CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Fenomena Kepala Air Luar Biasa, Lebih 10 Kampung Dilanda Banjir Kilat Sekitar Yan Dan Merbok

18-8-2021 08:34 PM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 17761| Komen: 138

Description: YAN: Hujan lebat di atas Gunung Jerai sejak pagi tadi telah menyebabkan fenomena kepala air dan lebih 10 kampung di kaki Gunung Jerai selain banyak taman perumahan di sekitar bandar Yan, Gurun dan Mer ...



YAN: Hujan lebat di atas Gunung Jerai sejak pagi tadi telah menyebabkan fenomena kepala air dan lebih 10 kampung di kaki Gunung Jerai selain banyak taman perumahan di sekitar bandar Yan, Gurun dan Merbok dilanda banjir kilat yang berlaku kira-kira jam 3 petang tadi.

Orang ramai serta penduduk turut berkongsi video dan gambar dikawasan perumahan mereka yang terjejas teruk akibat banjir kilat tersebut.

Loading FB Post...



Memetik Astro Awani, Pengerusi Persatuan Rekreasi Luar Daerah Yan (Rekey), Mohammad Firdaus Mohmad, 36, yang tinggal di kawasan itu, berkata kejadian berlaku dengan pantas dan tidak dijangka.

"Dari pagi hujan lebat di atas Gunung Jerai, namun di bawah ini hujan tidak begitu lebat.



"Secara tiba-tiba, dalam pukul 3 petang, kepala air berlaku di kawasan air terjun termasuk di Pusat Peranginan Seri Perigi. Air sangat kuat dan deras, sehingga merosakkan kawasan itu.

"Kampung yang berada di kaki Gunung Jerai juga dinaiki air. Paling teruk yang berdekatan sungai. Malah pekan Yan turut dilanda banjir. Ini kerana lokasinya yang terletak di tepi laut.

Loading FB Post...

"Paras air laut pula kebetulan ketika ini agak tinggi atau digelar air mati. Jadi ia menyebabkan banjir lambat surut," katanya.

Sementara itu, jurucakap bomba berkata, mereka menerima banyak laporan dan sedang menjalankan operasi. 

Diharapkan tiada sebarang kemalangan jiwa. - CARI
2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • midori_katana


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 18-8-2021 08:39 PM
Tapi hari ni hujan mmg panjang.....

Moga mereka semua selamat lah...amin
Quote alesandra 18-8-2021 08:46 PM
MB mana?nak gurau kasaq lagi?
Quote wanokakaka 18-8-2021 08:49 PM
Ya allah.. semoga baik2 la semua. Takut tgk air deras sangat
Quote supernaturalee 18-8-2021 08:50 PM
Calling2 @sarah82

Gerun tgk kepala air menderu mcm tu
Yg kt blkg kt bukit tu dh mcm paip saiz giant pecah menyembur keluar

Moga org2 yg duk sekitar tu selamat lh hendaknya
Excited rekod pun tgk keliling sama

Quote sarah82 18-8-2021 08:52 PM
supernaturalee replied at 18-8-2021 08:50 PM
Calling2 @sarah82

Gerun tgk kepala air menderu mcm tu

Aku pun baru dpt wasap tadi.. Dasyat la.. Kat alor setar hujan jap berhenti.. Mai petang lebat gila..
Quote supernaturalee 18-8-2021 08:54 PM
sarah82 replied at 18-8-2021 08:52 PM
Aku pun baru dpt wasap tadi.. Dasyat la.. Kat alor setar hujan jap berhenti.. Mai petang lebat gil ...

Adik dgn family dia duk aloq setaq

Yan dgn aloq setaq jauh mn

Quote nakkomenjugak 18-8-2021 08:55 PM
Moga selamat semuanya
Quote sarah82 18-8-2021 08:57 PM
supernaturalee replied at 18-8-2021 08:54 PM
Adik dgn family dia duk aloq setaq

Yan dgn aloq setaq jauh mn

Lebih kurang dlm 45 minit kalau lalu highway
Quote Normabaru 18-8-2021 09:01 PM
Allahuuu siannnyeeee.. MB kedah jgn dok reti sembang je. Sila banfu
Quote supernaturalee 18-8-2021 09:02 PM
sarah82 replied at 18-8-2021 08:57 PM
Lebih kurang dlm 45 minit kalau lalu highway

Owh k k

Btw korg semua ok ke
Hujan lg x
Quote edayildiz 18-8-2021 09:04 PM
scary nya tgk..semoga baik2 semua..
kepala air tu mmg panggil kepala air ke?sama tak ngn air pasang
Quote marigold90 18-8-2021 09:09 PM
Batu 16 terkesan tak? Ada sesiapa tahu
Quote sarah82 18-8-2021 09:10 PM
supernaturalee replied at 18-8-2021 09:02 PM
Owh k k

Btw korg semua ok ke

Skrg tak hujan.. So far aku kat sini ok..
Quote syamzana 18-8-2021 09:12 PM
semoga dipermudahkan urusan depa depa kat sana.
arini hujan lebat pakej angin kuat berbunyi2 dari pkl 11lbh smpai skrg ni. kuat betul air tu mesti teruk sgt dah atas gunung nun ditarah.
Quote ashilalat 18-8-2021 09:13 PM
Masalahnya bukan kedah je. Lembah klang ni pon ujan lebat sjak tghari, sampai skrg belom berenti. Ni masih lebat. Kebarangkalian nak banjir kat lembah klang ni sangat tinggi.
Quote fahdramli 18-8-2021 09:14 PM
marigold90 replied at 18-8-2021 09:09 PM
Batu 16 terkesan tak? Ada sesiapa tahu

Batu 16 mana, padang lumat ka...  kalau kat situ rasanya dak, yang kena yan , gurun dgn merbok
Quote supernaturalee 18-8-2021 09:19 PM
sarah82 replied at 18-8-2021 09:10 PM
Skrg tak hujan.. So far aku kat sini ok..

Alhamdulillah


Quote Lengkong 18-8-2021 09:23 PM
Teruk jugak ni

Quote KIM.K 18-8-2021 09:24 PM
Sekejap je hujan kat sini alhamdulillah.

Sapa tu cakap sea level mmg dah naik, mesia bakal tenggelam. Buktinya banyak banjir sana sini

Lihat semua komen(138)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:57 PM GMT+8 , Processed in 0.073378 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top