CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bencana Gunung Jerai: Mayat Bekas Imam Ditemui Menghadap Kiblat, Hanya Ada Kesan Calar

23-8-2021 08:18 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2899| Komen: 19

Description: YAN: Mayat mangsa kelima yang hilang dalam tragedi kepala air dan banjir lumpur di kaki Gunung Jerai di sini, pada Rabu lalu ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) hari ini.
YAN: Mayat mangsa kelima yang hilang dalam tragedi kepala air dan banjir lumpur di kaki Gunung Jerai di sini, pada Rabu lalu ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) hari ini.


Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kedah, Sayani Saidon, berkata Ku Shuib Ku Abdullah, 91, yang juga bekas imam sebuah masjid di Yan ditemui di bawah timbunan kayu di kawasan Titi Hayun di sini, pada jam 3.23 petang tadi.


Foto: FB

"Kita berjaya mengeluarkan mayat mangsa pada jam 3.28 petang dan mendapati jasadnya masih berada dalam keadaan baik.

"Keadaan mayat didapati hanya mengalami kesan calar dan tiada luka serius walaupun telah dihanyutkan arus deras bersama batang pokok dan kayu besar (empat hari lalu).


"Mayat juga ditemui dalam keadaan mengiring menghadap kiblat kira-kira satu kilometer dari tempat dia dilaporkan hilang iaitu di rumahnya di Chalet Salak Denai," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, operasi SAR akan diteruskan untuk mencari mangsa terakhir di kawasan Titi Hayun.

Pada Sabtu, pihak berkuasa dan agensi yang menjalankan operasi SAR dilaporkan menemui petunjuk baharu membabitkan dua lagi mangsa termasuk Ku Shuib.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superitenden Shahnaz Akhtar Haji, berkata pasukan SAR tidak menolak kemungkinan kedua-dua mangsa terbabit tertimbus di bawah timbunan tanah dan pokok-pokok.

Untuk rekod, dalam kejadian kepala air yang berlaku pada Rabu, tujuh mangsa dilaporkan hilang dengan seorang ditemui selamat manakala empat yang lain ditemui maut, sebelum ini.

Mangsa yang ditemui maut sebelum ini disahkan sebagai Ahmad Din, 68, yang ditemui di Kampung Setoi manakala mangsa kedua, Shahruzi Mohamad, 53, ditemui di Kilometer 8 Gunung Jerai pada jam 11 malam pada hari kejadian.

Mangsa ketiga, Zainol Morad, 66, ditemui di Kampung Titi Hayun pada jam 12.30 tengah malam Khamis manakala mangsa keempat, Mohamad Faizal Mohd Zohir, 28, ditemui pada Khamis di Kampung Keda Sungai Udang kira-kira enam kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan terjatuh.

Dengan penemuan mayat mangsa kelima hari ini, pasukan SAR kini menumpukan usaha mencari mangsa terakhir yang dikenali sebagai Riduan di kawasan Titi Hayun. -CARI

Sumber: Awani

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Beribear 23-8-2021 09:08 AM
Innalillahi wainna ilaihi rojiun. Semoga arwah di tempatkan bersama sama org yg mendapat rahmat Allah
Quote LautBiru52 23-8-2021 09:49 AM
Innalillahiwainnailaihirojiun
Quote nakkomenjugak 23-8-2021 10:26 AM
Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un
Quote ciksaenara 23-8-2021 10:28 AM
Innalilahiwainailahirajiunn .. Alhamdulillah dah jumpa...
Quote any42 23-8-2021 10:31 AM
Innalillahiwainnailaihirojiun
Quote chinta89 23-8-2021 10:47 AM
takziah kpd ahli keluarga berkenaan
Quote spicygirl3 23-8-2021 10:50 AM
Innalilahi wainna ilaihi rajiuun
Quote rainbowrainz 23-8-2021 11:04 AM
Innalillahuwainnailaihirojiun... SubhanaAllah..
Quote Catpaw 23-8-2021 02:44 PM
Innalillahiwainnailaihirojiun

Sedihnya tengok update tentang kepala air ni... teruk lumpur, orang yang datang bantu dah tak larat... tak dapat settle sekejap, ambil masa juga nak cuci selut2 ni
Quote awanearisu 23-8-2021 02:46 PM
Innalillahi wa inna ilaihi roji'un. Takziah kepada keluarga mangsa-mangsa yang terkorban.
Quote auntieagony 23-8-2021 02:47 PM
Innalillahi wainna ilaihi raajiun
Quote SedihPedih 23-8-2021 02:56 PM
Innalillahi wa inna ilaihi raji'un
Quote ChildrenOfBodom 23-8-2021 04:30 PM
kat youtube ada bideo live bomba dan penyelamat jumpa jenazah bawah pokok2... channel pa ntah..
Quote Artemesiaa 23-8-2021 04:30 PM
Takziah buat keluarga beliau.  Walau sedih pasti keluarganya lega sebab dah jumpa juga akhirnya.
Quote ChildrenOfBodom 23-8-2021 05:17 PM
[youtube]JOczVQ6PjXM[/youtube]
Quote Meiizu 23-8-2021 05:22 PM
Edited by Meiizu at 23-8-2021 05:23 PM

I tengok tv news semlm..cucu imam tu bagitau reporter ;wan dia sedih sebab atok hanyut depan mata..wan tak sempat nak tarik
Quote Nenolen 23-8-2021 06:26 PM
Innalillah...
Quote MrsInsp 23-8-2021 07:19 PM
Innalilahhiwaiinailaihirojiun
Quote TeropongThaico 23-8-2021 09:51 PM
Innalillahiwainnailahirojiun... Semoga rohnya ditempatkan dikalangan yg bertakwa

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 07:17 AM GMT+8 , Processed in 0.111967 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top