View: 5413|Reply: 45
|
[Dunia]
Di China, banjir dalam tren bawah tanah. Air paras pinggang
[Copy link]
|
|
Penumpang tren bawah tanah harung banjir dalam gerabak
Astro Awani
Julai 21, 2021 09:09 MYT
![](https://img.astroawani.com/2021-07/61626829878_HenanBanjir.jpg)
Penumpang tren bawah tanah harung banjir dalam gerabak
Banjir turut menyebabkan laluan tren bawah tanah tergendala dan penunggang terpaksa mengharungi air setinggi paras pinggang di dalam gerabak. -Twitter @RocksteadyBite
HENAN: Banjir besar yang melanda tengah China sejak malam tadi dilapor telah meragut sekurang-kurangnya 12 nyawa.
Difahamkan banjir turut menyebabkan laluan tren bawah tanah tergendala dan penunggang terpaksa mengharungi air setinggi paras pinggang di dalam gerabak.
Banjir Besar | Penumpang tren bawah tanah harung banjir dalam gerabak
Perkhidmatan kereta api bawah tanah di wilayah Henan itu dibanjiri air pada Selasa selepas hujan lebat menyebabkan tebing sungai pecah.
Agensi berita Xinhua melaporkan puluhan orang awam terbunuh dalam bencana banjir itu manakala lebih 100,000 orang terpaksa melarikan diri ke tempat selamat.
Dalam video yang tular di media sosial, penumpang tren bawah tanah di Zhengzhou dilihat berdiri dalam takungan air berlumpur, menunggu untuk diselamatkan.
Dalam video yang disiarkan di Weibo, pasukan bomba Henan memaklumkan pihaknya berusaha menyelamatkan penumpang dari landasan kereta api.
Sementara itu, jalan raya di bandar itu berubah menjadi sungai, menenggelamkan puluhan kenderaan.
Pihak berkuasa daerah Zhengzhou dalam satu kenyataan di laman webnya berkata pelaksanaan kawalan banjir tidak dapat dilakukan sebaiknya di kala risiko bencana itu dianggap "sangat tinggi."
Dalam kenyataan berasingan yang disiarkan di akaun WeChat rasmi, pegawai pemerintah memberi amaran kepada penduduk agar tinggal di rumah atau di tempat selamat dan sentiasa mendapatkan maklumat terkini.
Perkhidmatan kereta api telah ditangguhkan, sementara lebuh raya pula ditutup dan penerbangan ditangguh atau dibatalkan. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Klu aku dah kena panic attack terus mcm ni |
|
|
|
|
|
|
|
mengucap wehhh kalau kena gini |
|
|
|
|
|
|
|
harap lrt ke jkr ke, klu nk jv dgn negara luar buat terowong ke, new trail ke, jejambat ke, dgn china ni biarla 5 kali fikir betul2. mmg la kos murah, tp boleh baca bnyk projek mcm serkap jarang je. |
|
|
|
|
|
|
|
Kos mahal nanti rakyat juaga yang bising tambang mahal... ![](static/image/smiley/default/curse.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Mengerikan kalau dalam situasi macam tu. Ada ampangan pecah katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
mimpi ngeri smntara nk tggu diselamatkn..
dgn harapan paras air tu takkn naik lg ![](static/image/smiley/default/funk.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
white_musk replied at 21-7-2021 04:46 PM
Kos mahal nanti rakyat juaga yang bising tambang mahal...
Betul. Kebanyakan rakyat negara ni mahu 1st world infrastructure dengan 3rd class price. Mmg dr China la yg boleh memenuhi nya. |
|
|
|
|
|
|
|
isk isk dengan nak banjir nyer dengan nak perang nya
macam macam agenda China ni
|
|
|
|
|
|
|
|
cash la sbb export covid ke negara lain |
|
|
|
|
|
|
|
nazzse replied at 21-7-2021 10:09 AM
Klu aku dah kena panic attack terus mcm ni
Yepp.. tutuh nya ade ulo ke.. atsu lubang ke.. |
|
|
|
|
|
|
|
white_musk replied at 21-7-2021 04:46 PM
Kos mahal nanti rakyat juaga yang bising tambang mahal...
Kalo kos murah pungg totap jd mahai... koh koh |
|
|
|
|
|
|
|
Kalo budak2 atau orang tak cukup tinggi mau lemas dlm ni |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan paras pinggang je, if tengok video dah sampai atas dada. Video tu kata penumpang ada yang mati. |
|
|
|
|
|
|
|
Takut ler...mcm2 terfikir |
|
|
|
|
|
|
|
Rekod hujan terlebat dalam tempoh ‘1,000 tahun’, 25 maut di China
Oleh Adlinahani Binti Khalil
21 Julai 2021, 10:08 pm
![](https://www.utusan.com.my/wp-content/uploads/74B13BDC-D14A-48F9-BD1A-D8D494944FEF.jpeg)
BEIJING: Sekurang-kurangnya 25 maut dalam bencana banjir yang melanda wilayah Henan selepas hujan paling lebat dalam tempoh ‘1,000 tahun’ direkodkan di negara ini.
Kira-kira 100,000 penduduk dipindahkan di Zhengzhou apabila banjir semakin buruk, menyaksikan kebanyakan jalan utama dinaiki air, menjejaskan sistem pengangkutan.
Selain itu, beberapa empangan dan kawasan tadahan air dilaporkan ‘menunggu masa untuk pecah pada bila-bila masa’ ketika paras air terus meningkat mendadak.
Pasukan tentera juga dikerah ke lokasi terjejas bagi membantu penduduk terlibat.
Pihak berkuasa tempatan memaklumkan, lebih 500 orang dibawa keluar dari stesen tren bawah tanah yang dinaiki air sehingga paras dada.
Disebabkan hujan lebat itu, sistem pengangkutan bas awam terpaksa dihentikan buat sementara waktu, menyebabkan ramai penduduk terkandas, malah ada yang perlu bermalam di pejabat
Seorang penduduk yang dikenali sebagai Guo berkata, sistem bas awam yang tergendala menyebabkan ramai menaiki tren bawah tanah, namun banjir memburukkan keadaan.
Sekurang-kurangnya 25 maut sejak hujan lebat melanda pada minggu lalu dan tujuh lagi hilang.
Media tempatan melaporkan, antara yang maut termasuk empat penduduk di bandar Gongyi yang terletak berhampiran Sungai Kuning. – REUTERS
|
|
|
|
|
|
|
|
Uihhh takutnya cmtu
Macam menunggu mati jelah
Jalan mati ni..nak keluar takleh
Orang luar nak tolong tarik tren PON takleh..harapan air surut jelah |
|
|
|
|
|
|
|
dh la dalam tren bawah tanah,pastu tenggelam air separuh badan..mak aih kompem panik |
|
|
|
|
|
|
|
cash dapatan setelah covid yg menghuruhara dunia |
|
|
|
|
|
|
|
R2D2 replied at 21-7-2021 11:39 PM
Rekod hujan terlebat dalam tempoh ‘1,000 tahun’, 25 maut di China
Oleh Adlinahani Binti Kha ...
Dasat keter diorang majoriti bersky-roof woo ![](static/image/smiley/grapeman/17.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|