CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Rujuk Tanpa Rela, Reka Bukti Sampai Sanggup Fitnah Check In Hotel!

21-7-2021 01:27 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 6715| Komen: 27|Original author: Oleh: LilRose

Description: Menyesal pun tiada gunanya lagi.
Menyesal pun tiada gunanya lagi.

Seorang peguam Syarie Amalina Adam berkongsi di Facebook kisah seorang wanita dirujuk bekas suaminya secara paksa.

Pelbagai cara dilakukannya kerana enggan melepaskan bekas isteri untuk berkahwin dengan penggantinya iaitu seorang 'duda hot'.



Gambar hiasan

Dia pada mulanya merayu untuk pulang ke pangkuan bekas isteri sehingga berjanji untuk berubah dan tidak akan mengulangi kesilapan lampau iaitu berlaku curang.

Dia meneruskan gangguannya hingga ke tempat kerja dengan memberi pelbagai hadiah, namun semuanya tidak diendahkan wanita itu.

Setelah mati akal, taktik menggunakan anak-anak pun tidak berjaya, lelaki itu bertindak lebih agresif dengan menghantar satu mesej berbaur ugutan.

"KALAU AKU TAK DAPAT KAU, ORANG LAIN PUN TAK KAN DAPAT."


Wanita itu kemudian kebingungan apabila saman dari Mahkamah Syariah bagi menjawab kes pengesahan rujuk tanpa pengetahuannya.

Malah, lelaki itu menyertakan sekali pelbagai bukti kononnya berlaku rujuk antara mereka.

"Merayu bekas isteri supaya bekas suaminya tidak menipu Mahkamah sedangkan tarikh perkahwinannya dengan duda hot pula hampir tiba!

"Apabila tiba hari kehadiran ke Mahkamah, dengan lagaknya bekas suami itu menjawab semua soalan-soalan Mahkamah siap membawa saksi-saksi! Bekas isteri kebingungan dari mana pula saksi-saksi itu tahu!" katanya.


Kredit foto: FB

Tambah peguam itu, wanita berkenaan mengakui tidak tahu prosedur dan hukum syarak membuatkan dirinya tiada pilihan lain dan membiarkan sahaja bekas suami bersumpah syarie dengan segala keterangan yang diberikan dan mahkamah sabit kekal sebagai suami isteri dan sah rujuk. 

"Sebaik sahaja keluar dari pintu Mahkamah Syariah, bekas suami tersenyum dan bertepuk tangan sambil berbisik “AKU SANGGUP BUAT APA SAJA TERMASUKLAH BERSUMPAH DALAM MAHKAMAH DEMI MENDAPATKAN SEMULA DIRI KAU! PUAS HATI AKU!”


Gambar hiasan

Wanita itu menyesal hadir ke mahkamah tanpa membawa sesiapa pun termasuklah peguam syarie bagi membela dirinya.

Namun, nasi sudah menjadi bubur. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 21-7-2021 02:19 PM
Gila talak punya laki. Tahu meroyan bila ex minik dapat pengganti lagi hot
Quote spankee_fili 21-7-2021 03:03 PM
Sah ke rujuk tu? Bukan kena akad nikah lagi sekali ke kalau lepas edah?
Kalau laki dia tipu kata berlakunya rujuk when there was none, kira akan berlakunya zina la kan kalau dorang bersama?
Tak gitu?
Quote prettyuglybabe 21-7-2021 03:22 PM
kalau kisah benar, semoga bekas lakinya mampus digelek lori..
Quote Meiizu 21-7-2021 05:29 PM
Edited by Meiizu at 21-7-2021 05:30 PM

ai sukeerrr janda cepat move on.Tapi dlm kes ni janda dah tsilap strategy.

berapa ramai jantan gantung wanita tak bertali dia sedap2 kawin lain..btw undang2 kita pun biar je sampai jenuh janda turun naik mintak nafkah anak.Dahlaa nak kawin lain takbole nak cari duit kat anak2 lagi
Bosan

Quote kaedahnya 21-7-2021 10:36 PM
hasanah la ni
Quote MissCarcosa9753 21-7-2021 11:07 PM
Cepat sNgat nak menikah lain
Xda tempoh bertenang ke....
Bila masa kenal...
Pastu dalam iddah lagi dah mengorat ke sbb tu duda tu blh rujuk
Quote anony-mous 22-7-2021 01:46 AM
Cerita hasanah lg ke?
Quote nuno 22-7-2021 06:57 AM
Siapa buat script jalan cerita budak tadika baca pun boleh gelak guling guling laa…hawau
Quote Tinot7 22-7-2021 10:08 AM
Jap, dia tunang masa iddah ke apa?
Bila berkenalan dgn duda hot?
Bkn ke lepas tamat iddah, dah ada persetujuan bercerai.. surat cerai dah kluar.. voley buat rayuan ke apa masa tu?

