CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Lima Tahun Hanez Suraya Alami Masalah Tekanan Emosi

21-7-2021 11:18 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13607| Komen: 98

Description: Hampir lima tahun berjuang dengan masalah tekanan emosi, pelakon Hanez Suraya berkongsi pengalaman hidup yang pernah dihadapinya dalam program bual bicara, Lensa Netizen di laman YouTube MyFundAction, ...
Hampir lima tahun berjuang dengan masalah tekanan emosi, pelakon Hanez Suraya berkongsi pengalaman hidup yang pernah dihadapinya dalam program bual bicara, Lensa Netizen di laman YouTube MyFundAction, baru-baru ini.


Menerusi program itu, Hanez yang kini aktif dengan sukan berbasikal berkongsi cerita mengenai bagaimana dia berdepan masalah yang dihadapi sehingga menyebabkan dia mengalami penurunan berat badan secara mendadak serta hilang semangat hidup.


Foto: IG


Menyedari diri kurang pendedahan berkaitan isu kesihatan mental pada peringkat awal, Hanez akui bingung dengan situasi yang mengganggu fokus aktiviti hariannya termasuklah memilih untuk tidak bertemu dengan sesiapa kerana sudah pudar keinginan bersosial.


"Saya pernah sampai tahap mandi pun tak rasa. Sampai tertanya-tanya sudah mandi ke belum? Tadi sudah buat ini ke belum? Saya kerap termenung. Nak berkongsi saya takut orang menghakimi saya gila. Nak kongsikan perasaan yang alami rasa tak yakin pula." katanya.

Menurut Hanez, selepas disahkan mengidap anxiety atau gangguan kebimbangan oleh pakar perubatan dia terus mencari solusi untuk mengelakkan status masalah emosinya menjadi semakin rumit.



Hanez bagaimanapun bersyukur apabila dipertemukan dengan Anita Abu Bakar selaku Pengasas dan Presiden Persatuan Kesedaran & Sokongan Penyakit Mental (MIASA).

Menurut Hanez yang kini sudah bebas daripada penyakit itu, Anita banyak membantu dirinya menyertai aktiviti sosial yang lebih menjurus kepada perkongsian ilmu kesihatan mental sehingga dirinya kembali menemukan nafas baharu dalam hidup.

"Saya ada sertai usrah dan selalu menonton drama Korea sebab cerita cinta mereka sangat romantik dan bahagia.

"Selain itu, saya juga selalu aktif dengan sukan berbasikal dan wujudkan kumpulan kawan baharu supaya tak sunyi," katanya.





Tambah Hanez, apa yang lebih teruja adalah ketika ramai peminat menjemputnya untuk membuat perkongsian menerusi Aplikasi Zoom sekali gus membuatkan dia sedar yang ramai orang mengalami masalah sama.

Selain Hanez, program Lensa Netizen turut dimeriahkan dengan kehadiran Anita yang tampil menggariskan beberapa langkah pencegahan daripada pakar sekiranya berdepan dengan gangguan kebimbangan.

Menurut Anina, antara langkah yang boleh dilakukan adalah menjaga rutin waktu tidur yang betul serta mengamalkan pemakanan bernutrisi selain melakukan aktiviti senaman yang sihat.



"Anda juga dinasihatkan supaya tidak lokek dalam melabur untuk melakukan hobi yang diminati kerana secara psikologinya terbukti tindakan itu mampu memberi fokus dan mengurangkan tekanan urusan hidup.

"Apabila kita berdepan dengan mereka, pastikan kita bersifat terbuka untuk dengar dulu kemudian kita kenal pasti apa puncanya. Jangan terus hakimi mereka sebab kapasiti mental individu berbeza ketika ditimpa ujian. Apabila kita ingin menenangkan mereka, gunakan variasi elemen seperti biologi, spiritual mahupun sokongan moral untuk naikkan semula motivasi mereka," katanya.



