi dari segi penampilan dan suaranya juga sudah pasti membuatkan ramai yang meminati aktor ini. 


Bertabah lah ya peminat Remy. Apapun, tahniah diucapkan kepada pengantin baru ini. Semoga Remy dan pasangannya bahagia hingga ke Jannah. - CARI


1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jajahoney 23-8-2021 07:03 AM
Alahai peminat pun nak patah hati macam la dpt kahwin ngan remy  
Quote Nana_Man 23-8-2021 07:09 AM
Patut happy lah bamwemy dah kawin. Nk sedih2 buat apa. Kawin pun ngan akak kasut.
Quote exclusive_vvip 23-8-2021 07:11 AM
baru 2-3hari lepas lalu kat youtube suggestion iols psl shuib melamar arwah sarah dulu..rupanya mak shuib x suka sarah masa awal2 tu..agaknya sindrom mak anak tunggal kot..shuib sorang je anak dia..tetiba plak baru jadi retis dah nak kawen..mak shuib kata,dia dah puas marah sarah..tapi in the end, dia dgn arwah sarah rapat kemain..{:good
Quote red_velvet 23-8-2021 07:19 AM
So apa gosipnya?
Quote dua_chzy 23-8-2021 09:05 AM
red_velvet: So apa gosipnya?


Mak Soeb menggeletis dengan Remy.
Quote MelahJanda 23-8-2021 09:11 AM
so?

ni je ke bahan beritanya
Quote kaedahnya 23-8-2021 09:11 AM
soeb & remi jadi kawan lepas berlakon drama apa tah yang watak depa jadi budak kampung yang macam bengong sikit tu.
Quote NazRysha 23-8-2021 09:15 AM
nampak tua pulak mak shuaib
masa dekat australia tu mcm muda pulak
Quote None68 23-8-2021 09:44 AM
Berapa umur mak Shuib ni?
Quote sakurazura 23-8-2021 09:53 AM
Mak suib mcm muka arwah makcik petir karaoke tu.
Quote nakkomenjugak 23-8-2021 09:57 AM
bagi lerrr bam wemy kawen
moga berbahagia
Quote Pak.dolla 23-8-2021 10:43 AM
Makin perasan lah mamat ni wekkk
Quote Straya 23-8-2021 10:57 AM
Boleh tahan makcik ni
Quote Kahla 23-8-2021 12:19 PM
exclusive_vvip replied at 23-8-2021 07:11 AM
baru 2-3hari lepas lalu kat youtube suggestion iols psl shuib melamar arwah sarah dulu..rupanya mak  ...

Dan tak pernah dengar waima sikit pun gosip psl sarah x ngam dgn mertua, apa2 hint pun sarah x pernah merempan dalam media sosial. Ye lah kan wujud artis/org biasa yg kalau di benci mertua, harus la upload hint2 upload quotes caption sabarlah duhai hati gitu hahahha
Quote jajahoney 23-8-2021 01:04 PM
Nana_Man replied at 23-8-2021 07:09 AM
Patut happy lah bamwemy dah kawin. Nk sedih2 buat apa. Kawin pun ngan akak kasut.


remy pun tak kenal dorang..fefeling je lebih



larikkkkkk


Quote Nana_Man 23-8-2021 01:53 PM
kaedahnya replied at 23-8-2021 09:11 AM
soeb & remi jadi kawan lepas berlakon drama apa tah yang watak depa jadi budak kampung yang macam be ...

Mail dan sudin
Quote Nana_Man 23-8-2021 01:56 PM
jajahoney replied at 23-8-2021 01:04 PM
remy pun tak kenal dorang..fefeling je lebih



Memang….hahaha… korang pun bkn taste remy. Kalau kawin ngan remy pun, lum tentu korang leh handle perangai dia jgk. So just be happy lah bamwemy ni kawin sblm 40.
Quote beta_carotene 23-8-2021 01:57 PM
jual mak pulak ke kat sosmed
Quote rokarina 24-8-2021 01:10 AM
kaedahnya replied at 23-8-2021 09:11 AM
soeb & remi jadi kawan lepas berlakon drama apa tah yang watak depa jadi budak kampung yang macam be ...


Mail & Sudin Sambut Ramadan kan?

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 05:06 AM GMT+8 , Processed in 0.050555 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top