CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cuaca Panas Melampau, Lebih 1 Bilion Hidupan Laut Mati

21-7-2021 10:29 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1987| Komen: 8

Description: OTTAWA – Cuaca ekstrem di rantau Barat Laut Pasifik dan Kanada menyebabkan hidupan liar sering kali menjadi yang pertama terjejas, lapor akhbar New York Post kelmarin.
OTTAWA – Cuaca ekstrem di rantau Barat Laut Pasifik dan Kanada menyebabkan hidupan liar sering kali menjadi yang pertama terjejas, lapor akhbar New York Post kelmarin.

Dianggarkan sebanyak tiga bilion haiwan terbunuh dalam kebakaran hutan di Australia daripada 2019 hingga awal 2020.

Di negeri Utah, berjuta-juta burung yang tinggal di Tasik Green Salt terkesan akibat kemarau teruk yang melanda barat Amerika Syarikat (AS).

Foto: AFP

Di California, pegawai-pegawai memberi amaran populasi salmon yang dilindungi mungkin tidak akan dapat bertahan pada musim panas ini. Jutaan ikan salmon telah dipindahkan ke kawasan lain oleh Jabatan Ikan dan Hidupan Liar menggunakan trak khas.

Di negeri Florida pula, jutaan ikan terdampar di Tampa Bay dan pantai St. Petersburg, manakala Jabatan Pemuliharaan Ikan dan Hidupan Liar Florida  menyatakan, bencana itu dikaitkan dengan fenomena air pasang merah.

Air laut berwarna merah disebabkan oleh alga itu membawa kepada kematian hidupan liar mati di kawasan itu. Haiwan lain seperti ikan lumba-lumba, penyu laut dan dugong mati semasa bencana serupa pada 2018.

Profesor zoologi di Universiti British Columbia, Christopher Harley mengumumkan lebih satu bilion hidupan laut terbunuh di sepanjang perairan  itu.

Pasukan Harley menganggarkan satu juta kupang telah mati di sebuah kawasan lapang sebesar saiz sebuah gelanggang tenis.

Tambah Harley, dia tidak pasti jika kepupusan sesuatu spesies pernah berlaku akibat cuaca panas, namun kira-kira 75 peratus kupang mati dan terdampar di kawasan yang dia kunjungi. -CARI

Sumber: Kosmo
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 21-7-2021 01:25 AM
Kt msia pun rs mcm gelombang pns jgk
Ssh btl nk lelap mata

Quote melinda_kerr 21-7-2021 01:52 AM
Teruk betul heat wave ni.. sakit sendi otot mcm apa je… sakit kepala lagi.. dasyat betul musim panas kali ni.
Quote alinone78 21-7-2021 05:00 AM
Ada sekor ikan OPAH warna warni dema tunjuk
Quote angelofish 21-7-2021 05:59 AM
kat selangor ni dah lama tak hujan
Quote CARI-MRO 21-7-2021 10:29 AM
OTTAWA – Cuaca ekstrem di rantau Barat Laut Pasifik dan Kanada menyebabkan hidupan liar sering kali menjadi yang pertama terjejas, lapor akhbar New York Post kelmarin.


Dianggarkan sebanyak tiga bilion haiwan terbunuh dalam kebakaran hutan di Australia daripada 2019 hingga awal 2020.


Di negeri Utah, berjuta-juta burung yang tinggal di Tasik Green Salt terkesan akibat kemarau teruk yang melanda barat Amerika Syarikat (AS).


Foto: AFP




Di California, pegawai-pegawai memberi amaran populasi salmon yang dilindungi mungkin tidak akan dapat bertahan pada musim panas ini. Jutaan ikan salmon telah dipindahkan ke kawasan lain oleh Jabatan Ikan dan Hidupan Liar menggunakan trak khas.


Di negeri Florida pula, jutaan ikan terdampar di Tampa Bay dan pantai St. Petersburg, manakala Jabatan Pemuliharaan Ikan dan Hidupan Liar Florida  menyatakan, bencana itu dikaitkan dengan fenomena air pasang merah.


Air laut berwarna merah disebabkan oleh alga itu membawa kepada kematian hidupan liar mati di kawasan itu. Haiwan lain seperti ikan lumba-lumba, penyu laut dan dugong mati semasa bencana serupa pada 2018.


Profesor zoologi di Universiti British Columbia, Christopher Harley mengumumkan lebih satu bilion hidupan laut terbunuh di sepanjang perairan  itu.


Pasukan Harley menganggarkan satu juta kupang telah mati di sebuah kawasan lapang sebesar saiz sebuah gelanggang tenis.


Tambah Harley, dia tidak pasti jika kepupusan sesuatu spesies pernah berlaku akibat cuaca panas, namun kira-kira 75 peratus kupang mati dan terdampar di kawasan yang dia kunjungi. -CARI


Sumber: Kosmo
Quote dua_chzy 21-7-2021 10:32 AM
Thread dah ada.
Thread dah ada.
Thread dah ada.
Thread dah ada.
Thread dah ada.
Thread dah ada.
Thread dah ada.
Thread dah ada.
Thread dah ada.
Thread dah ada.
Thread dah ada.
Thread dah ada.
Quote Raline 21-7-2021 11:31 AM
dua_chzy replied at 21-7-2021 10:32 AM
Thread dah ada.
Thread dah ada.
Thread dah ada.

makasih sayang...
Quote nakkomenjugak 21-7-2021 01:17 PM
Dunia makin tenatttttt

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 08:59 PM GMT+8 , Processed in 0.057200 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top