CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Minta Tolong Anak Buang Mayat Suami Lepas Potong Dengan Kapak

7-8-2021 04:12 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1905| Komen: 5

Description: Seorang wanita dari Indiana didakwa membunuh suaminya dan memotongnya dengan kapak sebelum meminta anak-anaknya membantu membuang mayat mangsa.
Seorang wanita dari Indiana didakwa membunuh suaminya dan memotongnya dengan kapak sebelum meminta anak-anaknya membantu membuang mayat mangsa.

Thessalonica Allen, 34, ditahan kerana menembak suaminya Randy Allen di bilik tidur pangsapuri mereka di LaPorte pada 27 Julai, menurut dokumen mahkamah yang diperoleh The South Bend Tribune.



Kredit foto: LaPorte County Jail

New York Post melaporkan, ketika anaknya mendengar tembakan dan berjalan ke bilik tidur, Thessalonica Allen mengatakan kepada mereka untuk mengabaikan permintaan Randy yang nyawa-nyawa ikan untuk menelefon 911 dan menyuruh kembali ke bilik mereka.

Anak mereka itu digambarkan sebagai remaja berusia di bawah 16 tahun.

Dia bangun di tengah malam untuk cuba membantu mengheret mangsa ke dalam kereta tetapi mayat itu terlalu berat, kata Tribune.

Ibunya pada keesokan harinya memotong kaki Randy, anak-anaknya itu membantu memasukkan jasad ke dalam beg.


Mayat kemudian ditemui polis dalam almari di bilik tidur seorang anak perempuannya, lapor The Northwest Indiana Times.

"Remaja itu menyatakan ibu memiliki rancangan untuk membawa kenderaan dan membuang mayat ke South Bend dan membakarnya," kata polis, menurut Times.

Thessalonica ditangkap selepas bekas kekasihnya memberitahu polis mengenai pembunuhan itu.

Bekas kekasihnya yang juga bapa kepada salah seorang anak Thessalonica, datang ke apartmennya selepas dia dikatakan memberitahu Randy memukul anak mereka.

Tetapi ketika dia tiba, dia ditunjukkan mayat Randy dalam almari, kata polis.

Selepas enggan membantu memasukkan mayat ke dalam kereta, dia menghantar lelaki itu pulang.

Wanita itu dipercayai membaling pistol ke luar tingkap dan memberitahu lelaki itu, dia menembak suaminya kerana memukulnya dan anak-anaknya.

Ketika ditahan, wanita itu mendakwa si suami memukulnya dan dia menembak lelaki untuk melindungi diri daripada serangan fizikal.

Pasangan suami isteri itu juga dikatakan bertengkar di bilik tidur sebelum anak-anak mendengar tembakan dilepaskan.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edayildiz 7-8-2021 04:18 PM
muka perempuan tu mcm menyimpan seribu rasa duka..kak dh tembak tu dh la..i cuba nk husnudzon she pertahan diri nya dan ank..tapi akk g potong kaki pulak
potong ayam pun dh rasa scary
Quote Burong_Hantuk 7-8-2021 04:40 PM
Muka pun nmpk  mcm sakit skizo jahh
Quote nakkomenjugak 7-8-2021 05:29 PM
kes tembak laki abusive laa ni.

uishhh fitammmmm kalau aku kat tempat kejadian. dulu tengok mayat2 ni kat blog curryngeri jahhh
Quote imanjannah 7-8-2021 06:40 PM
apalah yg ditanggung oleh perempuan ini dan anak2nya.. huhu
Quote heythere123 8-8-2021 01:51 PM
mungkin marah sangat gamaknya sampai kerat macam tu

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:44 PM GMT+8 , Processed in 0.046617 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top