CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penyelia Arah 9 Pekerja Bergelang Pink Datang Bekerja Ditahan

22-8-2021 02:55 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2235| Komen: 10

Description: Seorang penyelia bersama sembilan pekerja sebuah premis pembekal dan pembungkusan ditahan ketika bekerja selepas didapati memakai gelang kuarantin merah jambu pada Sabtu.
Seorang penyelia bersama sembilan pekerja sebuah premis pembekal dan pembungkusan ditahan ketika bekerja selepas didapati memakai gelang kuarantin merah jambu pada Sabtu.


Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata, tangkapan dibuat selepas sepasukan pegawai dan anggota Task Force Ops Patuh Ibu Pejabat Polis (IPD) Kampar melakukan pemeriksaan di sebuah premis di Jalan Teknologi 3, Kawasan Perindustrian Gopeng 2 kira-kira jam 12.30 tengah hari.


Gambar hiasan

Menurutnya, pemeriksaan lanjut terhadap kesemua mereka mendapati penyelia kedai berusia 32 merupakan warga tempatan bersama sembilan pekerja warga asing berusia dalam lingkungan 25 hingga 40 tahun itu masih dalam tempoh kuarantin bermula 18 hingga 27 Ogos.


"Hasil siasatan mendapati penyelia premis tersebut mengarahkan sembilan pekerja terbabit yang tinggal di aras dua supaya datang bekerja pada pada jam 8 pagi di tingkat bawah premis berkenaan.

"Tangkapan dibuat terhadap penyelia premis bersama kesemua pekerja tersebut kerana telah melakukan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Pelan Pemulihan Negara Fasa 2," katanya menerusi satu kenyataan akhbar pada Ahad.

Menurutnya, perintah kuarantin dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kampar dan kesemua mereka dipakaikan gelang kuarantin pada pada 20 Ogos lalu.

Jelas Hasron, kes disiasat di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan cuai yang mungkin merebakkan jangkitan apa-apa penyakit yang berbahaya kepada nyawa.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosmahisham 22-8-2021 10:05 AM
Edited by rosmahisham at 22-8-2021 10:07 AM

Warga asing mana pedulik undang2 gelang pink ke hape...SOP pon x reti jaga..duk dekat2 berhimpit2..derang tetap nk keluar rmh nk kerja nk cari duit! Untung la x diberhentikan keje mcm rakyat tempatan !! Pelik x pelik malaysia ni..warga asing msh ada keje sdgkn rakyat tempatan tgh ssh sengsara sekarang ni!dulu2 ada jgk kilang sediakn hostel utk warga tempatan tp kilang besar2 la mcm motorola dll..skrg ni kilang blh pulak bg hostel kat bangla duk ramai..janji jimat duit tokei kilang bayo gaji rendah !!Pdhal org Mesia sendiri yg dr kg nk menapak duk kl kemain susah!
Quote Skuau 22-8-2021 10:49 AM
rosmahisham replied at 22-8-2021 10:05 AM
Warga asing mana pedulik undang2 gelang pink ke hape...SOP pon x reti jaga..duk dekat2 berhimpit2..d ...

warga asing msh ada kerja sb 'tak lwn tauke'...bila diarah langgar sop,undang2.
Quote skippy 22-8-2021 11:09 AM
rosmahisham replied at 22-8-2021 10:05 AM
Warga asing mana pedulik undang2 gelang pink ke hape...SOP pon x reti jaga..duk dekat2 berhimpit2..d ...

bukankah disebabkan warga asing sanggup keje sektor 3D dan juga diberi gaji rendah yang menyebabkan penyelia atau pengusaha kilang mengambil kesempatan? more so, warga asing ni klau yg tade permit sah , lagila diorg ikut je apa penyelia diorg suruh. takut dihantar pulang ke negara asal atau diserah ke imigresen. ada berita yang i pernah baca sblum ni, cthnya, warga tempatan yg keje pasar atau kebun, semua tak tahan lama. akhirnya terpaksa jugak amik warga asing. forget about others, sepupu i sendiri pernah tukar2 keje, kononnya sebab tak nk keje susah. dia pernah keje kat pasaraya, bengkel, and even as customer service kt grab.
Quote jfq 22-8-2021 11:11 AM
rosmahisham replied at 22-8-2021 10:05 AM
Warga asing mana pedulik undang2 gelang pink ke hape...SOP pon x reti jaga..duk dekat2 berhimpit2..d ...

Kan.
Jarang dgr warga asing kena kompaun
Quote CARI-MAL 22-8-2021 02:55 PM
Seorang penyelia bersama sembilan pekerja sebuah premis pembekal dan pembungkusan ditahan ketika bekerja selepas didapati memakai gelang kuarantin merah jambu pada Sabtu.


Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata, tangkapan dibuat selepas sepasukan pegawai dan anggota Task Force Ops Patuh Ibu Pejabat Polis (IPD) Kampar melakukan pemeriksaan di sebuah premis di Jalan Teknologi 3, Kawasan Perindustrian Gopeng 2 kira-kira jam 12.30 tengah hari.




Gambar hiasan




Menurutnya, pemeriksaan lanjut terhadap kesemua mereka mendapati penyelia kedai berusia 32 merupakan warga tempatan bersama sembilan pekerja warga asing berusia dalam lingkungan 25 hingga 40 tahun itu masih dalam tempoh kuarantin bermula 18 hingga 27 Ogos.


"Hasil siasatan mendapati penyelia premis tersebut mengarahkan sembilan pekerja terbabit yang tinggal di aras dua supaya datang bekerja pada pada jam 8 pagi di tingkat bawah premis berkenaan.


"Tangkapan dibuat terhadap penyelia premis bersama kesemua pekerja tersebut kerana telah melakukan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Pelan Pemulihan Negara Fasa 2," katanya menerusi satu kenyataan akhbar pada Ahad.


Menurutnya, perintah kuarantin dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kampar dan kesemua mereka dipakaikan gelang kuarantin pada pada 20 Ogos lalu.


Jelas Hasron, kes disiasat di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan cuai yang mungkin merebakkan jangkitan apa-apa penyakit yang berbahaya kepada nyawa.




Sumber: Sinar Harian
Quote auntyonion 22-8-2021 03:18 PM
Gilo {:dot padan muka kau cashhh {:laugh {:laugh
Quote Skuau 22-8-2021 03:22 PM
warga asing rajin..kuarantin pakai gelang pink pon datang kerja...warga tempatan pemalas ada camni?-forumer lain
Quote cheezel 22-8-2021 04:00 PM
sila kompaun sampai bangkrap
Quote Fortiori02 22-8-2021 05:18 PM
Pikir nak untung je drg ni
Quote Xim 22-8-2021 05:22 PM
Thread dah ada : https://mforum1.cari.com.my/foru ... ead&tid=1267182

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 05:07 AM GMT+8 , Processed in 0.057837 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top