CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tipu Sakit Kanser- Dapat Percutian Mewah Dan Gaji Penuh Setiap Bulan

17-7-2021 01:03 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3976| Komen: 21

Description: London: Seorang wanita digelar penipu bersiri selepas memperdaya suami, rakan sekerja dan beberapa individu lain dengan mendakwa dia menghidap kanser paru-paru tahap akhir dan dijangka hidup 18 bulan ...
London: Seorang wanita digelar penipu bersiri selepas memperdaya suami, rakan sekerja dan beberapa individu lain dengan mendakwa dia menghidap kanser paru-paru tahap akhir dan dijangka hidup 18 bulan sahaja.


Bagi meyakinkan mereka, Stephanie Hunter, 32, turut membotakkan kepalanya dan memakai selendang hingga rakan sekerjanya simpati dan mengumpul dana untuk menghadiahkan dia percutian terakhir ke Disneyland Paris bersama tiga anak berusia 13, sembilan dan lapan tahun.

Percutian VIP bernilai £7,000 (RM40,634.25) itu ditaja sepenuhnya dengan layanan mewah, sebelum penipuan Hunter akhir terbongkar apabila majikannya gagal mendapat pengesahan perubatan dan status terkini penyakitnya.


Foto: Agensi

Dia akhirnya mengaku menipu ramai orang termasuk suami sendiri, Jamie Wilkinson apabila Perkhidmatan Sosial mula campur tangan berhubung urusan kebajikan anaknya selepas orang awam membuat aduan.

Kesnya dilapor kepada pihak berkuasa dan Hunter dari Freemantle Avenue, Hull dihadapkan ke Mahkamah Crown Hull, pada Khamis lalu dengan Hakim John Thackray menjatuhkan hukuman penjara 15 bulan terhadapnya.

Ketika prosiding itu, Pendakwa raya David Godfrey memaklumkan mahkamah bahawa Hunter bekerja sebagai jurujual ResQ di George Street pada 2016, namun dilapor sakit dan mengemukakan surat cuti sakit selama 21 hari kerana kanser paru-paru dan memerlukan pembedahan.

Dia kemudian mendakwa rawatannya tidak berjaya dan perlu menjalani kemoterapi selama tiga bulan dan turut memberikan tarikh prosedur itu akan dijalankan menyebabkannya tidak boleh bekerja, tetapi masih dibayar gaji.

Mahkamah dimaklumkan pada Januari 2017, Hunter membotakkan kepalanya dan memakai selendang serta mampu bekerja selama seminggu sehingga September 2017.

Rakan sekerja yang prihatin kemudiannya mengumpul dana untuk Hunter bercuti buat kali terakhir bersama keluarga dan halaman kumpul dana secara dalam talian, Just Giving diwujudkan dengan keseluruhan dana diperoleh termasuk sumbangan ahli perniagaan adalah £10,446 (RM60,637.90).

Hakim John Thackray dalam penghakimannya berkata kepada Hunter bahawa dia seorang 'pemangsa dan memanipulasi' emosi dan kebaikan orang yang tersentuh dengan penderitaan yang didakwa dialaminya.

"Penipuan awak dan semua tindakan itu satu penghinaan. Kesalahan seperti ini akan menjejaskan keyakinan orang ramai dan menghalang mereka untuk menderma," katanya.

