CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ular Sawa Terjulur Dari Rak Makanan Di Pasar Raya

18-8-2021 04:58 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3895| Komen: 30

Description: Sebuah pasar raya di Sydney gempar apabila seekor ular sawa berada di sebuah rak makanan dengan kepalanya menghulur keluar.
Sebuah pasar raya di Sydney gempar apabila seekor ular sawa berada di sebuah rak makanan dengan kepalanya menghulur keluar.

Lapor BBC, kejadian itu disedari seorang pengunjung, Helaina Alati, 25, apabila reptilia sepanjang tiga meter itu menjelirkan lidahnya.




Kebetulan Alati merupakan seorang penyelamat haiwan liar dan sudah biasa berhadapan dengan ular.

“Saya toleh ke belakang dan ular itu berada dalam jarak 20 sentimeter daripada muka dan memandang ke arah saya.

“Ular itu seolah-olah ingin berkata supaya membawanya keluar dari kawasan itu,” katanya.

Alati mendapati ular itu tidak berbisa dan selepas merakam kejadian itu, dia memaklumkan kepada staf dan menawarkan bantuan kepada pihak pasar raya membawa keluar ular itu.


Loading FB Post...


Dia kemudian bergegas mengambil beg guni dari rumahnya dan datang semula ke pasar raya itu.

Selepas mengetuk ular itu daripada bahagian ekor, haiwan itu terus memasuki beg guni tersebut.

Wanita itu melepaskan ular tersebut di kawasan habitat semula jadi bagi spesies itu di sekitar Sydney.


Sumber: Utusan
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bakingsoda 18-8-2021 05:04 PM
kena pulak tengah buat pembelian panik
Quote Scheherazade 18-8-2021 05:06 PM
Mau x terkejut kena cak2 dgn sawa nih. Boleh kena heart attack.
Quote ujio 18-8-2021 05:06 PM
elok je mcm serah diri nk kembali ke habitat. mcmna la boleh sesat gamaknya masuk ke pasaraya tu..
Quote exclusive_vvip 18-8-2021 05:09 PM
Omgggg! I penah terbayang tau kalu jadi gini kat iols..i dok terbayang kalu la tgh2 cari barang kat rak kedai @ supermarket, tetiba terjengol ular kat barang2 tu..kekadang terbayang ular dlm mailbox la…paranoid much!
Quote exclusive_vvip 18-8-2021 05:17 PM
ujio: elok je mcm serah diri nk kembali ke habitat. mcmna la boleh sesat gamaknya masuk ke pasaraya tu..


Kekadang ntah dari mana2 la munculnya tu..mcm umah nenek I, bukan jenis kawasan ada ular..tapi ular sesat dari jauh penah la..ada sekali tu, i dgn my siblings gi beraya umah sedara, ada ular ikut balik,duduk celah pintu keta..bila dah balik umah nenek, time buka pintu baru sedar sbb ular tu melompat..ada sekali tu pulak, jiran antar barang dlm kotak..buka2 je ular tu terjengol..dengan kitorg semua terlompat..sibbaik la nampak cepat..kalu x sedar, mau ular tu menyelinap tah celah mana..kitorg plak mesti x sangka ada ular dlm umah..
Quote jfq 18-8-2021 05:18 PM
Udara. Udara
Tak tahan bau rempah
Quote jfq 18-8-2021 05:19 PM
exclusive_vvip replied at 18-8-2021 05:09 PM
Omgggg! I penah terbayang tau kalu jadi gini kat iols..i dok terbayang kalu la tgh2 cari barang kat  ...

Tengah cari barang tiba2 terjengul keluar camni still ok lg
Buat nya raba2 nak ambik syoknyv belakang sekali teraba benda rasa sejuk kenyal ahaks
Quote kemaruk 18-8-2021 05:20 PM
sian ulat sawah
Quote jfq 18-8-2021 05:21 PM
Sempat lagi balik rumah cari guni
Awat tak alert staff kat situ mintak shopping bag ke hapa
Quote exclusive_vvip 18-8-2021 05:23 PM
jfq replied at 18-8-2021 05:19 PM
Tengah cari barang tiba2 terjengul keluar camni still ok lg
Buat nya raba2 nak ambik syoknyv bela ...

Ni lagi scary..mau trauma nak shopping barang lepas tu
Quote napsiah123 18-8-2021 05:24 PM
Ngerinya...kalau terpegang tu..
Quote alieyrina 18-8-2021 05:57 PM
Tau pulak dia menjengoi pun kat orang yg betui nohh
Quote cucutokwan89 18-8-2021 06:23 PM
Nagini, is that u?
Quote TOPwind 18-8-2021 07:22 PM
tidak berkaki bergerak dgn pelahan dan terbatas dalam segala2nya

tapi boleh masuk - ikut pintu mana ekk?
Quote supernaturalee 18-8-2021 07:27 PM
Sopannya dia masuk guni
Mcm dh biasa
Naughty taw

X suka ular besar2 sgt
Klu belit nnt sakit
Quote pagaruyung 18-8-2021 07:28 PM
Bapak ahhh
Quote mclaren 18-8-2021 07:34 PM
exclusive_vvip replied at 18-8-2021 05:09 PM
Omgggg! I penah terbayang tau kalu jadi gini kat iols..i dok terbayang kalu la tgh2 cari barang kat  ...

Selalu terbayang masuk dalam kereta. Tengah best driving sekali menjalar kat kaki.
Quote Illayana 18-8-2021 08:34 PM
Scarynyeeeeeeee....
Quote nakkomenjugak 18-8-2021 09:05 PM
wehhhh fitammmm kalau iol kat situ

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 05:02 AM GMT+8 , Processed in 0.136316 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top