CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemandu Teksi Mengamuk Rempuh Tiga Kenderaan Bengang Barisan Dipotong

21-7-2021 10:32 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3775| Komen: 12

Description: Barisan dipotong, pemandu mengamuk rempuh tiga kenderaan AMUK: Pemandu terbabit berbaring di lantai selepas mengamuk dengan merempuh tiga kenderaan di lokasi kejadian. KOTA KINABALU: Seo ...
aPolis mengesahkan tindakan pemandu teksi lapangan terbang yang mengamuk dengan merempuh tiga kenderaan lain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada Isnin berpunca daripada perasaan tidak puas hati apabila giliran mengambil penumpang sering dipotong oleh rakan pemandu teksi lain.

Bagaimanapun, perkara itu berpunca daripada sikapnya sendiri yang beberapa kali meninggalkan kenderaan di barisan menunggu.



Ini menyebabkan rakan pemandu lain terpaksa memotong giliran bagi mengambil penumpang yang beratur untuk mendapatkan perkhidmatan teksi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan George Abd Rakman berkata, siasatan awal mendapati punca suspek berusia 60 tahun itu mengamuk adalah kerana gagal menahan perasaan marah.

"Difahamkan, kejadian itu bukan kali pertama berlaku di mana suspek berang selepas mendapati giliran mengambil penumpang dipotong rakan pemandu lain.


“Namun, ia disebabkan sikapnya sendiri yang meninggalkan kereta di barisan menunggu dan pemandu lain terpaksa memotong bagi mengelakkan penumpang tertunggu-tunggu,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Tambah beliau, suspek yang menghidap penyakit hipertensi didapati pengsan selepas kejadian itu.      

"Suspek kini masih menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth kerana hipertensi.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari Isnin, seorang pemandu teksi hilang pertimbangan sehingga merempuh tiga kenderaan lain di KKIA.

Kejadian itu tular dalam kumpulan WhatsApp dan Facebook dan didakwa disebabkan rasa tidak puas hati kerana giliran mengambil penumpang dipotong pemandu teksi yang lain.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 19-7-2021 09:31 PM
Edited by Skuau at 19-7-2021 09:33 PM

laa...kenapa la main potong q...bila dia buat camtu...orang salahkan dia sb undang2 dan sikap tu tak betul...puncanya orng yg potong q tu yg buat hal@'PUNCA/PENCETUS MASALAH'ni.
Quote awanearisu 19-7-2021 10:10 PM
Masalah orang yang suka memotong barisan ini, mereka akan rasa mereka pula mangsa bila ditegur. Orang yang menegur pula yang bersalah kerana dikatakan tidak bertimbang rasa.
Quote nakkomenjugak 19-7-2021 10:28 PM
kau potong q aku potong (rempuh sebenarnya) kereta ko gitu
Quote miszclassique 19-7-2021 10:36 PM
Orang kat airport sikit, berebut penumpang... Mmg lah triggered kalau kena potong queue... Sian hmmm
Quote Carcosa 19-7-2021 10:40 PM
Padan muka yg potong queue tu Patut uncle tu langgar kan aje yg driver potong queue tu
Yelah, penat uncle tu queue, lama agaknya, kau sedap2 potong. Sian uncle
Quote Vellfire 20-7-2021 05:50 PM
Kerap dipotong barisan punca pemandu teksi rempuh tiga kenderaan

KOTA KINABALU: Kejadian rempuh tiga kenderaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) yang membabitkan seorang pemandu teksi adalah disebabkan daripada ketidakpuasan hati akibat kerap dipotong barisan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Superintendan George Abd Rakman berkata perkara itu bagaimanapun disebabkan sikap suspek yang beberapa kali meninggalkan kereta di barisan menunggu untuk keluar dari luar kawasan LTAKK.

“Hasil siasatan mendapati kejadian bukan kali pertama berlaku dan disebabkan kereta ditinggalkan, rakan pemandu teksi lain terpaksa memotong barisan bagi mengelakkan penumpang menunggu lama.

“Suspek gagal menahan marah selepas mendapati giliran mengambil penumpang dipotong rakan pemandu lain dan mengamuk dengan merempuh tiga kenderaan lain di LTAKK,” katanya.

Menurutnya selepas kejadian itu suspek yang menghidap penyakit darah tinggi turut pengsan.

“Suspek kini masih menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth kerana penyakit yang dihidapinya.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Kejadian kira-kira jam 1 petang terbabit tular di media sosial dan turut menimbulkan pelbagai persoalan sehingga ramai netizen tertanya-tanya punca sebenar kejadian.

Bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan yang dilaporkan dalam insiden berkenaan.


utusan borneo 2021-07-20T15:37:39+08:00
Quote misuke 21-7-2021 12:03 PM
Kesiannya..stress sgt pakcik tu
Quote FanTasyCreaTioN 23-7-2021 03:57 AM
Skuau replied at 19-7-2021 09:31 PM
laa...kenapa la main potong q...bila dia buat camtu...orang salahkan dia sb undang2 dan sikap tu tak ...
kan ...
sapa tak geram ...

ni bukan kes ni jer ...
banyak lagi kes potong que ni berlaku tapi tak la sampai main rempuh2 gni...

kes banyak bila nak masuk kedai

dah la lama berbaris ... eh ... eh ... sesedap dia pula nak ke depan lengang2 gtu2 jer

Quote FanTasyCreaTioN 23-7-2021 04:00 AM
awanearisu replied at 19-7-2021 10:10 PM
Masalah orang yang suka memotong barisan ini, mereka akan rasa mereka pula mangsa bila ditegur. Oran ...
haaaa kan kan ...

yang menegur pula selalu jadi jahat pula ...

tapi aritu sangat puas hati ... sebab cashier kedai tu tegur yang cuba memotong ...
"makcik ... sila pergi belakang ... kesian yang dah berbaris lama ni ..."


Quote FanTasyCreaTioN 23-7-2021 04:02 AM
miszclassique replied at 19-7-2021 10:36 PM
Orang kat airport sikit, berebut penumpang... Mmg lah triggered kalau kena potong queue... Sian hmmm ...
patut nya ...
keluar dan tumbuk jer yang memotong tu


kesian yang lain2 tu tak memasal keta rosak


Quote FanTasyCreaTioN 23-7-2021 04:04 AM
Carcosa replied at 19-7-2021 10:40 PM
Padan muka yg potong queue tu  Patut uncle tu langgar kan aje yg driver potong queue tu
Ye ...
hari2 biasa dulu2 mungkin tak kisah ...

sekarang ni banyak yang hilang pendapatan ...

mana nak cekau duit kalo dah tu jer pekerjaan dia ...

Covid pun tak abis2

Quote FanTasyCreaTioN 23-7-2021 04:05 AM
aiseh!!~


ilang pula rasa kesian

Hasil siasatan mendapati kejadian bukan kali pertama berlaku dan disebabkan kereta ditinggalkan, rakan pemandu teksi lain terpaksa memotong barisan bagi mengelakkan penumpang menunggu lama.

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 01:21 AM GMT+8 , Processed in 0.085781 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top