CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nabil Dah Janji Bonus, Pelakon Dan Kru ‘Mat Bond Malaya’ Bakal Dapat Habuan

17-7-2021 12:58 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4631| Komen: 13

Description: Menyedari pekerja industri seni terus terbeban dengan masalah kewangan, pelawak Nabil Ahmad tampil menjanjikan imbuhan atau bonus kepada barisan pelakon dan kru yang terlibat dalam filem Mat Bond Mala ...
Menyedari pekerja industri seni terus terbeban dengan masalah kewangan, pelawak Nabil Ahmad tampil menjanjikan imbuhan atau bonus kepada barisan pelakon dan kru yang terlibat dalam filem Mat Bond Malaya arahan pertamanya.


Menurut Nabil, 38, dia akan mengotakan janji berkenaan jika filem yang menampilkan penyanyi Naqiu dan Elizabeth Tan sebagai teraju utama itu berjaya mengutip jumlah kutipan pecah panggung di saluran Astro First.


Foto: IG

"Saya pernah janji kepada mereka jika filem ini cecah kutipan pecah panggung RM20 juta di pawagam, saya akan bayar lagi jumlah yang pernah dibayar sebelum ini. Maknanya mereka akan dibayar dua kali.

"Namun impian tu tak boleh dilaksanakan. Tapi Saya dah bincang juga dengan rakan kongsi, kalau filem ni berjaya hit RM10 juta di Astro First... kita akan bagi juga," katanya kepada mStar.


Dia berkata demikian pada sidang media filem Mat Bond Malaya yang diadakan secara maya pada Jumaat.



Ujar Nabil lagi, sebagai salah seorang penggiat seni dia faham tentang kepayahan yang dilalui pekerja industri kreatif.

"Tambahan pula dalam keadaan sekarang ni kru belakang tabir kehilangan punca pendapatan.

"Jadi masa ni la kita cuba nak bantu balik mereka yang terkesan," katanya.


Bercerita mengenai Mat Bond Malaya yang bakal menemui penonton mulai 20 Julai ini, Nabil berkata dia meletakkan harapan yang tinggi terhadap filem pertama arahannya itu.

"Memang sangat-sangat merisaukan, kita bukan sahaja meletakkan usaha tapi kita letak duit. Memang bimbang kalau tak dapat kumpul semula.

"Saya sendiri keluar duit simpanan untuk cerita ni, saya punya expectaion memang tinggi.




"Kalau dapat balik modal tu, saya nak guna untuk projek seterusnya sebab saya ada lagi dua atau tiga skrip," katanya.

Selain Naqiu dan Elizabeth Tan, Mat Bond Malaya turut dibarisi pelakon Riezman Khuzaimi dan ramai lagi. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote doubleharmonic 17-7-2021 01:26 PM
best ke pilem heshe? pilem hantus yang ada abam pejal husin tu pon hauk jah?
Quote ezacbee 17-7-2021 01:36 PM
Hero.. alahai...
Quote fezy 17-7-2021 01:44 PM
doubleharmonic replied at 17-7-2021 01:26 PM
best ke pilem heshe? pilem hantus yang ada abam pejal husin tu pon hauk jah?

aku suka citer hantu tu.
ada lah kawan aku kata ketawa dekah2. aku xlah sampai tahap tu. tapi ok lah masih suka.
Quote asfaz 17-7-2021 02:37 PM
Edited by asfaz at 17-7-2021 02:38 PM
ezacbee replied at 17-7-2021 01:36 PM
Hero.. alahai...


cerita komedi mcm ni what do you expect hero hensem mcm brad pitt ka .
.
Nak create elemen kelakar tu hero mst la muka selenga.
Quote nakkomenjugak 17-7-2021 02:42 PM
cerita gini ada audience nya so good luck
Quote I.K.A888990 17-7-2021 06:24 PM
harap ok la nabil filem ni
bagus jaga kebajikan pelakon
Quote anony-mous 17-7-2021 07:03 PM
Ok kot lain dari yg lain. I kalau pengarah / penerbit baru teringin jugak nk support . Tgk 1-2 dlu baru boleh komen.
Quote cmf_ctrl 18-7-2021 08:03 AM
goodluck nabil..dah hijrah pun tak ada nak buruk2 kan orang yg masih belum hijrah..satu contoh yg baik
Quote Paiya 18-7-2021 10:52 PM
all the best nabil

kalau aku ada astro pasti aku tengok MatBond Malaya dia tu
Quote boojaat 18-7-2021 11:39 PM
Cita ni ok lagi kot dr cita wawa aeril tu. At leasf nabil x jd hero .. hahahahahh
Quote izztmhmd 19-7-2021 12:15 AM
Dh tgk tayangan perdana tadi. Mungkin sbb expectation tak tinggi sgt. So tgk tayangan perdana 10 minit pon ada gelak sikit tu kira not bad la. Gud luck nabil.
Quote ezacbee 10-8-2021 04:35 PM
Aiseh xbest cite ni.
Cam kelam kabut.
Quote bananacheese 11-8-2021 05:41 PM
citer ni bnyak sgt lopong dia bila dia nk shift dari satu scene ke scene lain. x smooth mcm hasil kerja mamat khalid. gitewwww. so bg aku sayang la sbb pelakon2 dlm cameo dlm citer pon nama2 besar

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 10:24 AM GMT+8 , Processed in 0.152073 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top