CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Amboi Bang, Apa Motif Pergi Majlis Kahwin Bekas Kekasih Naik Helikopter?

6-8-2021 05:49 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5562| Komen: 37

Description: Tetamu sebuah majlis perkahwinan di Indonesia terkejut apabila sebuah helikopter yang membawa seorang lelaki secara tiba-tiba mendarat berhampiran rumah pengantin, lapor laman berita Suara.com semalam ...
Tetamu sebuah majlis perkahwinan di Indonesia terkejut apabila sebuah helikopter yang membawa seorang lelaki secara tiba-tiba mendarat berhampiran rumah pengantin, lapor laman berita Suara.com semalam.


Lebih mengejutkan, lelaki yang menaiki helikopter tersebut sebenarnya merupakan bekas kekasih pengantin perempuan yang hadir ke majlis perkahwinan itu.


Tetamu majlis tersebut terkejut melihat seorang lelaki hadir ke majlis perkahwinan menaiki helikopter. – Instagram @fakta.indo

Menerusi satu video yang tular, sebilangan tetamu kelihatan sedang berdiri sambil meninjau ke atas langit sebaik mendengar bunyi sebuah helikopter yang amat hampir dengan lokasi majlis.

Helikopter tersebut kemudiannya mendarat di satu kawasan lapang berhampiran rumah pengantin serta mengakibatkan kain-kain perhiasan majlis terbang ditiup kipas helikopter itu.

Seorang lelaki berbaju batik lengkap dengan songkok kemudiannya turun dari helikopter tersebut dan menuju ke arah rumah pengantin.


Berdasarkan keterangan pada video yang dimuat naik di Instagram @fakta.indo itu, lelaki tersebut rupa-rupanya merupakan bekas kekasih pengantin perempuan.



“Akhirnya, yang naik helikopter akan kalah dengan yang naik pelamin,” tulis seorang netizen.

“Selepas turun dari helikopter baru sedar khemah sudah roboh, kerusi berselerak. Berjalan perlahan, pergi bersalaman dan terus terbang pulang kerana misi sudah selesai. Elegan yang tiada tandingan,” tulis seorang lagi.


Sumber: Kosmo
1

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 6-8-2021 05:50 PM
....habis tumbang khemah sb show off
Quote bakingsoda 6-8-2021 05:51 PM
inspired by penthouse ke
Quote Tinot7 6-8-2021 06:25 PM
Dtg utk memeriahkan majlis..
Quote MissyMolly 6-8-2021 06:39 PM
bakingsoda: inspired by penthouse ke


Khuens.. terfikir yg sama{:smile
Quote Artemesiaa 6-8-2021 06:42 PM
Orang dah ada orang lain datang naik heli pun ada dia heren
Quote lazim 6-8-2021 07:07 PM
Dia tgk cite penthouse la ni.. Bekas laki pompuan tu dtg mjlis tunang dia dgn joo dan tee naik heli.. Xreti plk nk igt nm2 watak korea ni.. Ms bc subtitle je tahu
Quote pxlbb 6-8-2021 07:09 PM
Tak sengaja lewat depan rumahmu
Ku melihat ada tenda biru
Lalu ku parking helikopterrrku
Kerana perangai jelek riakku sukar dibendung
Oooooo
Quote MontanaHannah 6-8-2021 07:11 PM
biarkan cinta itu pergi

dalam ini dunia ada berjuta-juta cinta

sekali ko jatuhkan aku , berjuta-juta kali aku bangkit kembali


Quote Ieqa140388 6-8-2021 07:16 PM
Style penthouse ni. Apetah name waktu tu. Da xtgk da season3
Quote buapakperut 6-8-2021 07:36 PM
indon memang terpaling tak boleh move on
Quote edayildiz 6-8-2021 07:45 PM
mmg style penthouse bethol ni
handsome ke laki tu?
Quote I.K.A888990 6-8-2021 07:49 PM
mesti la nk ckp look at me baby
Quote Plain-tif 6-8-2021 08:03 PM
Macam citer penthouse pulak
Quote sukacactus 6-8-2021 08:04 PM
Nak buat grand entrance
Quote imransulaiman 6-8-2021 08:15 PM
bakingsoda: inspired by penthouse ke


inspired by nasi vanggey ipoh kot?!
Quote airisa 6-8-2021 08:39 PM
perghhh .. kalah pun bergaya ...

Quote shop_girl 6-8-2021 08:52 PM
Ex-mungkin kawen ngan org lain..but you won't forget me as i came to your wedding with a heli {:ru{:teatime
Quote nakkomenjugak 6-8-2021 09:36 PM
haruslahhh ex nyaa berkata,

Ko hadooooo???
Quote misuke 6-8-2021 09:44 PM
Aku ingat dlm pilem bollywood ja ada scene gini

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:31 AM GMT+8 , Processed in 0.064967 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top