Dan bila suami tak bg nafkah sumer tuh, awat tak minta fasakh ke apa?

Lagi satu, kalau tunang baru pun nak saman, jelas terang lagi nyata yg duda hot ni takde la baik sgt...
Quote hashashes 22-7-2021 10:55 AM
Ada perkataan Duda hot tu pun aku dah syak cerita ni hasanah
Quote cucuq 22-7-2021 10:58 AM
Tinot7 replied at 22-7-2021 10:08 AM
Jap, dia tunang masa iddah ke apa?
Bila berkenalan dgn duda hot?
Bkn ke lepas tamat iddah, dah ada ...

Boleh je rujuk dlm tmpoh iddah..if dpt sijil cerai dlu sblum tmat tmpoh iddah nnti lapor je kt pjbat agama sbb nnti dpt sijil rujuk yg lain..so ade sijil cerai n sijil rujuk..so sijil rujuk tu yg trpkai
Quote cucuq 22-7-2021 11:03 AM
Meiizu replied at 21-7-2021 05:29 PM
ai sukeerrr janda cepat move on.Tapi dlm kes ni janda dah tsilap strategy.

berapa ramai jantan ga ...

Byk sisi nmpak pompuan traniaya tpi hakikatnya sis kt mhkamah tu byk je pompuan curang so,sme je. Cume kalo laki ni once die buat prgai,mmg truk n kejam  la mcm x bgi nafkah,x cara ank,tinggalkan anak2 n bini..dorang lagi kejam lah dri pompuan stakat curang n xjlnkan tggungjawab as isteri..client iols bini,siap ngandungkan ank laki lain lagi sdgkan dah setengah thun x brsama.. Ade satu lagi laki kmain baik nafkah semua cukup tup2 mntak cerai rupanya kantoi dgn india non muslim siap ade video cium mulut dlm keta
Quote Tinot7 22-7-2021 12:22 PM
cucuq replied at 22-7-2021 10:58 AM
Boleh je rujuk dlm tmpoh iddah..if dpt sijil cerai dlu sblum tmat tmpoh iddah nnti lapor je kt pjb ...

Rujuk mmg dlm tempoh iddah.
Tapi minah ni tak settle cerai terus tunang dgn org lain ke apa?
Ke citer hasanah..
Quote cucuq 22-7-2021 07:07 PM
Tinot7 replied at 22-7-2021 12:22 PM
Rujuk mmg dlm tempoh iddah.
Tapi minah ni tak settle cerai terus tunang dgn org lain ke apa?
Ke ...

Ooo x kalo dh sman tu mksudnya die bust pemgesahan rujuk..pengesahan rujuk ni dibuat after tmpoh iddah dah hbis tpi deme rujuk dlm tmpoh iddah la cuke x buat pmgesahan kt pjbat agama..so bila dh hbis iddah bru nk buat pngesahan tu hee
Quote Tinot7 22-7-2021 07:46 PM
cucuq replied at 22-7-2021 07:07 PM
Ooo x kalo dh sman tu mksudnya die bust pemgesahan rujuk..pengesahan rujuk ni dibuat after tmpoh i ...

Jadi jalan citernya mcm ni, deme bercerai, pastu surat cerai dah kluaq. Pastu mungkin berbulan2 lamanya, mamat ni dpt tau minah ni nak kawen dgn duda hot. Teruih minta kembali bersama. Tapi tak diendahkan. Tup2 dia fail pengesahan rujuk kat mahkamah. Minah ni dah nak kawen, dpt saman rujuk.. baru tau mamat ni kata dia dah rujuk, sambil tunjuk bukti2 yg direka.

Tempoh nak fail pengesahan rujuk ni takde ke? Sbb tu org voley manipulasi maklumat.
Camne nak tau mmg dah cerai ke dakk kalau mcm ni?
Quote cucuq 22-7-2021 08:48 PM
Tinot7 replied at 22-7-2021 07:46 PM
Jadi jalan citernya mcm ni, deme bercerai, pastu surat cerai dah kluaq. Pastu mungkin berbulan2 la ...

