CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hanna Aqeela Henti Kongsi Foto Kekasih, Sedar Diri Orang Tak Suka Tengok

17-7-2021 01:38 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6929| Komen: 24

Description: Siapa sangka pelakon Hanna Aqeela yang mempunyai karekter wanita lemah lembut sebenarnya seorang yang sangat aktif dalam sukan bola sepak terutama futsal sejak berusia 16 tahun.
Siapa sangka pelakon Hanna Aqeela yang mempunyai karekter wanita lemah lembut sebenarnya seorang yang sangat aktif dalam sukan bola sepak terutama futsal sejak berusia 16 tahun.


Hanna atau nama sebenarnya Hanna Aqeela Mohd. Rosni berkata, dia mempunyai pasukan bola tersendiri yang kerap menyertai pertandingan.


Kredit foto: IG

Malah bukan sahaja Hanna, malah semua ahli keluarga termasuk ibu pelakon berusia 31 tahun ini turut gemar bermain sukan tersebut memandangkan bapanya merupakan jurulatih bola sepak.

"Saya mula bermain bola terutama futsal sejak berusia 16 tahun lagi. Hanya untuk berseronok saja tapi saya ada team yang akan sertai pertandingan juga.

"Orang nampak saya macam seorang yang lembut tapi sebenarnya jiwa saya kasar juga. Satu keluarga saya memang main bola termasuk ibu.



"Ayah pula memang seorang jurulatih bola sepak. Adik-beradik perempuan saya yang lain juga turut aktif dalam sukan bola sepak ini," kata Hanna kepada mStar.

Pelakon drama siri Ombak Rindu itu berkongsi mengenai perkara tersebut ketika sesi Instagram Live atau IG Live bersama mStar pada Jumaat.



Selain itu, Hanna turut berkongsi mengenai watak dan drama lakonan terbaharunya berjudul Suara Hati yang akan ditayangkan di Astro Prima bermula Isnin depan.

Dalam pada itu, Hanna juga mendedahkan dia sudah mempunyai teman lelaki namun memilih untuk tidak berkongsi perkara tersebut di laman sosial.

"Sebenarnya saya memang ada kekasih yang kami sudah lama bercinta dan sebelum ini, saya selalu juga share foto bersama dia di laman sosial.




"Tapi bila lama-kelamaan, saya fikir lebih baik saya berhenti kongsi... sebab tak semua orang akan suka tengok dan boleh terima. Jadi, lebih baik saya simpan sendiri saja.

"Bagi saya, kalau benda itu mengundang perkara tidak baik... saya tak share la. Kalau perkara itu baik, saya akan kongsikan kepada umum," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote anony-mous 17-7-2021 03:11 PM
Mcm pernah nampak sheol berlakon tp lupa cerita apa. Pndai berlakon. Selalu berlakon tanpa mekap kan dia ni
Quote namichan 17-7-2021 05:20 PM
siapa beliau
Quote I.K.A888990 17-7-2021 06:50 PM
lawa dia ni. senyuman dia manis
nntkan la drama minah ni ye kat astro prima haha
Quote hanna88 17-7-2021 06:51 PM
comey muka dia..suka tengok..
Quote wirazam 17-7-2021 07:03 PM
namichan replied at 17-7-2021 05:20 PM
siapa beliau

Nampak mcm adik wife Datuk aliff syukri je
Quote samshik 17-7-2021 07:06 PM
Sapa kau dik?? Ker I olls br tubik gua??
Quote MayaDelaRosa 17-7-2021 07:31 PM
Hana ni byk brlakon drama ..tp aura dia xde..kesian...lawa....
Quote prizadane 17-7-2021 07:40 PM
Dia pandai berlakon.. lawa. Takde make up sangat pun kalau berlakon. Iols pun baru tahu nama dia Hana
Quote Fly_over 17-7-2021 07:41 PM
helok sheols dari daiyan
Quote jajamis 17-7-2021 08:04 PM
Lawa dia tapi syg tak popular..harap lepas drama dgn capik bole meletop
Quote sukacactus 17-7-2021 08:37 PM
Pada aku dia comel
Pernah la sekali tgk dia berlakon citer yg ada intan ladyana dgn beto
Ok la jg actingnya
Quote umbut 17-7-2021 11:12 PM
Dia ni cantikkk.. Tapi mcm x popular.. Kesiann
Quote samsurfer 18-7-2021 07:35 AM
Shantekk dan mhantopp
Quote kaedahnya 18-7-2021 08:49 AM
dia banyak berlakon jugak tapi drama voicenote je yang ada dalam ingatan dengan iklan eno ke gavison tah. tapi bila baca bapak dia jurulatih bola tu terbayang dia ni macam robin scherbatski hahaha.
Quote TomyamPuteh 18-7-2021 09:06 AM
Berlakon iklan pun laku je dia ni.
Quote naina 18-7-2021 09:45 AM
Banyak kali la aku nampak dia berlakon. Dari dulu lagi. Tapi aku tetap tak kenal nama dia sapa. Cume dia ni cute dan comeyy. Kulit lawanya..mulus je .tapi takda aura nak terkenal plak ya..kesiann. takpelah dik..
Quote citrusnobilis 18-7-2021 09:50 AM
Igt dia berlakon cite dgn Kaza & Catriona Ross tu yg org gaji tu.Menjadi gak dia berlakon komedi.
Quote Lydiawie 18-7-2021 01:12 PM
Dia ni pandai berlakon tapi aura xde..umur pun da 30an.susah nak popular
Quote kipas.berhabuk 18-7-2021 01:22 PM
Dia ni pun tinggi lampai macam Mimi Lana tu kan. Penah nampak sheols kat tv. Sweet aje

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 07:08 PM GMT+8 , Processed in 0.057781 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top