CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Golongan Antivaksin Tak Senang Duduk Sanggup Bayar Mahal Untuk Sijil Vaksin

22-8-2021 05:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 24661| Komen: 349

Description: Berikutan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) yang diberikan kerajaan kepada penerima dua dos vaksin Covid-19, golongan anti-vaksin dilihat semakin berani sehingga mahu membayar beberapa klini ...
Berikutan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) yang diberikan kerajaan kepada penerima dua dos vaksin Covid-19, golongan anti-vaksin dilihat semakin berani sehingga mahu membayar beberapa klinik swasta demi mendapatkan sijil vaksin.


Difahamkan, modus operandi mereka adalah membayar untuk dos berkenaan, namun tidak mahu disuntik.

Media sosial hangat dengan pendedahan sebuah klinik swasta dipercayai di Pulau Pinang yang mendedahkan pihaknya menerima banyak permintaan golongan antivaksin yang mahu membayar sehingga RM1,000 untuk vaksin, namun tidak mahu disuntik.



Portal berita MalaysiaNow melaporkan pihaknya cuba menghubungi klinik berkenaan untuk mendapatkan maklumat lanjut, namun tidak berjaya.


Klinik itu menerima pujian ramai apabila tidak berkompromi soal integriti perubatan mereka.

Sementara itu, Presiden Persekutuan Persatuan Doktor Perubatan Swasta Malaysia (FPMPAM), Dr Steven Chow mengesahkan kepada MalaysiaNow wujudnya cubaan-cubaan seperti itu.

“Ya kami sedar mengenai usaha-usaha untuk melangkaui sistem.

“Persekutuan menentang mana-mana doktor yang bersetuju dengan amalan tidak beretika ini. Setakat pengetahuan kami, ahli FPMPAM sentiasa menolak permintaan individu yang tidak bertanggungjawab ini,” katanya kepada MalaysiaNow.

Katanya, perkara itu dilaporkan rangkaian ahli-ahli FPMPAM walaupun tiada data rasmi diperoleh.


Sumber: Suara Merdeka
1

Bagus
2

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ayda89 22-8-2021 05:19 PM
Banyak ye duit antivaksin ni semua nak bazir ke sijil palsu
Quote Skuau 22-8-2021 05:21 PM
Doraemon:alat pengesan vaksin...
Quote pagaruyung 22-8-2021 05:28 PM
Antivax dh gelabah t*t*k nampaknya
Quote white_musk 22-8-2021 05:31 PM
Minta karajaan halang antivaks dari membayar culai dan pargi mengundi juga
Quote spicygirl3 22-8-2021 05:32 PM
Anti vaksin ni kena duk ramai ramai sekampung baru selamat smeua orang
Quote exclusive_vvip 22-8-2021 05:36 PM
Ada member sorang, dah lengkap 2 dos..ada sapatah yg antivax(sedara ke member dia tah), minta screenshot mysejahtera dia…nak tunjuk utk masuk mall @ memana la tu..bertuah la member iols tu nak bagi..
Quote edayildiz 22-8-2021 05:39 PM
kena pindah buat perkampungan sndiri gamaknya dorg ni pasni..yela kedai2 pun byk xbg masuk
Quote takayama 22-8-2021 05:40 PM
anak tiri kaka dan suaminya pun anti vaks juga, hr tu dia marah2 kt kaka dan siblings dia sbb gie vaks, kaka kata kt dia klu dia x vaks x payahlah jenguk kaka lg, klu rs rindu buat ajelah VC
Quote Thunderclouds 22-8-2021 05:42 PM
white_musk replied at 22-8-2021 05:31 PM
Minta karajaan halang antivaks dari membayar culai dan pargi mengundi juga

Hahahaahahha..kan. kalo itu ini suma xboleh. Suma dsekat dh xperlu p mngundi & byq cukai la.
Quote nakkomenjugak 22-8-2021 05:44 PM
hehehehehe no wayyyy
Quote lurve82 22-8-2021 05:44 PM
Dh la antivax..menipu 1 hal…
Quote Samerosie 22-8-2021 05:45 PM
white_musk replied at 22-8-2021 05:31 PM
Minta karajaan halang antivaks dari membayar culai dan pargi mengundi juga

Bagus juga tu most antivaks pun tak la bayar cukai tinggi pun sangat kan entah2 BE pun tak submit sejak kerja tapi complain nya macam bayar berpuluh ribu setahun.
Quote Samerosie 22-8-2021 05:47 PM
Patut klinik tu ambil details dan report biar duit tu bayar duit bail.  Banyak duit samgat kan.
Quote Normabaru 22-8-2021 05:51 PM
Thunderclouds: Hahahaahahha..kan. kalo itu ini suma xboleh. Suma dsekat dh xperlu p mngundi & byq cukai la.

Ntahnyeee duit antivaks nk pulakkk..haha
Quote Olumis 22-8-2021 06:52 PM
Bodoh piang la antivaks ni
Quote Meiizu 22-8-2021 06:56 PM
Thread mana tah bkumpul antivak kat situ...
Pompang ckp pasal hak..badan kita hak kita gitu..
Abis tu premis pun ada hak tak bagi korang masuk...syuhhsyuhh pi duk sorang2
Quote namr 22-8-2021 07:00 PM
Dh la antivax, penipu pulak tu..mmg complete package hanat
Quote nenekglamer 22-8-2021 07:12 PM
Semua org ada hak. Pro vax ada hak utk xterima antivax masuk premis dia. Hehe
Quote mama_neko 22-8-2021 07:27 PM
welll... antivaks ni kena sabaq la sikit..2-3 tahun nnti boleh la masuk mall kembali.. hehehehe

Lihat semua komen(349)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 09:50 AM GMT+8 , Processed in 0.060197 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top