CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Harun Hashim Darah Tinggi Dan Glaukoma, Isteri Pula Kanser Otak - Betty Banaf

22-8-2021 05:41 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 8027| Komen: 21|Original author: Oleh: Cari-Azza

Description: Pelakon veteran, Harun Hashim dan isterinya, Sakinah Ganjali menempuh kegetiran apabila berdepan ujian penyakit dan kesulitan hidup ketika era pandemik COVID-19.


Pelakon veteran, Harun Hashim dan isterinya, Sakinah Ganjali menempuh kegetiran apabila berdepan ujian penyakit dan kesulitan hidup ketika era pandemik COVID-19.

Ianya diceritakan oleh Betty Banafe di laman instagramnya bahawa Harun, 65 dan isteri dimasukkan di sebuah hospital di Subang, sejak beberapa hari lalu.

"Saya tahu Harun diserang darah tinggi, tiga hari lalu. Keadaannya agak teruk bila terpaksa ditidurkan.
"Terkini dia sudah sedarkan diri. Cuma lebih membimbangkan isterinya pula diserang penyakit."



Foto :IG



Seperti yang dilaporkan BH Online, isteri Harun menghidap penyakit kanser otak dan perlu pembedahan segera.

Betty berkata, kali terakhir dia berjumpa Harun pada 25 Julai lalu.

Saya terbabit dalam program infak artis bersama ngo agihkan bantuan kepada yang memerlukan.
 Ketika bertemu, saya lihat keadaan Harun dah tak sihat, matanya makin kabur."


Foto :IG

Dramatis popular era 90an itu disahkan menghadapi Glaukoma yang menyebabkan medan penglihatan pesakit semakin sempit.

"Saya lihat matanya dah bertukar warna. Harun sendiri akuinya, cuma tak mampu ke klinik untuk pemeriksaan lanjut."

Katanya, Harun membantu isterinya berniaga di Batu Caves Centerpoint sejak pandemik menular, tahun lalu tetapi
terkesan kerana terbiasa menguruskan perniagaan secara fizikal berbanding dalam talian.

"Harun ada WhatsApp minta bantuan bayar sewa rumah pada 15 Ogos lalu. Tapi, saya terlambat membalasnya kerana sibuk. Akhirnya, saya dapat tahu Harun dan isterinya masuk hospital."

Semoga Harun Hashim dan isterinya lekas pulih. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kiah_mai_pulak 21-8-2021 11:40 PM
thread dah ada ni mangkukk @Raline

https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1267086&mobile=2
Quote Cari-Azza 22-8-2021 05:41 PM






Pelakon veteran, Harun Hashim dan isterinya, Sakinah Ganjali menempuh kegetiran apabila berdepan ujian penyakit dan kesulitan hidup ketika era pandemik COVID-19.


Ianya diceritakan oleh Betty Banafe di laman instagramnya bahawa Harun, 65 dan isteri dimasukkan di sebuah hospital di Subang, sejak beberapa hari lalu.


"Saya tahu Harun diserang darah tinggi, tiga hari lalu. Keadaannya agak teruk bila terpaksa ditidurkan.
"Terkini dia sudah sedarkan diri. Cuma lebih membimbangkan isterinya pula diserang penyakit."






Foto G




Seperti yang dilaporkan BH Online, isteri Harun menghidap penyakit kanser otak dan perlu pembedahan segera.


Betty berkata, kali terakhir dia berjumpa Harun pada 25 Julai lalu.


Saya terbabit dalam program infak artis bersama ngo agihkan bantuan kepada yang memerlukan.
Ketika bertemu, saya lihat keadaan Harun dah tak sihat, matanya makin kabur."





Foto G




Dramatis popular era 90an itu disahkan menghadapi Glaukoma yang menyebabkan medan penglihatan pesakit semakin sempit.



"Saya lihat matanya dah bertukar warna. Harun sendiri akuinya, cuma tak mampu ke klinik untuk pemeriksaan lanjut."


Katanya, Harun membantu isterinya berniaga di Batu Caves Centerpoint sejak pandemik menular, tahun lalu tetapi
terkesan kerana terbiasa menguruskan perniagaan secara fizikal berbanding dalam talian.


