CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Lalok Nak Bunuh Ibu Dengan Gunting

18-8-2021 05:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1658| Komen: 17

Description: Seorang lelaki ditahan kerana mengugut mahu membunuh ibunya dalam kejadian di sebuah rumah flat di Jalan Pandan Indah, pada kelmarin.
Seorang lelaki ditahan kerana mengugut mahu membunuh ibunya dalam kejadian di sebuah rumah flat di Jalan Pandan Indah, pada kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 7 malam ketika mangsa, berusia 54 tahun keluar dari bilik untuk ke dapur.



Gambar hiasan

“Pada ketika itu, suspek memegang senjata tajam (gunting) dan mengacukan kepada ibunya serta mengugut bahawa mahu membunuhnya. Suspek juga mendakwa yang mangsa bukan ibunya.

“Mangsa yang ketakutan telah belari masuk ke dalam bilik. Ketika kejadian, hanya mangsa dan seorang lagi anaknya yang berusia 9 tahun berada di dalam rumah,” katanya.

Menurut Mohamad Farouk, mangsa merupakan ibu tunggal dan dikurniakan dua orang anak lelaki berumur 27 (suspek) dan 9 tahun.

Jelasnya, pada kira-kira pukul 2 petang semalam, suspek  ditahan di lokasi kejadian dan turut dirampas ialah gunting kecil berukuran 4 inci.


“Semakan mendapati suspek masih bujang dan mempunyai 14 rekod jenayah lampau melibatkan kesalahan dadah dan jenayah.

“Ujian air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine,” katanya.

Tambahnya, suspek kini ditahan reman selama empat hari sehingga 21 Ogos depan dan kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Merbahaya 1952.


Sumber: Suara Merdeka


Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 18-8-2021 05:34 PM
Jangan la bela anak macam ni. Report je polis.
Arwah atok iols siap pelangkung pakcik iols bekas taik dadah depan polis yang tangkap dia
Quote edayildiz 18-8-2021 05:40 PM
nsb baik xkena bunuh..kalau x yatim piatu adik yg umo 9 thn tu
Quote cucutokwan89 18-8-2021 05:59 PM
Patutnya anak laki ni pelindung keluarga, dia plk buat dajei. Moga berubahlah one fine day.
Quote alieyrina 18-8-2021 06:00 PM
Aku risau dia buat yg 9 thn tu sbg tebusan lak..nayaa
Quote midori_katana 18-8-2021 06:16 PM
aduhai....,berita tragis!
Quote angelofish 18-8-2021 07:33 PM
14 record lampau tu sape yang jamin? klau mak nya yang jamin.cash la
Quote akuchenta 18-8-2021 07:39 PM
Gila sampai 14 rekod!

Harap mak jgn jangan jamin lagi anak tu! Idup pun menyusahkan!
Quote supernaturalee 18-8-2021 08:12 PM
Jauhnya beza umur ank sulung dgn bongsu
Klu ada adik beradik lain in between biasa lh
Ni berdua je
22 thn

Quote kyozsamurai 18-8-2021 08:23 PM
Banyak tul rekod jenayah....Baik ltk je dlm jel sampai tua
Quote nakkomenjugak 18-8-2021 09:02 PM
hmmmm da agak dahhhhhh kedadihan
makkkk biasa laa
kalau anak laki hmmm sampai tua nak dibaby nyaaa
wp anak nya dah tua bangka
*pengalaman sendiri
Quote Jemahjemah1988 18-8-2021 09:28 PM
Bahaya lah..
Quote namr 18-8-2021 09:30 PM
Jauhnya beza umur anak
Quote Thunderclouds 18-8-2021 09:49 PM
nakkomenjugak replied at 18-8-2021 09:02 PM
hmmmm da agak dahhhhhh kedadihan
makkkk biasa laa
kalau anak laki hmmm sampai tua nak dibaby nyaa ...

Truth. Keja xmau. Bj kepam sependa masam pn mgelumpoq mintak mak basuhkn. Wit rokok,minyak moto/keta,nk topap phone ngn bgaya bj br tadah tgn ja. Dh licin tadah kt mak,dia meratip kt adik bradik. Bila x dbg maknya ulang3 tepon suruh bg. Jgn wat penaya kt adik katenya. Umoq nk msk 30 dh. Kna tngkap polis kluaq masuk jail pn tetap la wangi luaq dlm ank kesygn. Pdhal kelaku dia mcm cita tered ni lar!
Quote imanjannah 18-8-2021 10:02 PM
beginilah klu sudah terlibat dgn najis ini
Quote nakkomenjugak 18-8-2021 10:09 PM
Thunderclouds replied at 18-8-2021 09:49 PM
Truth. Keja xmau. Bj kepam sependa masam pn mgelumpoq mintak mak basuhkn. Wit rokok,minyak moto/ke ...

kheeeeennnzzzzzz
makin sakit hati nengok "baby tua" sheol ni
umur lagi 5 tahun nak masuk 40
tapi nakkk jugak duduk bawah tiak mak
tak pandai independent
duduk sendiri takmo
iol yang gegel ni jugakk pernah laa sampai ke utara carik keje menyewa sendiri
dengan iol uihhh kemainnnn strict mak!
dengan baby tua tu?
anakku sazali jahhhh *sambil hulur kedua belah tangan*

untuk tak ot,
moga mak dalam kes ni terima kenyataan bahawa anaknya sejenis sampah dan hanya anak nya saje yang mampu mengubah diri menjadi permata

Quote Fortiori02 18-8-2021 10:38 PM
Anak dadah jgn disimpan, bahaya
Quote syamzana 18-8-2021 10:48 PM
byknya rekod, mak pun mesti dah sedia maklum anaknya peel hamjadah. harap kejadian ni jadi titik utk maknya humban anak dlm lokap xyah jamin la. kesian adik tu kecik lg terpaksa hadap benda gini

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:30 PM GMT+8 , Processed in 0.062750 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top