CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bakar Rumah Sebab Lambat Dapat Pemetik Api

7-8-2021 03:28 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3713| Komen: 28

Description: Seorang penagih dadah yang marah kerana ibunya lambat memberi pemetik api bertindak membakar rumah sendiri di Kampung Selengkoh Tengah di sini semalam.
Seorang penagih dadah yang marah kerana ibunya lambat memberi pemetik api bertindak membakar rumah sendiri di Kampung Selengkoh Tengah di sini semalam.

Penagih yang juga duda  pada mulanya membakar sehelai kain yang kemudian dimasukkan ke dalam almari pakaian sehingga mengakibatkan rumahnya terbakar dalam kejadian pukul 8.30 malam.


Ibu lelaki itu, Che Som Hashim, 71, berkata, anak kedua daripada lima beradik berusia 51 tahun  itu tinggal berasingan di sebuah rumah di depan rumahnya yang dibina pada 2004.

Katanya, anak lelakinya itu mengalami kemurungan. Dia dikatakan mengambil dadah setelah bercerai dengan isterinya pada Mac lalu.


CHE Som Hashim menunjukkan rumah yang dibakar oleh anaknya di Kampung Selengkoh Tengah, Yan pada 6 Ogos 2021. - UTUSAN/OTHMAN YAHAYA

Dia yang mempunyai empat anak tinggal seorang diri di rumahnya itu.


“Sebelum kejadian, anak saya berada dalam rumah saya telah menjerit meminta pemetik api, namun saya tidak peduli  kerana sedang membaca al-Quran bersama suami, Ibrahim Derani, 77.

“Anak saya itu kemudian keluar dari rumah saya dan balik ke rumahnya dan sekali lagi dia menjerit meminta pemetik api menyebabkan saya bergegas ke rumahnya untuk menyerahkan bahan bakar itu.    

“Sebaik mendapat pemetik api itu, dia mengunci pintu rumah dua tingkat tersebut dan naik ke tingkat atas sebelum membakar sehelai kain buruk dan memasukkannya ke dalam almari yang berisi pakaian,” katanya.

Che Som memberitahu, dia kemudiaan melihat api merebak membakar almari dan dinding rumah sebelum memanggil suaminya.

“Ketika itu anak saya masih berada di tingkat atas dan selepas dirayu berulang kali, anak kami membuka pintu dan meluru keluar serta melarikan diri ke kawasan semak di belakang rumah.

“Beberapa minit kemudian api semakin marak membakar rumah tersebut sebalum anak saya ditahan penduduk,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Operasi Bomba, Pegawai Bomba Kanan Md Radzi Abd.Talib berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran pada pukul 9.18 malam dan berjaya mengawal kebakaran dalam masa 45 minit.

“Sebanyak 70 peratus rumah separuh batu dan kayu itu musnah,” ujarnya.

Ketua polis Daerah Yan, Deputi Superintenden Shahnaz Akhtar Haji mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat menggunakan api.


Sumber: UTUSAN


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 7-8-2021 03:41 PM
Bercerai dahulu atau ambik dadah dahulu??
Quote Mamioomami 7-8-2021 03:44 PM
Bercerai ambil dadah pastu kemurungan?
Quote exclusive_vvip 7-8-2021 03:48 PM
dah penah antar ke pusat serenti atau tak? Kekadang naluri mak2 ni, taknak call polis soh dtg amik..sbb kesian..
Quote brownstone 7-8-2021 03:52 PM
Acik rasa ignoring anak penagih dgn membaca quran boleh selesai masalah?