"Harun ada WhatsApp minta bantuan bayar sewa rumah pada 15 Ogos lalu. Tapi, saya terlambat membalasnya kerana sibuk. Akhirnya, saya dapat tahu Harun dan isterinya masuk hospital."



Semoga Harun Hashim dan isterinya lekas pulih. - CARI
Quote supernaturalee 22-8-2021 05:49 PM
My dad's fav actor ni
Lakonan dia berkarisma
Quote LadyCarefree 22-8-2021 06:08 PM
Xkenal tp kesian.
Quote nakkomenjugak 22-8-2021 06:30 PM
moga dipermudahkan urusan
Quote sukacactus 22-8-2021 09:00 PM
Semoga dipermudahkan Nya
Last tgk dia berlakon dlm citer scammer yg ada kamal adli & sallywho
Quote stania83 22-8-2021 09:05 PM
betty tak payahla buka aib..tolongnya tidak.. member dah masuk hospital baru nak tunggang hype.
Quote epal21 22-8-2021 09:17 PM
Cantik pula Betty dlm gambar kat atas tu. Semoga Encik Harun dimurahkan rezeki, kesiannya dgn sakit & kurang pendapatan.
Quote tagas 22-8-2021 09:44 PM
Lejen kutub utara kutub selatan
Quote gorjeous 22-8-2021 10:25 PM
semoga dipermudahkan..
Quote siasia 22-8-2021 11:38 PM
Dulu ada dia berlakon drama laama dah. Dgn sofea jane. Asalnya bercinta dgn mak sofea jane, Aznah Hamid kut mak duia tu.. tp putus.. Bila dah besar sofea jane ni kenal dgn harun, tah cemana boleh kenal x igt dah.. Bercinta ngan ex boifren mak sendiri.. Best drama ni. Harun ms tu muda lagi ensem. Tapi aku rasa x sehensem Yusuf Wahab la.

Brbalik kpd gosip ni, Betty cuma nak bercerita je ke. Ada ke no akaun ke hapa ke utk org salur bantuan.
Quote NonaNaga 23-8-2021 01:35 AM
Harum Hashim ni method actor....tV6 pun ada ulang drama dia masih betul2 muda...zaman Drama Minggu Ini gitew

Yg 90s dia jd Cikgu sahizy Sam dgn adegan pukul Bell Ngasrii tu sbb Bell tuduh Cikgu ada affair ngan watak Sam tu hahaha. Betul2 di ketuknya bell

Pelakon dulu banyak dari pentas theater mcm Ahmad Yatim, Yusof Wahab dll
Quote Mulotkoyak 23-8-2021 02:09 AM
Alamak ni sedare iols gak ni... Lepas mak bercerai belah ayah terus xberhubung ngn diorg ni..
Quote anony-mous 23-8-2021 05:05 AM
Sedih pulak baca kisah heols walhal he’s one of the famous veteran actor. I yg xlayan sgt drama tv pon kenal muka heols walaupon xtau nama.
Quote Cik_jantung 26-8-2021 07:57 AM
Harap dorang sembuh cepat
Quote balakkampung 26-8-2021 08:06 AM
semoga allah permudahkan urusan abang harun,,,dia , yusuf wahab dan mustafa kamal antara hero yang paling hensem dulu..
Quote bulalof 26-8-2021 08:19 AM
semoga dipermudahkan urusan mereka dan juga sesiapa yg sedang mengalami musibah kini.
Quote Sagun36 26-8-2021 09:12 AM
Edited by Sagun36 at 26-8-2021 09:53 AM

Membesar dgn melihat lakonan beliau...pelakon berkarisma, berbakat. Sedih lihat keadaan dia sekarang. Semoga Allah datangkan rezeki yg tak disangka2 utk beliau dan isteri.
Zamarul Hisyam tu lakonan dia pun seakan2 mcm harun hasyim.
Quote imanjannah 26-8-2021 09:30 AM
ingatkan sapa la Harun tadi, tahu pakcik ni, cuma tak tahu nama, belakon mmg sangat bagus, moga cepat sembuh dan dpermudahkan urusan hidup

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 10:42 AM GMT+8 , Processed in 0.057398 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top