Yup boleh jdi mcm tu sis..thats y kalo nk rujuk kne cpat2 lapor dlm tmpoh sis..n mmg x de tmpoh pon sbb mlibtkn hukum syarak..kotlah btul sbnrnya rujuk brlaku haa naya tau..sme mcm kahwin kt luar n cerai luar mhkmah  kene buat pngesahan kotlah xsah kahwen tu or cerai tu nayaa..ade client iols dh cerai talak 3 yer dua kali kt luar mhkmah..satu die bgi talak satu kali kedua talak 2 trus tpi x buat pngesahan cerai. So slma 4thun hidup brzina msalahnya ade ank pompuan sorang after cerai..sedih tau masyarakat mcm ni..mmg ade pon sbnarnya..bab cerai luar mhkmah n  rujuk ni mmg kite kne jujur sbb libatkn hukum syarak..huhu

Cuma kalo dh lme ktrangan boleh diakui lah dh lma mgkin x igt n last skali mostly hakim ambik pndekatan sumpah utk kuatkn statement sbb bnda ni libatkn hukum syarak...so tu laki lah tnggung kalo die tipu..
Quote Tinot7 22-7-2021 09:55 PM
cucuq replied at 22-7-2021 08:48 PM
Yup boleh jdi mcm tu sis..thats y kalo nk rujuk kne cpat2 lapor dlm tmpoh sis..n mmg x de tmpoh po ...

Citer macam nih voley buat drama minggu nihh..
Setelah 10 tahun berkahwin, Pak Kordi melafazkan cerai talak satu ke atas Minah. Namun, pengesahan cerai tidak dibuat. Minah terdampar di kampung halaman bersama-sama dua orang anak lelaki (Azlan dan Azman) mereka. Berita lafaz cerai itu cepat merebak sehingga ke kampung bersebelahan. Minah melarikan diri ke Melaka untuk mengelakkan diri dan anak-anak daripada cemuhan masyarakat. Pada asalnya bekerja sebagai pembantu rumah untuk menyara kedua-dua orang anak lelakinya, tetapi berakhir dengan pernikahan antara Minah dan majikan kayanya. Hasil perkahwinan Minah dan tauke ayam (Pak Lam) ialah seorang anak perempuan (Hani) yang menjadi idaman Minah semenjak dia mendirikan rumahtangga dengan Pak Kordi. Keengganan Pak Kordi memberikannya seorang cahaya mata perempuan merupakan salah satu punca perceraian mereka. Hidup bahagia sehinggalah Hani mula menjalani kehidupan kolejnya di Kuala Lumpur. Bermula apabila bapanya mengalami serangan jantung dan memerlukan rawatan di ibu kota.

Pak Kordi membawa diri ke Pulau Langkawi dan jatuh hati kepada Normah. Setelah 3 bulan berkenalan, hubungan mereka mekar dan berakhir dengan perkahwinan. Kemunculan anak perempuan kesayangan (Maisarah) hasil perkahwinan Pak Kordi dan Normah telah membawa bahagia yang tidak terhingga kepadanya.

Mara 20 tahun ke hadapan. Mari kita saksikan perebutan Hani dan Maisarah dengan jejaka impian mereka, Mohsin di menara gading. Saksikan juga konflik antara Azlan dan Azman yang juga menaruh hati terhadap Maisarah yang tidak diketahui ialah adik tiri mereka. Dan saksikan kejutan ke atas keluarga Pak Lam, apabila mereka mendapat tahu bahawa perceraian Minah dan Pak Kordi tidak disahkan dan selama ini Hani ialah hasil penzinaan yang tidak layak menerima harta pusaka Pak Lam.

Apakah yang bakal berlaku? Teruskan tontonan anda di rangkaian TV1.

Camni ka komplikatednya kalau tak habaq pengesahan perceraian?
Quote cucuq 23-7-2021 08:37 PM
Tinot7 replied at 22-7-2021 09:55 PM
Citer macam nih voley buat drama minggu nihh..
Setelah 10 tahun berkahwin, Pak Kordi melafazkan  ...

Hahaha amboii. Sis boleh jadi pengarahh dh ni mohon hntar sinopsis,kt produser2 mne tau ade yg nk buat drama..cume syarikat mega holding gnti syarikat ayam lerr hehe..

Haha usually complicated pda anak yg brdosa..cth dpt anak pompuan isu plak nk jadi wali, if xbuat pengesahan kawen,cerai ,rujuk bagai so nk kawen ade isu..blom lagi msuk dosa brzina ke ape or kawen dgn org lain tup2 die isteri org lagi haaa haruu gittu..tu sbb individu n pasangan tu sndiri kene ade tggungjawab..kite,pjbat agama ,mahkamah bukan tau pon die cerai kt luar mahkamah,die rujuk isteri bgai huhu
Quote Tinot7 23-7-2021 08:56 PM
cucuq replied at 23-7-2021 08:37 PM
Hahaha amboii. Sis boleh jadi pengarahh dh ni mohon hntar sinopsis,kt produser2 mne tau ade yg nk  ...

Citer mcm ni yg patut deme buat.. rakyat marhaen voley blajaq sikit2 psl sistem syariah sini..
Giteww..

Kalau iols kenal mana2 pengarah, iols habaq la.. kalau hang nampak nama iols sbg penulis skrip ka apa, tau2 jahh sudah masuk tv.. hehehe..

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 10:45 AM GMT+8 , Processed in 0.107079 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top