CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Dah Tiba Masa PM Utamakan Isu Kanak-kanak' - Hannah Yeoh

22-8-2021 06:18 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4989| Komen: 44

Description: Bekas timbalan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat Hannah Yeoh meminta perdana menteri yang baru saja mengangkat sumpah, Ismail Sabri Yaakob untuk mewujudkan kementerian khusus untuk k ...
Bekas timbalan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat Hannah Yeoh meminta perdana menteri yang baru saja mengangkat sumpah, Ismail Sabri Yaakob untuk mewujudkan kementerian khusus untuk kanak-kanak.


"Ismail Sabri perlu memberi keutamaan kepada kesejahteraan kanak-kanak. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, 2020, populasi kanak-kanak di Malaysia adalah hampir 30% di kebanyakan negeri dengan Wilayah Persekutuan adalah tertinggi iaitu 38.5% (hampir mencecah 40%!).


Kredit foto: IG Hannah

"Ini adalah kumpulan yang besar dan mereka adalah masa depan kita dan aset terbesar negara. Pandemik ini telah mendedahkan dan mengesahkan akan kelemahan sistem perlindungan untuk kanak-kanak dalam negara kita," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Yeoh menyorot bahawa bakul makanan yang disediakan oleh kerajaan sebagai bantuan tidak mengandungi susu untuk bayi dan kanak-kanak kecil.

"Selepas hampir satu tahun lebih melawan Covid-19, kerajaan Perikatan Nasional (PN) baru menyedari keperluan untuk mengenal pasti kanak-kanak yang telah menjadi yatim piatu disebabkan Covid-19," katanya.

Tambah Yeoh, sebelum Covid-19 melanda negara lagi, kanak-kanak di Malaysia menghadapi pelbagai cabaran dan penindasan termasuk penderaan, gangguan seksual dan pengabaian.


Kredit foto: IG Ismail

Katanya, semasa Pakatan Harapan mentadbir di Putrajaya, mereka bersungguh-sungguh memberi tumpuan terhadap isu-isu yang berkaitan dengan kanak-kanak disebabkan ketidakupayaan mereka untuk melindungi diri sendiri sehingga menyebabkan mereka selalu teraniaya.

"Kami telah melantik Pesuruhjaya Kanak-Kanak yang pertama, melancarkan Sistem Semakan Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak, memperuntukkan geran bagi penubuhan Taska di Tempat Kerja di Sektor Awam, melancarkan infografik untuk pengasuh dan ibu bapa, berkerjasama dengan Google menerbitkan video kempen kesedaran mengenai sentuhan selamat dan tidak selamat untuk kanak-kanak, menyediakan WhatsApp Talian Kasih bagi memudahkan pelaporan dan pelbagai inisiatif lain bagi meningkatkan keselamatan kanak-kanak.

"Semua inisiatif di atas memerlukan sumber dan tenaga kerja yang berdedikasi dalam memberikan perlindungan kepada kanak-kanak.

"Sebagai contoh, kami telah melancarkan kajian untuk menubuhkan sebuah Agensi Kanak-Kanak dan kajian penambahan Pelindung Kanak-Kanak di seluruh negara berbanding 208 orang pada masa itu.

"Seorang Pelindung Kanak-Kanak mengendalikan sehingga 80 kes kanak-kanak sehingga menyukarkan mereka melakukan tindakan susulan. Nisbah seorang Pelindung kepada kanak-kanak adalah 1:45,142 dan mustahil mereka dapat melindungi kanak-kanak dengan lebih berkesan," katanya.

Selain itu, kata Yeoh lagi, terdapat perbincangan awal yang dilakukan untuk menstruktur semula Pendidikan dan Penjagaan Awal Kanak-Kanak (ECCE), mencadangkan kepada Kementerian Dalam Negeri untuk mempermudahkan prosedur kewarganegaraan melibatkan ibu warganegara Malaysia, proses pengangkatan, penjagaan anak angkat dan perkongsian data dengan pihak polis.

