CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Jual Barang Peribadi Ikut Hari Kerana Tertekan Dengan Pandemik

21-7-2021 10:50 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1974| Komen: 2

Description: Sama seperti di kebanyakan negara yang bergelut dengan pandemik Covid-19, perintah kawalan pergerakan memberi kesan kepada penduduk.
Sama seperti di kebanyakan negara yang bergelut dengan pandemik Covid-19, perintah kawalan pergerakan memberi kesan kepada penduduk.

Situasi serupa berlaku di Indonesia apabila video seorang wanita yang menjual semua barangan miliknya menjadi tular dalam media sosial.




Video yang dimuat naik dalam Instagram itu menunjukkan seorang wanita pada mulanya mengucapkan syukur kerana ‘hasil jualannya’ mendapat sambutan yang baik.

Wanita itu juga memaklumkan dia baru sahaja ‘berniaga’ selama seminggu, namun tidak menyangka barangan jualannya begitu laris.

Video itu kemudiannya menunjukkan wanita tersebut rupa-rupanya menjual barangan peribadi miliknya mengikut hari.

Katanya, Isnin lalu, dia menjual cincin, kemudian hari berikutnya, dia menjual pula rantai lehernya.

“Pada Rabu pula, saya jual gelang tangan, hari Khamis, saya jual anting-anting dan Jumaat pula, saya jual loket.


“Jadi, genap seminggu saya jual barang peribadi bagi dapatkan sedikit duit belanja,” katanya.


Kredit foto: @Mintulgemintul

Di akhir video, wanita itu memberitahu dia berasa bimbang kerana sudah tidak ada barangan miliknya yang boleh dijual.

Video tersebut menerima pelbagai reaksi daripada pengguna Instagram yang lain.

Terdapat seorang pengguna berseloroh menyatakan dia hanya ada ‘mas Ariffin’ iaitu suaminya, maka bagaimana hendak dijual.

Ada juga pengguna yang mencadangkan perkara tidak sepatutnya termasuk ‘menjual diri’

Biarpun ada yang beranggapan video itu lucu, namun hakikatnya, mereka sedar kawalan pergerakan yang dilakukan ketika ini memberi kesan kepada sumber pendapatan penduduk.


Sumber: Utusan
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 21-7-2021 01:12 PM
first time ke dek?'
Quote cariplease 26-7-2021 10:45 PM
Cantik orangnya

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:56 PM GMT+8 , Processed in 0.119124 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top