CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jual Ikan Seekor 20 Sen Je

23-8-2021 10:50 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1625| Komen: 6

Description: Kuantan: Dalam masa kira-kira sejam, 165 kilogram ikan selayang segar berharga 20 sen seekor habis dijual pada program jualan amal, di sini, semalam.
Kuantan: Dalam masa kira-kira sejam, 165 kilogram ikan selayang segar berharga 20 sen seekor habis dijual pada program jualan amal, di sini, semalam.

Program jualan amal itu dikhususkan untuk golongan yang terkesan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dianjurkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Dapur Infaq Ummah.


Setiausahanya, Zahir Shah Zahid berkata, ikan selayang yang dibekalkan nelayan tempatan dan satu keluarga hanya boleh membeli sekilogram dengan harga RM5 sahaja.


Foto: Harian Metro

"Kita bukan mencari keuntungan sebaliknya hanya untuk membantu golongan memerlukan yang terkesan dengan pelaksanaan PKP3.0," katanya di sini, semalam.

Beliau menambah, aktiviti jualan bermula 9.30 pagi namun setengah jam sebelum itu sudah ramai yang beratur mengikut jarak ditetapkan petugas.


Zahir Shah berkata, selepas ini pihaknya akan memikirkan barangan keperluan apa yang sesuai untuk dijual bagi membantu masyarakat.

"Kita juga mempelawa mana-mana pihak yang bermurah hati untuk memberi sumbangan bagi mengisi dana untuk membantu golongan memerlukan, selain kerajaan negeri dan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) turut menghulurkan sumbangan beberapa pihak lain," katanya.-CARI

Sumber: Harian Metro 
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CARI-MRO 23-8-2021 11:34 AM
"Kita bukan mencari keuntungan sebaliknya hanya untuk membantu golongan memerlukan yang terkesan dengan pelaksanaan PKP3.0,"
Quote rospinki 23-8-2021 11:36 AM
meniaga ni paling senang dpt untung dan paling senang dpt pahala. barakallah
Quote nononcrux 23-8-2021 02:45 PM
Ya Allah kau limpahkan la rezeki kepada keluarga ini.. sesungguhnya mereka dari golongan yg suka membantu amin yra...  aku beli ikan ni 8 ekor RM8 kedai aceh tak fresh plak tu
Quote nakkomenjugak 23-8-2021 02:49 PM
alhamdulillah...
Quote SedihPedih 23-8-2021 02:50 PM
alhamdulillah..semoga dilimpahi rezeki
Quote edayildiz 23-8-2021 03:10 PM
semoga dimurahkan rezeki org2 yg terlibat

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:49 PM GMT+8 , Processed in 0.049350 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top