"Kesejahteraan kanak-kanak kita semakin teruk terancam ketika lockdown berterusan. Jika begitu banyak mesyuarat boleh diadakan untuk mengagihkan jawatan kepada para bakal menteri, sudah pasti isu kanak-kanak wajar mendapat lebih perhatian.

"Jika kerajaan PN boleh memberikan kepada 32 Menteri dan 38 Timbalan Menteri satu portfolio setiap seorang, tentunya bukanlah sesuatu yang sukar untuk Ismail Sabri mewujudkan Kementerian Kanak-Kanak.

"Sudah tiba masanya perdana menteri Malaysia yang baharu mengutamakan isu kanak-kanak berbanding jawatan penasihat khas bertaraf menteri.

"Adalah lebih berbaloi wang hasil pembayar cukai dibelanjakan untuk anak-anak kita," tegasnya.


Sumber: MalaysiaKini

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 22-8-2021 06:32 PM
Comel je rambut ada anak pokok tu...
Quote Thunderclouds 22-8-2021 06:39 PM
Abeh tu...kementerian bwh yb rina harun ritu ape fungsi dia?? Alih nk bkk office br? Yg sedia ada pn xbfungsi!  Byk cekadak kau.
Quote spicygirl3 22-8-2021 06:48 PM
I suka hannah yeoh. I rasa dia sincere buat kerja
Quote makneng 22-8-2021 07:26 PM
Anak Hannah ke tu? Comelnya!
Quote Skuau 22-8-2021 07:48 PM
Thunderclouds replied at 22-8-2021 06:39 PM
Abeh tu...kementerian bwh yb rina harun ritu ape fungsi dia?? Alih nk bkk office br? Yg sedia ada pn ...

kang bnyk 'kementerian' nya..netizen gak mengamuk...perabeh duit jer....mmm....
Quote dani-rox 22-8-2021 07:54 PM
so acik perut stapler tu lenggang kangkung je lah?

apapun ai setuju kerajaan mengutamakan permasalahan kanak2 tanah air. tetiap tahun kes bunuh, buang anak, rogol, dera kanak2 bertambah2.
Quote monreyes 22-8-2021 07:56 PM
ko jaga je lah anak kau tu
Quote dua_chzy 22-8-2021 08:59 PM
Hannah Yeoh ni patut diambik ganti Rina Harun no function ngkorang tu.
Quote jalfa 22-8-2021 09:07 PM
Maso ngko jd muntri dulu apesal x nak bg  susu dlm bakul bg hadiah kat ibu ibu lpes bersalin...voucher ke ...dah x jd muntri mcm mcm idea ko kankem. kanak kanak la..kjap lagi ada yg request kememnterian belia la..kementerian warga emas la...kementerian antivaks laa..ehhhh tiber
Quote MsOren 22-8-2021 09:10 PM
Hannah yeoh mmg jenis yg bawa pembaharuan dlm kementeiankeluarga wanita n kanak2 masa dia pegang dulu. Dia byk jumpa bincang belajar tanya dr embassy negara2 maju  eu segala psl hal2  berkaitan berkaitan kementerian dia n dia dah start buat keja implement pun tp lps tu mak gemm yg belah perut sedut lemak took over terus mcm project terbengkalaiiii dah tak dgr cerita dah tntg benda2 tu semua, mmg sayangg sgtt ruginya. Itu pentingnya pilih org yg mmg boleh buat keja n nak bekerja utk rakyat.  Nyampaah bila ingattt rina harun punya perangaiiii
Quote mclaren 22-8-2021 09:11 PM
jalfa replied at 22-8-2021 09:07 PM
Maso ngko jd muntri dulu apesal x nak bg  susu dlm bakul bg hadiah kat ibu ibu lpes bersalin...vouch ...

Sebelum pandemik memang kebiasaan ke kementerian bagi sumbangan berbakul2 kat ramai2 orang melainkan yang betul2 memerlukan?

