CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hampir Sebulan Ditidurkan, Ibu Syamel Meninggal Dunia

23-8-2021 08:12 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8042| Komen: 52

Description: Selepas hampir sebulan dirawat di sebuah pusat perubatan di ibu kota akibat kekurangan oksigen, ibu kepada penyanyi Syamel iaitu Wan Faaizah Karim, 55, menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 10 ...
Selepas hampir sebulan dirawat di sebuah pusat perubatan di ibu kota akibat kekurangan oksigen, ibu kepada penyanyi Syamel iaitu Wan Faaizah Karim, 55, menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 10 malam, Ahad.


Syamel atau nama sebenarnya Syameel Aqmal Mohd Fodzly memberitahu doktor sudah melakukan yang terbaik namun Allah lebih menyayangi arwah ibunya yang dipanggil umi.


Foto: Sweetpictures

“Doktor dah cuba yang terbaik tapi bukan rezeki... Allah lebih sayangkan umi. Saya reda dengan pemergiannya. Sekarang saya masih dalam proses menguruskan jenazah di hospital. Mungkin akan dibawa ke surau berdekatan dengan rumah.

“Saya akan lakukan yang terbaik mengikut SOP memandangkan dalam situasi sekarang. Insya-Allah kalau tiada apa-apa jenazah akan dikebumikan pada tengah hari esok,” kata Syamel kepada mStar.




Terdahulu suami kepada penyanyi Ernie Zakri itu berkongsi berita sedih tersebut di Instagram dan mendoakan agar arwah ditempatkan di syurga serta semua amal baiknya diterima Allah.

“Ya Allah, kau ampunkanlah dosa umiku, kau perlihatkan syurga buat umi, kau jadikan kuburnya seperti taman di taman syurga, kau terimalah segala amal baiknya di dunia untuk dijadikan teman di alam sana.

“Kau terangilah cahaya di dalam kuburnya, sesungguhnya umiku pergi meninggalkan seribu satu ajaran padaku yang akan aku amalkan hingga akhir hayat. Hanya doa yang baik-baik saya harapkan daripada anda semua,” tulisnya.


Foto: Sweetpictures

Menerusi laporan mStar pada 24 Julai lalu, ibu Syamel masih koma selepas terpaksa ditidurkan berikutan masalah kekurangan oksigen dalam badan.

Syamel atau nama sebenarnya, Syameel Aqmal Mohd Fodzly, 28, ibunya sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah pusat perubatan di ibu kota sejak hampir sebulan lalu. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote red_velvet 23-8-2021 07:20 AM
Innalillahiwainnailaihirajiun
Quote cap_ayam 23-8-2021 07:24 AM
Innalillahiwainnailaihirojiun. Takziah.. kehilangan ibu bapa sangat menyakitkan.
Quote Tinot7 23-8-2021 07:25 AM
Takziah kpd keluarga.

Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun.
Quote miracle_forever 23-8-2021 07:26 AM
innalillahiwainailaihirojiun. AlFatihah utk Umi Syamel. lama jugak kan mak dia masuk hospital. hari tu syamel kata oxygen dropped tapi bukan covid so xsure meninggal sakit apa eh. semoga dipermudahkan
Quote bebba 23-8-2021 07:42 AM
Innalillahi wainna ilaihirajiun. Takziah
Quote awenda507 23-8-2021 07:45 AM
Salam takziah
Quote archerfahid 23-8-2021 07:52 AM
Innalillahiwaiinailaihirojiun....
salam Takziah..syamel n keluarga
Quote LipasComel 23-8-2021 07:56 AM
salam takziah syamel dan keluarga.
Quote Mamioomami 23-8-2021 07:59 AM
Inalillahiwainaillahirojiun.. Salam takziah..
Quote Cik_jantung 23-8-2021 08:03 AM
Innalillah. Salam takziah utk syamel sekeluarga
Quote applecomel 23-8-2021 08:11 AM
Innalillahi wainna ilaihirajiun. Takziah
Quote Kancilkering 23-8-2021 08:13 AM
Innalillahiwainnailaihirajiun
Quote Kancilkering 23-8-2021 08:14 AM
sebulan ye di tdo kan…..
Quote bambimbom 23-8-2021 08:17 AM

Innalillahiwainnailaihirajiun semoga seluruh keluarga tabah
Quote Nana_Man 23-8-2021 08:18 AM
Salam takziah
Quote Namasayaomel 23-8-2021 08:23 AM

Innalillahiwainnailaihirojiun. Takziah..
Quote LadyCarefree 23-8-2021 08:31 AM
Semoga roh ibu Syamel tenang di sana.
Quote kechikchomel 23-8-2021 08:32 AM
miracle_forever replied at 23-8-2021 07:26 AM
innalillahiwainailaihirojiun. AlFatihah utk Umi Syamel. lama jugak kan mak dia masuk hospital. hari  ...

iolss ingat covid. tapi ditidurkan jugak kan? mak kawan iolss positive covid, lebih sebulan la ditidurkan. 4-5 hari lepas ditidurkan tu dia dah sedar, tapi ditidurkan balik. baru ni dah sedar balik.
Quote annadonna 23-8-2021 08:40 AM
Salam takziah. Bukan covid rasanya sebab jenazah dibawa ke surau berdekatan rumah.

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 07:17 AM GMT+8 , Processed in 0.052613 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top