CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dah Tak Ada Tawaran, Bob Yusof Jual Kek

21-7-2021 11:28 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3219| Komen: 15

Description: Penyanyi Bob Yusof mengambil inisiatif menjual kek sebagai usahanya untuk terus memperoleh sumber pendapatan bagi menampung kelangsungan hidup, sejak berlakunya penularan Covid-19.
Penyanyi Bob Yusof mengambil inisiatif menjual kek sebagai usahanya untuk terus memperoleh sumber pendapatan bagi menampung kelangsungan hidup, sejak berlakunya penularan Covid-19.


Bob berkata, walaupun sudah lama tiada tawaran persembahan nyanyian, namun dia sentiasa cuba mencari jalan lain untuk mendapatkan pendapatan bagi meneruskan kehidupan.


Foto: IG

"Selama ini, saya mengaku hanya bergantung hidup dengan tawaran nyanyian sahaja. Tapi, sejak munculnya Covid-19 saya sedaya-upaya mencuba cari kaedah lain untuk dapatkan sumber pendapatan.

"Antara usaha gigih dilakukan, saya aktif membuat kelas vokal secara dalam talian (online), selain menjalankan perniagaan menjual kek.


"Alhamdulillah, sedikit sebanyak dapat juga menampung perbelanjaan kehidupan saya dan terus meniti hari-hari mendatang dengan sabar.

"Saya juga bersyukur kawasan kejiranan yang didiami ini sangat positif dan menyokong usaha dilakukan. Mereka sangat baik dan kami saling bantu-membantu di antara satu sama lain," katanya.



Tambah Bob, dia juga menyeru kepada pihak bertanggungjawab serta stesen televisyen untuk menyediakan peluang kepada penyanyi membuat persembahan dari rumah.

"Tahun lalu, saya dapati ada juga stesen televisyen yang menyediakan platform kepada penyanyi untuk buat persembahan dari rumah.

"Sejujurnya, saya sangat menyambut baik usaha itu kerana ia dilihat menjadi salah satu platform membantu penyanyi tanah air yang terjejas pendapatan akibat wabak Covid-19 ini," katanya.

Menyentuh juga kerjaya nyanyiannya, Bob berkata dia masih menunggu waktu sesuai untuk melancarkan single baharu yang berjudul Beribu Rasa selepas pandemik ini reda.



"Mengikut perancangan awal, tahun lalu saya sepatutnya melancarkan beberapa single. Selepas single Dan Hari Ini dilancar, terus fasa pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

"Jadi perancangan untuk melancarkan single berikutnya pula iaitu Beribu Rasa tertangguh, biarpun rakaman dan video muziknya sudah siap dibuat sebelum menyusul fasa kedua PKP," katanya.

Justeru, pada Februari tahun lalu Bob muncul dengan single Dan Hari ini ciptaan Sharon Paul bersama Hanz Guo Hang, manakala liriknya pula ditulis oleh Iman Imran. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote misuke 21-7-2021 11:54 AM
Love suara bob....duhai teman...bisakah kau fahami sanubari ini..sejak bila terdetiknya cinta kita.
Quote TerataiMelur02 21-7-2021 12:05 PM
Bob ni suara best tapiiiii dia tak boleh selesa dengan keadaan sekarang. Dia mesti kurus.
Quote naina 21-7-2021 12:07 PM
Bila nak.kurus? Muka.lebih kurang dengan Syamel tu. Tapi Syamel da kurus..terus sambar ernie
Quote dua_chzy 21-7-2021 12:09 PM
Semoga dipermudahkan Bob.
Quote CatMiow 21-7-2021 12:42 PM
Yg penting nyaman.
Quote nakkomenjugak 21-7-2021 01:04 PM
Takpe Bob. Kasi kurus, jadik cam aizat tu, kasi meletz.
Baru semalam aku dengar lagu ko kat utube. Lagu zaman high school aku
Quote doubleharmonic 21-7-2021 04:56 PM
anugerah champion of the world katanyehh. tapi tak ada tawaran? so champion untuk kategori the most senduest singer?
Quote hyie 21-7-2021 05:33 PM
u go girl!
Quote supernaturalee 21-7-2021 06:50 PM
hyie replied at 21-7-2021 05:33 PM
u go girl!

Girl???
Hahaha


Good luck Bob

I suggest buat lagu yg bg inspirasi instead of cinta2 je
Cnth brave Sara Bareilles dgn say John Mayer
Quote TomyamPuteh 21-7-2021 07:52 PM
naina replied at 21-7-2021 12:07 PM
Bila nak.kurus? Muka.lebih kurang dengan Syamel tu. Tapi Syamel da kurus..terus sambar ernie

Kalau Bob dh kurus, dia nak sambar sapa pulak ye? Sambar Zulin terdampar blh tak?
Quote kelapaparut 21-7-2021 11:42 PM
kesian pulak artis sendu, baik balik kampung buat bisnes ke, ternak ikan, mengurut, buat class tarian ke byk duit boleh dpt.
Quote Hoola 21-7-2021 11:52 PM
Bos, saari ke apa nama AF1 ke 2 dulu..
Suara sedap lemak merdu
Walau debab skit but ..
U hv potential.genuine talent
Quote lasagna 21-7-2021 11:56 PM
OOO Bob mesra ke? xpe  laa Bob rezki Allah tu luas.. insyaAllah.
Quote Tinot7 21-7-2021 11:58 PM
Dia jual kek... tapi mana promonya, TT?
Quote RatuDunia94 22-7-2021 01:23 AM
Suara sedap tp lagu x bestbplus xde rupa pon x ke mana.. plus bob ni lembut.

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 09:05 PM GMT+8 , Processed in 0.055553 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top