CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Seronok Jamu Selera Di Hari Raya, 30 Warga Asing Ditahan

21-7-2021 10:27 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1784| Komen: 3

Description: Kegembiraan 30 warga asing dan seorang wanita tempatan menikmati jamuan hari raya di sebuah rumah tidak sampai kemuncak apabila sebuah kediaman di Taman Selayang Utama, Batu Caves, dekat sini diserbu ...
Kegembiraan 30 warga asing dan seorang wanita tempatan menikmati jamuan hari raya di sebuah rumah tidak sampai kemuncak apabila sebuah kediaman di Taman Selayang Utama, Batu Caves, dekat sini diserbu polis.


Individu yang berumur antara 20 hingga 40 tahun itu diperiksa dan ditahan ketika serbuan dilakukan di kediaman itu sekitar pukul 10 pagi.



Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, serbuan dilakukan sebaik polis menerima maklumat daripada penduduk di kawasan berdekatan.

“Siasatan awal mendapati empat daripada mereka memiliki dokumen perjalanan yang sah, enam memiliki Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang sudah tamat tempoh, manakala 20 lagi tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan.

“Mereka dikesan melakukan kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan iaitu dengan berkumpul dan gagal mengamalkan penjarakan sosial, memiliki PLKS tamat tempoh dan tidak memiliki dokumen perjalanan,” katanya dalam kenyataan sebentar tadi.


Jelas beliau, wanita tempatan yang ditahan telah dikenakan kompaun RM4,000 mengikut Perkara 16 Peraturan-peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPB) (Langkah-Langkah Di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

“Manakala 29 warga asing lelaki dan seorang wanita pula dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak untuk siasatan lanjut.

“Kesemua tangkapan akan dibawa ke Mahkamah Majistret Selayang esok untuk permohonan reman,” ujarnya. 


Sumber: K! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nazzse 21-7-2021 11:44 AM
Padan muka sendiri cari penyakit.
Rakyat Malaysia bukan main patuh SOP, yg PATI gigih langgar sana sini
Quote Xim 21-7-2021 12:17 PM
Thread dah ada : https://mforum1.cari.com.my/foru ... ead&tid=1260536

Lagi afdhol kalau merge @CARI-MAL
Quote sambaldurian 21-7-2021 12:29 PM
klu xnk saman psl penyakit berjangkit pun, boleh charge atas tiada dokumen. tu la dh kata, musim2 ni polis buat kerja , jgn la feeling2 kt negara sendiri lg. tau nk cari rezeki tp berpada2.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 06:47 AM GMT+8 , Processed in 0.048354 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top