CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja Cuba Bunuh Guru Kerana Diejek Busuk

22-8-2021 02:41 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1852| Komen: 10

Description: Seorang remaja berusia 15 tahun cuba membunuh gurunya selepas mendakwa diejek busuk ketika berada di dalam kelas.
Seorang remaja berusia 15 tahun cuba membunuh gurunya selepas mendakwa diejek busuk ketika berada di dalam kelas.

Remaja itu menarik picu pistol tiga kali namun ia tersekat dan dia terus melarikan diri.


Guru berkenaan yang ketika itu sedang minum kopi bersama tunangnya di sebuah kedai di Guarantinga, Brazil tidak menyedari tindakan pelajarnya itu.


Kredit foto: News Flash Media

Sebaliknya hanya menyedari nyawanya di dalam bahaya selepas dimaklumkan seorang saksi di meja berdekatan.

Rupa-rupanya remaja itu bertindak begitu selepas guru itu didakwa memalukannya dengan mengatakan dia berbau busuk di dalam kes pada tiga tahun lalu.


Ibu remaja itu sudah mengemukakan aduan kepada pihak sekolah pada Januari 2018 untuk diambil tindakan.

Bagaimanapun remaja itu mengambil tindakan sendiri pada Ahad lalu.

Remaja itu belum ditangkap malah sudah dipanggil untuk disoal siasat. Siasatan masih dijalankan.


Sumber: Harian Metro
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Xim 22-8-2021 04:22 PM
1. Kalau tak mandi, mohon mandi

2. Cikgu dia kalau tegur secara terbuka, dpn org lain, amatlah tak professional

So nak salahkan sapa tak tahulah....
Quote Ayda89 22-8-2021 05:23 PM
Nasib tak arwah cikgu tu angkara mulut laser
Quote Fortiori02 22-8-2021 05:24 PM
Cikgu patut nak tegur kena ikut kesesuaian & cara menegur pun kena betul.
Quote supernaturalee 22-8-2021 05:30 PM
Org yg dh kje pun kdg busuk

Quote edayildiz 22-8-2021 05:33 PM
cikgu tak patut la ckp depan2 gitu..
btw  mohon adik ni mandi.pakai rexona osimuahmuah
Quote nakkomenjugak 22-8-2021 06:00 PM
mendapatttt mulut capoiii ala2 diba aa
nasibbb tak kojol
moga student tu mandi guna BBW selori
Quote matchstick 22-8-2021 06:21 PM
nakkomenjugak: mendapatttt mulut capoiii ala2 diba aanasibbb tak kojolmoga student tu mandi guna BBW selori

Kalo Diba aa duduk di Brazil sana agaknya dh lama aruah
Quote gideoncross 22-8-2021 06:53 PM
matchstick replied at 22-8-2021 06:21 PM
Kalo Diba aa duduk di Brazil sana agaknya dh lama aruah

Trkekek iol gelak psl komen uol ni haha.
Quote I.K.A888990 23-8-2021 01:33 AM
tah2 cikgu tu yg busuk tak
nk salahkan org
Quote naina 23-8-2021 01:56 AM
Kalau busuk betol orang pertama yang kena tegur adalah maknya..mak kena selalu pesan dan ajar mandi bersih2,berus celah2 kuku kaki dan tangan, sental kulit..jangan sampai orang lain tegur. Memang memalukan. Orang luar hanya tahu mengejek jer..

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 09:50 AM GMT+8 , Processed in 0.048980 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top