CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tren Bawah Tanah Di China Dilanda Banjir

21-7-2021 11:02 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6040| Komen: 45

Description: Sebuah bandar di China dilanda ribut yang mengorbankan sekurang-kurangnya tiga orang dan mengakibatkan sistem kereta api bawah tanahnya dilanda banjir hari ini,manakala hujan lebat dijangka berterusan ...
Sebuah bandar di China dilanda ribut yang mengorbankan sekurang-kurangnya 12 mangsa dan mengakibatkan sistem kereta api bawah tanahnya dilanda banjir semalam, manakala hujan lebat dijangka berterusan.


Rakaman video di media sosial menunjukkan sebilangan penumpang kereta api bawah tanah yang digenangi air banjir di pusat bandar Zhengzhou, wilayah Henan, berpegangan tangan ketika air naik ke paras bahu.


Kredit foto: Daily Mail

Beberapa penumpang berdiri di tempat duduk mereka dan air banjir dilihat mengalir melalui platform bawah tanah.

Pengendali kereta bawah tanah bandar itu dalam satu kenyataan hari ini memberitahu bahawa pihaknya akan menutup semua stesen di semua laluannya kerana cuaca buruk. lapor AFP.

Media tempatan melaporkan sebelum ini bahawa dua orang terbunuh dihempap tembok runtuh di daerah lain di bandar raya itu.


Pihak berkuasa kaji cuaca mengeluarkan amaran tahap tertinggi untuk wilayah Henan di tengah China. Stesen penyiaran pemerintah, CCTV menyiarkan rakaman menunjukkan penduduk di jalan-jalan yang ditenggelami banjir diselamatkan menggunakan rakit, dengan seorang pekerja kecemasan dilihat mengendong bayi.

Rakaman itu juga menunjukkan seorang lelaki sedang duduk di atas bumbung  keretanya yang separuh tenggelam.

Banjir adalah perkara biasa semasa musim hujan di China. Bagaimanapun, bencana itu semakin buruk sejak beberapa dekad lalu, antara lain disebabkan  pembinaan beberapa empangan dan pintu air yang menyekat aliran sungai dan tasik.

Beratus-ratus penerbangan dibatalkan di Beijing dan bandar-bandar berdekatan lain, manakala sekolah serta lokasi pelancongan ditutup ketika hujan lebat dan angin kencang melanda ibu negara China itu awal bulan ini.


Sumber: Kosmo!
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nazzse 21-7-2021 10:09 AM
Klu aku dah kena panic attack terus mcm ni
Quote nakkomenjugak 21-7-2021 01:07 PM
mengucap wehhh kalau kena gini
Quote sambaldurian 21-7-2021 01:18 PM
harap lrt ke jkr ke, klu nk jv dgn negara luar buat terowong ke, new trail ke, jejambat ke, dgn china ni biarla 5 kali fikir betul2. mmg la kos murah, tp boleh baca bnyk projek mcm serkap jarang je.
Quote white_musk 21-7-2021 04:46 PM
Kos mahal nanti rakyat juaga yang bising tambang mahal...
Quote Artemesiaa 21-7-2021 04:48 PM
Mengerikan kalau dalam situasi macam tu.  Ada ampangan pecah katanya.
Quote rosa_canina 21-7-2021 06:08 PM
mimpi ngeri smntara nk tggu diselamatkn..

dgn harapan paras air tu takkn naik lg     
Quote fatinandreanna 21-7-2021 09:02 PM
white_musk replied at 21-7-2021 04:46 PM
Kos mahal nanti rakyat juaga yang bising tambang mahal...

Betul. Kebanyakan rakyat negara ni mahu 1st world infrastructure dengan 3rd class price. Mmg dr China la yg boleh memenuhi nya.
Quote mbhcsf 21-7-2021 09:28 PM
isk isk dengan nak banjir nyer dengan nak perang nya

macam macam agenda China ni

Quote cmf_premierleag 21-7-2021 10:12 PM
cash la sbb export covid ke negara lain
Quote Buritan 21-7-2021 10:13 PM
nazzse replied at 21-7-2021 10:09 AM
Klu aku dah kena panic attack terus mcm ni

Yepp.. tutuh nya ade ulo ke.. atsu lubang ke..
Quote Buritan 21-7-2021 10:14 PM
white_musk replied at 21-7-2021 04:46 PM
Kos mahal nanti rakyat juaga yang bising tambang mahal...

Kalo kos murah pungg totap jd mahai... koh koh
Quote namr 21-7-2021 10:52 PM
Kalo budak2 atau orang tak cukup tinggi mau lemas dlm ni
Quote mclaren 21-7-2021 10:56 PM
Bukan paras pinggang je, if tengok video dah sampai atas dada. Video tu kata penumpang ada yang mati.
Quote None68 21-7-2021 11:29 PM
Takut ler...mcm2 terfikir
Quote R2D2 21-7-2021 11:39 PM
Rekod hujan terlebat dalam tempoh ‘1,000 tahun’, 25 maut di China

    Oleh Adlinahani Binti Khalil
    21 Julai 2021, 10:08 pm



BEIJING: Sekurang-kurangnya 25 maut dalam bencana banjir yang melanda wilayah Henan selepas hujan paling lebat dalam tempoh ‘1,000 tahun’ direkodkan di negara ini.

Kira-kira 100,000 penduduk dipindahkan di Zhengzhou apabila banjir semakin buruk, menyaksikan kebanyakan jalan utama dinaiki air, menjejaskan sistem pengangkutan.

Selain itu, beberapa empangan dan kawasan tadahan air dilaporkan ‘menunggu masa untuk pecah pada bila-bila masa’ ketika paras air terus meningkat mendadak.

Pasukan tentera juga dikerah ke lokasi terjejas bagi membantu penduduk terlibat.

Pihak berkuasa tempatan memaklumkan, lebih 500 orang dibawa keluar dari stesen tren bawah tanah yang dinaiki air sehingga paras dada.

Disebabkan hujan lebat itu, sistem pengangkutan bas awam terpaksa dihentikan buat sementara waktu, menyebabkan ramai penduduk terkandas, malah ada yang perlu bermalam di pejabat

Seorang penduduk yang dikenali sebagai Guo berkata, sistem bas awam yang tergendala menyebabkan ramai menaiki tren bawah tanah, namun banjir memburukkan keadaan.

Sekurang-kurangnya 25 maut sejak hujan lebat melanda pada minggu lalu dan tujuh lagi hilang.

Media tempatan melaporkan, antara yang maut termasuk empat penduduk di bandar Gongyi yang terletak berhampiran Sungai Kuning. – REUTERS
Quote naina 21-7-2021 11:58 PM
Uihhh takutnya cmtu
Macam menunggu mati jelah
Jalan mati ni..nak keluar takleh
Orang luar nak tolong tarik tren PON takleh..harapan air surut jelah
Quote xpdckelate 22-7-2021 12:12 AM
dh la dalam tren bawah tanah,pastu tenggelam air separuh badan..mak aih kompem panik
Quote Getz 22-7-2021 12:54 AM
cash dapatan setelah covid yg menghuruhara dunia
Quote aurakopi 22-7-2021 01:31 AM
R2D2 replied at 21-7-2021 11:39 PM
Rekod hujan terlebat dalam tempoh ‘1,000 tahun’, 25 maut di China

    Oleh Adlinahani Binti Kha ...

Dasat keter diorang majoriti bersky-roof woo

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 07:26 PM GMT+8 , Processed in 0.058733 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top