Program Lensa Netizen bertujuan merungkai isu semasa topik hangat yang tular di media sosial dengan bermatlamat untuk mencari solusi berdasarkan pandangan dan penjelasan pakar jemputan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lasagna 21-7-2021 11:29 AM
waaaaa baru tau anak dia dah 4 org.. ye laa dah lama tak nmpk dia muncul.
Quote LoveSungmin 21-7-2021 11:34 AM
tekanan emosi sebab kena kecam ke sis?
Quote newyork 21-7-2021 11:36 AM
Oh ramai anak dia.. lama tak timbul
Quote matchstick 21-7-2021 11:39 AM
Rasa mcm kejap je dh 4 anak dia..tgk muka mmg nmpk mcm org sakit pun
Quote sarukhan 21-7-2021 11:41 AM
Anak2 tiri tu mmg tak stay dengan emak dia ke?
Quote gigahertz 21-7-2021 11:42 AM
LoveSungmin: tekanan emosi sebab kena kecam ke sis?

dia ni la pengasas main basikal pakai baju ketat kan{:run
Quote CiliPadiSedap 21-7-2021 11:43 AM
muka dia kusam  kasihan tengok moga sembuh
Quote Oroi8887 21-7-2021 11:51 AM
Kifarah menyondol tuuu
Quote opie5662 21-7-2021 11:52 AM
sarukhan: Anak2 tiri tu mmg tak stay dengan emak dia ke?


Kan dlu laki die tak bg jumpe mak diorg... Pernah follow si ex wife.... Jalan2 kat mall, terjumpe anak2... Anak2 peluk die menangis2 diorg... Dh mcm jejak kasih... Kesian sgt kat ex wife x dpt jumpe anak... Now tatau la mcm mane
Quote beatgirlX 21-7-2021 11:53 AM
Muka mcm x de seru..Moga cepat sembuh la...
Quote nazzse 21-7-2021 11:57 AM
pucat sangat muka dia ni, dah tak lawa mcm dulu. Tudung tu pun mcm dah tak lama nak terbang. Tapi anak2 pompuan dia comel
Quote Atata 21-7-2021 12:00 PM
opie5662 replied at 21-7-2021 11:52 AM
Kan dlu laki die tak bg jumpe mak diorg... Pernah follow si ex wife.... Jalan2 kat mall, terjump ...

Kesiannya. Sial sgt ye bekas lakinya..
Quote pxlbb 21-7-2021 12:02 PM
Bistu exwife laki hang tak murung pulak

Kesian hang, muka lawa. Dapat romiang. Tp dah jodoh. Apakan daya.
Quote pxlbb 21-7-2021 12:03 PM
opie5662: Kan dlu laki die tak bg jumpe mak diorg... Pernah follow si ex wife.... Jalan2 kat mall, terjumpe anak2... Anak2 peluk die menangis2 diorg... Dh mcm j ...


Kejam si romiang. Dah tua nanti kalau nasib duduk tepi jalan jgn nak buat kisah sedih.
Quote MissyMolly 21-7-2021 12:03 PM
Bkn kaki sondol ke{:smile.. rasain loh
Quote jijioaynna 21-7-2021 12:07 PM
Kaki sondol...selayaknya lahh ..pasni mungkin si jering plak ikut jejak...
Quote Kancilkering 21-7-2021 12:12 PM
jijioaynna replied at 21-7-2021 12:07 PM
Kaki sondol...selayaknya lahh ..pasni mungkin si jering plak ikut jejak...

beze dia dengan jering…laki baru jering x kaya…sebab tu jering akan sentiasa buat come back drama……
Quote naina 21-7-2021 12:13 PM
Cantik..macam usia 50 an la tapi 50 an yang cantik..apsal macam tua ek.kurus..pucat. tapi ada gaya elegan la
Quote hashashes 21-7-2021 12:40 PM
lasagna replied at 21-7-2021 11:29 AM
waaaaa baru tau anak dia dah 4 org.. ye laa dah lama tak nmpk dia muncul.

Yang 2org lelaki tu anak laki dia ngan ex bini yang diceraikan

Lihat semua komen(98)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:33 PM GMT+8 , Processed in 0.078254 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top