View: 4634|Reply: 27
|
Dapat "Video Call" Dengan Aktor Pujaan, Ibu Shuib "Sedih Sangat&q
[Copy link]
|
|
Pelakon kacak, Remy Ishak atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei, 39, akhirnya selamat melangsungkan pernikahan dengan wanita pilihan hatinya, Ezza Yusof, 38, dalam satu majlis ringkas di Masjid Negara, pada Sabtu.
Sudah pastinya dengan perkhabaran itu membuatkan ramai dikalangan peminat Remy turut bergembira malah mungkin juga ada yang "bersedih" setelah pelakon pujaan mereka menamatkan zaman bujang.
Salah seorang peminat Remy adalah ibu kepada pelawak, Shuib iaitu Salamiah Jalani yang berpeluang berbual dengan aktor pujaannya, Remy dalam satu panggilan video semalam.
Menerusi panggilan video istimewa yang dibuat Shuib untuk ibunya itu, Salamiah dilihat teruja apabila berpeluang berbual dengan Remy.
" Surprisekan mama,buat video call dgn pengantin baru @remyishak
Bukan main seronok mama yeeee. walaupon didalam hati sedih sbb Hero yg dia minat sgt dah kawin. TAHNIAH MAILLLLLL ", tulis Shuib.
Dalam perbualan dengan Remy, Salamiah mengucapkan selamat pengantin baru dan sempat berseloroh dengan aktor pujaannya seperti dilaporkan Kosmo.
"Selamat pengantin baharu, diam-diam ya. Ya Allah minatnya awak dan orang rumah (isteri) pun cantik.
"Selepas ini boleh ke tengok awak lagi? Sedih sangatlah (ketawa)," kata Salamiah berseloroh.
Salamiah juga sempat menitipkan pesanan agar pelakon filem Sangkar itu sentiasa menjadi suami mithali seperti watak yang pernah dilakonkannya sebelum ini.
"Jaga isteri baik-baik seperti yang mak cik selalu tonton dalam drama.
"Dalam luar drama pun perlu lebih baik lagi. Seronok sangatlah nampak awak.
"Apa pun, selamat pengantin baharu sehingga kekal hingga syurga," kata Salamiah lagi kepada Remy.
Menjawab pertanyaan Salamiah, Remy memberitahu dia tiada niat untuk merahsiakan pernikahannya kerana risau jika ada perkara yang berlaku.
"Diam-diam sajalah mak cik, saya nak bising-bising pun takut ada benda yang tak baik," jawabnya.
Selain ibu Shuib, pastinya ramai lagi peminat Remy diluar sana kini sedang "bersedih" dan patah hati.
Kredit foto : mStar
Ini kerana, tidak sekadar menjiwai watak dalam lakonannya sehingga memberi kesan mendalam kepada penonton tetapi dari segi penampilan dan suaranya juga sudah pasti membuatkan ramai yang meminati aktor ini.
Bertabah lah ya peminat Remy. Apapun, tahniah diucapkan kepada pengantin baru ini. Semoga Remy dan pasangannya bahagia hingga ke Jannah. - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Alahai peminat pun nak patah hati macam la dpt kahwin ngan remy |
|
|
|
|
|
|
|
Patut happy lah bamwemy dah kawin. Nk sedih2 buat apa. Kawin pun ngan akak kasut. |
|
|
|
|
|
|
|
baru 2-3hari lepas lalu kat youtube suggestion iols psl shuib melamar arwah sarah dulu..rupanya mak shuib x suka sarah masa awal2 tu..agaknya sindrom mak anak tunggal kot..shuib sorang je anak dia..tetiba plak baru jadi retis dah nak kawen..mak shuib kata,dia dah puas marah sarah..tapi in the end, dia dgn arwah sarah rapat kemain..{:good |
|
|
|
|
|
|
|
red_velvet: So apa gosipnya?
Mak Soeb menggeletis dengan Remy. |
|
|
|
|
|
|
|
so?
ni je ke bahan beritanya |
|
|
|
|
|
|
|
soeb & remi jadi kawan lepas berlakon drama apa tah yang watak depa jadi budak kampung yang macam bengong sikit tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
nampak tua pulak mak shuaib
masa dekat australia tu mcm muda pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Berapa umur mak Shuib ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Mak suib mcm muka arwah makcik petir karaoke tu. |
|
|
|
|
|
|
|
bagi lerrr bam wemy kawen
moga berbahagia |
|
|
|
|
|
|
|
Makin perasan lah mamat ni wekkk |
|
|
|
|
|
|
|
exclusive_vvip replied at 23-8-2021 07:11 AM
baru 2-3hari lepas lalu kat youtube suggestion iols psl shuib melamar arwah sarah dulu..rupanya mak ...
Dan tak pernah dengar waima sikit pun gosip psl sarah x ngam dgn mertua, apa2 hint pun sarah x pernah merempan dalam media sosial. Ye lah kan wujud artis/org biasa yg kalau di benci mertua, harus la upload hint2 upload quotes caption sabarlah duhai hati gitu hahahha |
|
|
|
|
|
|
|
remy pun tak kenal dorang..fefeling je lebih
larikkkkkk
|
|
|
|
|
|
|
|
kaedahnya replied at 23-8-2021 09:11 AM
soeb & remi jadi kawan lepas berlakon drama apa tah yang watak depa jadi budak kampung yang macam be ...
Mail dan sudin |
|
|
|
|
|
|
|
jajahoney replied at 23-8-2021 01:04 PM
remy pun tak kenal dorang..fefeling je lebih
Memang….hahaha… korang pun bkn taste remy. Kalau kawin ngan remy pun, lum tentu korang leh handle perangai dia jgk. So just be happy lah bamwemy ni kawin sblm 40. |
|
|
|
|
|
|
|
jual mak pulak ke kat sosmed |
|
|
|
|
|
|
|
Mail & Sudin Sambut Ramadan kan?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|