CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

TMJ Nak Jumpa 779 Orang Guru Tolak Vaksin Di Johor

23-8-2021 10:27 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1552| Komen: 11

Description: Johor Bahru: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim akan bertemu dengan Pengarah Pendidikan Johor dan kira-kira 779 guru yang menolak menerima vaksin Covid-19, bagi mencari penyelesaian isu itu.
Johor Bahru: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim akan bertemu dengan Pengarah Pendidikan Johor dan kira-kira 779 guru yang menolak menerima vaksin Covid-19, bagi mencari penyelesaian isu itu.


Tunku Ismail menerusi dua ciapan di akaun Twitter baginda hari ini bertitah, pertemuan itu akan diadakan dalam masa terdekat.

"Keutamaan kami adalah untuk mengatasi pandemik ini secepat mungkin supaya rakyat, negeri boleh kembali dan meneruskan kehidupan seperti biasa.

"Insya Allah kita boleh selesaikan masalah ini dengan cara berhemah," titah baginda dalam ciapan berkenaan.

Foto: mStar
Tunku Mahkota Johor membuat ciapan berkenaan apabila seorang netizen berkongsi laporan berita Harian Metro berkenaan seramai 779 guru di Johor menolak untuk menerima vaksin Covid-19.


Hari ini, Pengerusi Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Johor, Mazlan Bujang, ketika menjawab soalan tambahan pada Persidangan Keempat DUN Johor yang ke-14, dilaporkan memaklumkan kira-kira 779 guru di negeri ini menolak untuk menerima vaksin Covid-19.

Mazlan dilaporkan berkata, Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) akan membantu memberi penerangan mengenai kebaikan vaksin supaya golongan guru terbabit akan menerima vaksin. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 23-8-2021 10:46 AM
Bawak sohai jumpa Jemeka sekali
Tetiba menyelit pulak heol situ
Quote spicygirl3 23-8-2021 10:47 AM
Ramai jugak cikgu yang anti vaksin ya. Bukan ke bahaya untuk anak anak kita ? Risiko yang sangat tinggi buat masa sekarang
Quote CARI-MRO 23-8-2021 11:33 AM
"Keutamaan kami adalah untuk mengatasi pandemik ini secepat mungkin supaya rakyat, negeri boleh kembali dan meneruskan kehidupan seperti biasa.

"Insya Allah kita boleh selesaikan masalah ini dengan cara berhemah,"
Quote Babai 23-8-2021 11:53 AM
spicygirl3 replied at 23-8-2021 10:47 AM
Ramai jugak cikgu yang anti vaksin ya. Bukan ke bahaya untuk anak anak kita ? Risiko yang sangat tin ...

Memang bahaya. Bukan setakat untuk budak sekolah je. Tapi bahaya untuk semus.
Quote spicygirl3 23-8-2021 01:46 PM
Virus will mutate in unvaccinated people. Thats why smeua kena ambik vaccine baru semua selamat
Quote nononcrux 23-8-2021 02:10 PM
Edited by nononcrux at 23-8-2021 02:32 PM

atas pemantauan TMJ berkesan semua ye..
Quote edayildiz 23-8-2021 02:13 PM
patut tmj jmpa jgk si sohai
Quote spicygirl3 23-8-2021 02:13 PM
nononcrux replied at 23-8-2021 02:10 PM
atas pemantantau TMJ berkesan semua ye..

Kalau semua sultan buat macam ni pun bagus kan. Kena tegas
Quote bayan_nuri 23-8-2021 02:55 PM
benang dah ada

https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1267218&mobile=2
Quote atira 23-8-2021 03:02 PM
ketinggalannye ko reporter...
org dah bergasak sampai berpage2 dah
Quote azahan 23-8-2021 03:08 PM
Bangsa jojor yang urban ni pun tolak vaksin

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:04 AM GMT+8 , Processed in 0.062166 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top