CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Kami Kawan Je, Tak Percaya Tanya Dia" - Fatin Afeefa Bercinta Dengan Noki K-Clique?

22-8-2021 05:04 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4377| Komen: 19

Description: Pelakon dan penyanyi, Fatin Afeefa menafikan dirinya kini menjalin hubungan cinta dengan anggota kumpulan K-Clique, Noki.
Pelakon dan penyanyi, Fatin Afeefa menafikan dirinya kini menjalin hubungan cinta dengan anggota kumpulan K-Clique, Noki. 

Fatin berkata, keakraban mereka di media sosial hanyalah sekadar rakan sesama industri. 



Kredit foto: IG Fatin

"Kami hanya berkawan saja. Kalau tak percaya boleh tanya dia. 

"Saya bukan hanya balas komen dia seorang saja di Instagram. Ada juga orang lain, tapi mungkin dia lebih menarik perhatian ramai," katanya ditemu bual di dalam program Melodi. 

Menurut Fatin, sekiranya ada pihak mendoakan agar mereka disatukan, dia tidak menolak jika itu adalah jodoh terbaik buat dirinya. 

"Doakan yang baik-baik sebab soal jodoh ini rahsia Allah. Mungkin dengan dia atau mungkin juga dengan orang yang saya tak pernah terfikir.


Kredit foto: IG Noki


"Tapi sejujurnya hal berkaitan pasangan hidup bukan lagi menjadi satu keutamaan. Saya nak berikan kasih sayang sepenuhnya kepada anak-anak, ibu serta kerjaya. 

"Terakhir barulah soal teman lelaki. Bagi saya, kalau ada jodoh, adalah," katanya. 


Sumber: Harian Metro
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LoveSungmin 22-8-2021 05:22 PM
bukan ke perempuan ni yang gila laki orang tu?
Quote uori 22-8-2021 05:27 PM
LoveSungmin replied at 22-8-2021 05:22 PM
bukan ke perempuan ni yang gila laki orang tu?

itulah kan. bini bf dia kuat merempan betul kat twitter sebab laki dia sama naik mencurang. seram betul kalo baca
Quote AnnaSendin 22-8-2021 05:28 PM
LoveSungmin replied at 22-8-2021 05:22 PM
bukan ke perempuan ni yang gila laki orang tu?

Janton india yang bini heols sampai up dekat media sosial tuew. Main sebat ajer laki orang.
Quote auntyonion 22-8-2021 05:41 PM
Dia ni dikenali sbb sailang laki org yindia je..bakat?nadaa {:dot
Quote nakkomenjugak 22-8-2021 05:45 PM
gurlllll
dis is sum heaux ish
Quote rayna_raynes 22-8-2021 05:47 PM
auntyonion replied at 22-8-2021 05:41 PM
Dia ni dikenali sbb sailang laki org yindia je..bakat?nadaa {:dot

Dia berlakon bagus
Menyanyi pun sedap suara

Kontroversi je banyak sgt
Quote SayaSayangMama 22-8-2021 05:59 PM
Afifa ni sentiasa kemas dan bersiap
Quote gideoncross 22-8-2021 06:24 PM
uori replied at 22-8-2021 05:27 PM
itulah kan. bini bf dia kuat merempan betul kat twitter sebab laki dia sama naik mencurang. seram  ...

Iol pun ada bca rempanan bini llaki Yindia tu, siap tnjuk bkas dia kna sebat dgn hanger bju lgi.
Quote uori 22-8-2021 06:35 PM
gideoncross replied at 22-8-2021 06:24 PM
Iol pun ada bca rempanan bini llaki Yindia tu, siap tnjuk bkas dia kna sebat dgn hanger bju lgi.

macam2 lah dia tunjuk, siap tunjuk wasap dorang mencurang lagi, tapi si bini tak pernah salahkan laki dia. asal berlaki sangat
Quote Olumis 22-8-2021 06:55 PM
Xpayahla... dia ni kategori s****l. Sampai tua pun memang bgtula
Quote gideoncross 22-8-2021 06:58 PM
uori replied at 22-8-2021 06:35 PM
macam2 lah dia tunjuk, siap tunjuk wasap dorang mencurang lagi, tapi si bini tak pernah salahkan l ...

Yg bab Whatsapp tu rsanya iol x tngok, yg bkas kna sbat tu yg iol msih ingt smpai skrg hoho.
Quote RatuDunia94 22-8-2021 08:13 PM
Couple nak sedap2 enjoy je ni
Quote kaedahnya 22-8-2021 09:00 PM
dia ni berlakon & menyanyi ok la.
tapi terbaca gosip dulu dulu macam wildchild jugak.
lepas bercerai pun pelbagai gosip timbul.
sayang betul.
Quote hasniey 22-8-2021 09:08 PM
Owh dh putus eh ngn laki india tu
Quote uori 22-8-2021 10:18 PM
gideoncross replied at 22-8-2021 06:58 PM
Yg bab Whatsapp tu rsanya iol x tngok, yg bkas kna sbat tu yg iol msih ingt smpai skrg hoho.

sape pukul sape? ngerinya. wasap tu penuh drama jugaklah. si laki cari si retis, atau si retis majuk si laki balik umah si bini. banyak pulak tu wasap. gamaknya memalam si laki tido, si bini curi baca dan amek gambar kot. tapi warga twitter macam malas nak layan kan. kesian
Quote supermum 22-8-2021 10:24 PM
Penah jumpa depan-depan. Cantik, serupa dengan dalam instagram. Tak kepam or bekerak macam orang cakap. Memang jenis wangi sentiasa. Pinggang secekak je.

Sayang kontroversi banyak.
Quote BuBuComey 23-8-2021 12:34 AM
Hahahahhahahvahavhahahaha


Propa
Quote BuBuComey 23-8-2021 12:36 AM
uori replied at 22-8-2021 06:35 PM
macam2 lah dia tunjuk, siap tunjuk wasap dorang mencurang lagi, tapi si bini tak pernah salahkan l ...

Mag tu ada je salahkan laki sheols, siap mintak nak berpisah lagi. Dah lakinya takmau lepaskan tp dok melayan pipah ni lagi
Quote uori 23-8-2021 07:24 AM
BuBuComey replied at 23-8-2021 12:36 AM
Mag tu ada je salahkan laki sheols, siap mintak nak berpisah lagi. Dah lakinya takmau lepaskan tp  ...

adake? maybe terlepas pandang part tu. tapi kesian si bini tu dan couple ni macam tak heran pun. dorang still together ke?

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 12:58 PM GMT+8 , Processed in 0.248402 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top