Pandemik ni sebab ramai sangat memerlukan bantuan tu kot sebab macam2 cadangan keluar? Agak2 je...
Quote mclaren 22-8-2021 09:12 PM
Ye lah macam kat atas dah sebut kementerian wanita tu dah kira termasuk keluarga kan. Tak perlu kot nak separate portfolio for kanak2
Quote totokreturn. 22-8-2021 09:36 PM
MsOren replied at 22-8-2021 09:10 PM
Hannah yeoh mmg jenis yg bawa pembaharuan dlm kementeiankeluarga wanita n kanak2 masa dia pegang dul ...

Sama je dua dua tak bleh pakai
Quote mawardia 22-8-2021 09:39 PM
Acik tak dpt migrate ke ozi nak sentap smpai bila tu.
Quote MsOren 22-8-2021 09:46 PM
Sebenarnya hannah dah penah duduk dalam kementeriann tu sbb dia tahu kepentingan byk benda kena buat yg melibatkan hal ehwal kanak2 ni, sbb sebenarnya mmg byk perkara dr pelbagai sudut nak kena strukturkan yg berkaitan kanak2 ni, basic pun tak lepas lagi mungkin sbb tu dia cadangkan buat kementerian khas supaya blh focus n dpt buat yg terbaik. Maybe later2 bila dah ada penstrukturan dah tersusun segala mala hal berkaitan kanak2 boleh masukan balik dlm kementerian yg sala sbb dah senangnal buat keja struktur sistem semua dah lengkap. Aku sokong hannah sbb tahu dia cadang benda ni supaya kanak2 di negara kita dpt service yg terbaik. Mmg betullah drpd politician yg pegang kjaan habiskan duit utk dorg ntah apa2 baik gunakan gunakan duit tu utk rakyat. No doubt at all sebab hannah yeoh mmg kuat keja masa dia jd timbalan menteri wanita kanak2 dulu tp kuasa dia tetap terbatas sbb kak wan kipas yg jd menteri penuh dulu, sendu sgt kak san tu. Klu takde hannah ntah apa yg dia buat dulu.
Quote tunangku 22-8-2021 09:47 PM
jalfa replied at 22-8-2021 09:07 PM
Maso ngko jd muntri dulu apesal x nak bg  susu dlm bakul bg hadiah kat ibu ibu lpes bersalin...vouch ...

adala..
mcm2 dia buat
Quote MsOren 22-8-2021 09:49 PM
totokreturn. replied at 22-8-2021 09:36 PM
Sama je dua dua tak bleh pakai

Itu kata ko yg pendengki sbb hannah tu cina dah tu dr dap pulak. Aku peduli apa hannah ni cina ke dap ke aku tak termakannn semua tu. Yg penting org tu tahu buat keja utk rakyat bukan makan gaji buta satu apa pun tak nampak.
Quote MsOren 22-8-2021 10:01 PM
Aku sendiri folo hannah kat socmed dia,  dia belajar byk dr negara2 maju2 dia jumpa embassy dorg belajar cara dorg uruskan kanak dinegara dorg, dia nak bwk benda2 tu semua buat kat negara kita supaya budak2 dpt yg terbaikkk, fikiran dia mmg ke depan, byk benda yg dia dah start, masih di peringkat awal lps tu rina harun took over habisss segala tak dgr cerita dah, sibuk melawakan diri buat photoshoot kat kementerian mekap retis pesen designer dtg melawakan dia. Hannah yeoh blh nampak sampaiii skrg masih berkobar2 semangat dia nak buat benda2 tu semua
Quote kotakominami 22-8-2021 11:47 PM
Rasenye tak perlu nak buka kementerian baru..baiki saje yang sedia ada buang yang tak boleh buat kerja ambik yg ada ilmu mcm hannah yeo ni.untuk bela wanita dan kanak2 teraniaya memang kena ade org yg sungguh2 nak tolong ade empathy bukan nye org tgh susah kau sebok buat makeover...
Lagi satu, kalau buat asing2 leceh nanti urusan  kena tendang ke sana sini..upgrade je bahagian kanak kanak dlm kementerian tu sendiri..

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 01:00 PM GMT+8 , Processed in 0.052173 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top