CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nama Akan Disiar Jika Ingkar Peraturan Covid-19

7-8-2021 03:31 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1525| Komen: 8

Description: Warganegara Jepun yang kembali dari luar negara dan warga asing yang tinggal di Jepun dan memasuki negara itu diwajibkan memberikan maklumat lokasi mereka selama 14 hari.
Warganegara Jepun yang kembali dari luar negara dan warga asing yang tinggal di Jepun dan memasuki negara itu diwajibkan memberikan maklumat lokasi mereka selama 14 hari.

Portal The Japan News-Yomiuri melaporkan sekiranya mereka tidak mematuhi undang-undang itu, kerajaan mempertimbang menyiarkan nama mereka.



Gambar hiasan/Reuters

Kerajaan juga meminta rakyat Jepun dan warga asing yang memasuki semula Jepun untuk tinggal di rumah serta tidak menggunakan pengangkutan awam selama 14 hari selepas berada dalam negara.

Selain itu, kerajaan juga akan meminta mereka untuk menyimpan maklumat lokasi di telefon bimbit dan peranti lain dan menunjukkan maklumat lokasi mereka apabila diminta oleh pusat kesihatan awam dan pihak berkuasa lain.

Pengembara akan diminta mengemukakan janji bertulis mengenai perkara ini.

Sekiranya warganegara Jepun didapati melanggar undang-undang itu, nama mereka akan diumumkan kepada awam.


Bagi warga asing yang tinggal di Jepun didapati melanggar undang-undang, nama dan kewarganegaraan mereka akan disiarkan, malah berdepan tindakan pembatalan status pemastautin serta boleh dihantar pulang ke negara asal.

Mereka yang enggan mengemukakan janji bertulis akan diminta untuk tinggal di tempat yang ditentukan selama 14 hari.

Kerajaan Jepun, ketika ini menangguhkan kemasukan warga asing yang bukan pemastautin ke Jepun.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 7-8-2021 04:07 PM
Org jepon ada ke yg jenis suka langgar peraturan?

Portal The Japan News-Yomiuri melaporkan sekiranya mereka tidak mematuhi undang-undang itu, kerajaan mempertimbang menyiarkan nama mereka.
Quote Skuau 7-8-2021 04:09 PM
Di Msia....dia goncang kat lrt aritu..pon...mungkin dh dpt vaksin dh....'Malaysia Boleh'....
Quote kam3n 7-8-2021 04:13 PM
Tinot7 replied at 7-8-2021 04:07 PM
Org jepon ada ke yg jenis suka langgar peraturan?

Portal The Japan News-Yomiuri melaporkan sekira ...

Setiap negara ada rakyat jenis ni.
Quote Tinot7 7-8-2021 04:16 PM
kam3n replied at 7-8-2021 04:13 PM
Setiap negara ada rakyat jenis ni.

Ingatkan jepon terkecuali..
Quote kam3n 7-8-2021 04:26 PM
Tinot7 replied at 7-8-2021 04:16 PM
Ingatkan jepon terkecuali..

Ini kita panggil stereotype. Macam huahua (pinjam term sis duda) stereotype melayu semua pemalas. Macam melayu stereotype huahua semua pandai meniaga. Begitulah.
Quote Tinot7 7-8-2021 05:18 PM
kam3n replied at 7-8-2021 04:26 PM
Ini kita panggil stereotype. Macam huahua (pinjam term sis duda) stereotype melayu semua pemalas.  ...

Ntah la.. iols tak pernah pi jepon nun.. so tak tau la org2 sana camne..

Harap2 ada rezeki lepas pandemik habes la..
Quote nakkomenjugak 7-8-2021 05:48 PM
kalau kat sini mesti aib aib aib kan?

Quote bakingsoda 7-8-2021 06:17 PM
mcm ni la yg aku teringin gomen buat kat malaysia. pampang muka2 yg langgar sop, kalau cetus kluster besar sikit gambar dia serta detail kluster, punca tercetus dan list nama ahli2 kluster yg terlibat

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:25 PM GMT+8 , Processed in 0.121508 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top