Hunter menangis sebaik dibawa keluar dari kandang tertuduh selepas hukuman dijatuhkan. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MontanaHannah 17-7-2021 01:06 PM
menipu x menjadikan ko sesiapa pun melainkan ko jaid penipu sajalah!
Quote doubleharmonic 17-7-2021 01:18 PM
sama cam sohai la ni? katanya tempoh 2 tahun jah tapi sampai sekarang tak mampos pon lagi? beza nya sohai tu menipu tak dapat percutian mewah gaji bulan2 bagai. upah mengurut jah mampoo
Quote sambaldurian 17-7-2021 01:30 PM
geram pulak tgk muka acah2 kesian dia ni
Quote dua_chzy 17-7-2021 02:26 PM
Huntonglah negara kokesen. Boleh ambik cuti sakit berbulan tapi gaji masih fully paid.
Quote nakkomenjugak 17-7-2021 02:39 PM
cash. ke jeriji besi la ekau
Quote I.K.A888990 17-7-2021 06:35 PM
baru 32 thn kot
xpasal2 msk dlm
lbh baik kau kerja ada gak faedah nnt
Quote wirazam 17-7-2021 06:56 PM
dua_chzy replied at 17-7-2021 02:26 PM
Huntonglah negara kokesen. Boleh ambik cuti sakit berbulan tapi gaji masih fully paid.

Entah entah kat Malaysia pun ada...
Quote any42 17-7-2021 07:15 PM
xpenat ke menipu
Quote TOPwind 18-7-2021 03:53 AM
MontanaHannah replied at 17-7-2021 01:06 PM
menipu x menjadikan ko sesiapa pun melainkan ko jaid penipu sajalah!

ada kes 2013- di Shah Alam- bakal somi kata dia kena operate lutut RM40K, so bakal isteri tolong bayarkan- hilang seminggu konon masuk ospital.
lepas kahwin baru tahu.. tapi apam dah lunyai
Quote LadyCarefree 18-7-2021 12:42 PM
Teringat pulak pasal Balqis. Apa cerita dia lepas dapat derma ratus ribu?
Quote Decaffeinated 18-7-2021 12:56 PM
Memang susah nak brain tapi ingatlah manusia memang ada sisi hitam. Even kawan sebelah kita di office pun kita tak tau apa dia buat during his free time.

Kita membayangkan penipu ni mesti hitam dan busuk, think again.

Quote namichan 18-7-2021 01:02 PM
Nak mudah je hidup tu
Quote Artemesiaa 18-7-2021 01:09 PM
Mana2 negara ada je jenis suka ambil kesempatan macam ni
Quote MontanaHannah 18-7-2021 04:01 PM
TOPwind replied at 18-7-2021 03:53 AM
ada kes 2013- di Shah Alam- bakal somi kata dia kena operate lutut RM40K, so bakal isteri tolong b ...

maksud ko , bakal isteri bayarkan 40 ribu utk operate  bakal laki

lepas smeinggu baru tahu laki tu penipu??

tp poen dah lunyai kena toron dalam tempoh seminggu jaid bini ??

Begitu ke maksud ko?
Quote Meiizu 18-7-2021 04:36 PM
Mcm sohai je...bape thn sekali renew tarikh nak mati
Quote Thunderclouds 18-7-2021 05:30 PM
dua_chzy: Huntonglah negara kokesen. Boleh ambik cuti sakit berbulan tapi gaji masih fully paid.

Kt Mesia pn Prolonged illness mmg dbayar gaji penoh. Kaka chzy kn staff gomen {:smile Swasta tgk budi bicara company lar. Ade setahun,ade 6bulan & ade yg no go trus.
Quote Thunderclouds 18-7-2021 05:31 PM
LadyCarefree: Teringat pulak pasal Balqis. Apa cerita dia lepas dapat derma ratus ribu?


Lari masuk gua dlu la kaka. Diam2. Esk2 bgkit la semula dr kuburan{:sing
Quote haruslah 18-7-2021 05:35 PM
Kalau kat malaysia lg byk dapat
Kalau dah terbongkar mula lah.....
Jgn bukak aib dia
Xde sape paksa derma kira derma
Husnuzon la dia x kacau org pun
Quote Jorja 18-7-2021 09:52 PM
Macam mana la nak hadap orang lepas ni? Kalu single boleh lah berambus pindah.. la ni kesian dgn anak2 skali trpalit

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 12:05 PM GMT+8 , Processed in 0.072639 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top