Nasib acik tak rentung skali.
Quote nakkomenjugak 7-8-2021 05:55 PM
Edited by nakkomenjugak at 7-8-2021 05:58 PM

nak pemetik api? haa tu sebesar alam punya pemetik.
tak payah meroyan nak lighter dah
nak bakar ko sekali pun takpe
menyusahkan orangggg
lain kali overdose jeee kasi kiok cepat
ko ambik dadah sebelum ke selepas cerai?
bau ikan betul
Quote syaz_lina 7-8-2021 06:02 PM
Kaki dadah mmg patut dibakor je..kalu tak dia yg bakar kita
Quote meow_tompok 7-8-2021 06:07 PM
kalau bawak kes ni kat live court The Devil Judge.... agaknya apalah hukuman anak tak guna ni dapat
Quote sarahmirza 7-8-2021 06:10 PM
Tua2 pun menyusahkan orang....
Kasihan kat org2 tua umur dah 70an masih dibebankan anak taguna..
Quote Fortiori02 7-8-2021 09:08 PM
Nasib baik mak paknya x de pape. Gelap hidup dpt anak mat pet gini
Quote sukacactus 7-8-2021 09:10 PM
Mat gian ni mmg fav diorang bakar rumah agaknya ye sebab selalu baca kes2 gini
Quote cucuq 7-8-2021 10:11 PM
Hermmm..brtabahlah makcik dpt anak penagih ni
Quote batmana 7-8-2021 10:57 PM
Kalu dadah..bunuh mak sndiri pn dia tak sedar..
Quote harizs 7-8-2021 11:14 PM
yg ni trick member aku bagi utk kawal ahli keluarga yg penagih & gedebe. apa yg dia buat ialah setiap hari masukkan sedikit dos racun tikus dlm makanan si penagih. dos itu sekadar utk melemahkan penagih tu supaya dia tdk agresif. istilah perubatan kita panggil 'to calm aggressive mental patient'. dlm kes pesakit2 mental yg aggressive, doktor akan guna drug bernama Benzodiazepines utk tenangkan pesakit. Klu di wad gila staf2 panggil ubat ni sbg 'ubat bodo'. sbb bila kena ubat ni terus jd mcm bodo & senyap. masalahnya ubat ni susah nak dpt. So, sebagi ganti guna jer racun tikus. tapi jgn bubuh byk sgt. bubuh sikit2, gradually setiap hari sampai penagih tu jd bodo & tak kacau org dah.  Ok selamat mencuba.
Quote Carcosa 7-8-2021 11:23 PM
harizs replied at 7-8-2021 11:14 PM
yg ni trick member aku bagi utk kawal ahli keluarga yg penagih & gedebe. apa yg dia buat ialah setia ...

Bagusnya trick yinnih
Tapi kalau lambat sgt, tuang je racun tu dlm molot2 penagih time dia tgh tido. Bior mampos situ. Nyusahkan org je. Dahla 51 tahun
Quote anony-mous 7-8-2021 11:49 PM
Kecewa iols sb anknya x mampos terbakar
Quote anony-mous 7-8-2021 11:51 PM
harizs replied at 7-8-2021 11:14 PM
yg ni trick member aku bagi utk kawal ahli keluarga yg penagih & gedebe. apa yg dia buat ialah setia ...

Xpasti nasihat ni sarcastic atau pon uols serius tp ianya nasihat yg sgt berguna kalau x jd bodo, terus mampos. Dua2 hasil berguna utk masyarakat
Quote I.K.A888990 8-8-2021 02:05 AM
kesian kat mak kau wei
asal la kau tak bakar diri sendiri je
Quote harizs 8-8-2021 10:52 AM
anony-mous replied at 7-8-2021 11:51 PM
Xpasti nasihat ni sarcastic atau pon uols serius  tp ianya nasihat yg sgt berguna  kalau x  ...

ya berkesan cara ni. penagih yg lemah & sakit kurang kacau org.
Quote Samerosie 8-8-2021 01:06 PM
Dia bakar rumah dia sendiri ke?  La naper lari tunggu je la dalam rumah sampai rentung.  Menyusahkan.

Tak de mana nya lepas cerai baru mengisap.  Derang ni selalu nya start awal agaknya tu sebab bini cerai tak tahan perangai mendadih nya.

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:31 PM GMT+8 , Processed in 0.069652 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top