CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

"Dulu Kita Pentingkan Selfie, Dah Sulit Ke Tanah Suci Baru Menyesal" - Melly Goeslaw

21-7-2021 11:57 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2253| Komen: 0

Description: Penyanyi dan komposer terkenal Indonesia, Melly Goeslaw, 47, sukar menidakkan hakikat kerinduan untuk menjejakkan kaki semula ke Tanah Suci mekah apatah lagi dalam selubung duka manusia dirantai isu p ...
Penyanyi dan komposer terkenal Indonesia, Melly Goeslaw, 47, sukar menidakkan hakikat kerinduan untuk menjejakkan kaki semula ke Tanah Suci mekah apatah lagi dalam selubung duka manusia dirantai isu pandemik Covid-19.



Kredit foto: IG Melly

Menerusi Instagram, Melly berkongsi dua foto kenangan saat menunaikan ibadah Umrah bersama suaminya, Anto Head, 57, beberapa tahun lalu.

Dia menterjemah Covid-19 hadir sebagai memberi pengajaran kepada semua salah satunya adalah cara kita mencintai Allah.

Dalam waktu sama, dia sedar sikap sebilangan umat Islam yang tidak mensyukuri nikmat daripada-Nya.

"Dia beri kita rezeki lebih, tapi buat Umrah atau Haji masih kena tunggu dibiayai orang lain.

"Bila di Tanah Suci, kadang kita lebih pentingkan selfie daripada berzikir sampai melengahkan waktu solat.

"Sekarang kita sulit ke Tanah Suci, sulit berdoa di Raudah, hanya bisa menyesali kenapa waktu itu tidak kita gunakan sebaiknya untuk Allah," tulisnya.




Dia mengakhiri hantarannya dengan memohon maaf di atas salah silap kepada rakan dan peminat sempena Hari Raya AidilAdha.


Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 04:34 PM GMT+8 , Processed in 0.077280 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top