CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Ustaz Ebit Liew Terpaksa Melutut, Cium Kaki Menteri Di Gaza," - Caprice

17-7-2021 02:02 PM| Diterbitkan: kp5x| Dilihat: 35866| Komen: 163|Original author: Oleh: kp5x

Description: "Budak miskin yang sama, terima mainan yang sama tetapi diminta bergaya untuk kamera dua kali. Orang Gaza soal kenapa nampak macam sesi foto""Isu orang berkopiah masuk Gaza bukan tuju kepada sat ...
"Budak miskin yang sama, terima mainan yang sama tetapi diminta bergaya untuk kamera dua kali. Orang Gaza soal kenapa nampak macam sesi foto"

"Isu orang berkopiah masuk Gaza bukan tuju kepada satu orang sahaja. Tapi sudah lama orang Gaza marah bila ramai orang yang nampak alim saje menggunakan gambar2 Gaza untuk bukak tabung"


Itu antara hantaran-hantaran yang dimuat naik penyanyi dan usahawan Caprice di laman instagramnya yang dikatakan ditujukan kepada ustaz kesayangan ramai, Ustaz Ebit Liew.

Memetik kosmo, Caprice mendakwa dia telah disekat oleh di laman instagram milik Ebit Liew selepas menghantar mesej peribadi panjang lebar bertanyakan isu tersebut.

Foto : Kosmo

Caprice juga turut memuatnaik tangkap layar mesej Whatsappnya bersama Menteri Luar Negeri, Dato Seri Hishammuddin Tun Hussein yang bertanyakan kenapa dia tidak dapat masuk ke Gaza seperti Ustaz Ebit Liew dan berkata dia mahu membersihkan nama Malaysia setelah kekecohan yang dibuat oleh Ustaz Ebit Liew. Walaupun sudah dijelaskan bahawa Ustaz Ebit dibenarkan masuk ke Gaza setelah mendapat jaminan keselamatan daripada pihak berkuasa Mesir, Caprice kelihatan seperti tidak berpuas hati dan bertanya samada Dato' Seri Hishamuddin tahu ataupun tidak apa yang terjadi kepada Ustaz Ebit Liew ketika di Gaza. 

"Saya tahu, tetapi saya tidak tahu samada awak tahu atau tidak...dia berdepan masalah ketika di Gaza. Dan tidak dibenarkan keluar. Dia sendiri memberitahu saya yang dia terpaksa melutut dan mencium kaki Menteri Luar. Selepas Gaza kecoh dengan apa yang dia buat dan isu gambar budak-budak miskin etc" kata Caprice kepada Hishammuddin.
Foto : mStar
Untuk tidak mengeruhkan keadaan Caprice berkata dia terpaksa meminta artis-artis Gaza untuk memadamkan dahulu gambar-gambar kontroversi Ustaz Ebit Liew tersebut sebelum dia merayu Menteri Malaysia memberi peluang kepadanya untuk membersihkan nama Malaysia.

Jika dibaca mesej peribadi yang dihantar oleh Caprice kepada Ustaz Ebit Liew, kelihatannya seperti 'Influencer-influencer' di Gaza terasa apabila Ustaz Ebit hanya meng'highlightkan' gambar kanak-kanak miskin Gaza dan Caprice memberitahu Ustaz Ebit Liew, disebabkan oleh itulah dia mesti masuk ke Gaza dan menunjukkan mereka berdua betul-betul bersama dengan rakyat Palestin.

Kecoh jadinya bila 'influencer' seperti Caprice dibenarkan membuat misi ke Palestin, bertemu pula 'influencer-influencer', artis-artis di sana sehingga nama menteri luar di sana pun dipetik. Bagaimana 'influencer' Gaza boleh memviralkan Ustaz Ebit Liew dan 'sumbangan mainannya', mungkin Caprice boleh bekerjasama dengan 'influencer-influencer' Gaza itu untuk kembali membersihkan nama Malaysia, namanya dan juga Ustaz Ebit Liew tanpa perlu masuk ke Gaza. 

Foto : Kosmo
Foto : Buzzkini
Tidak berpuas hati bagaimana pun, bukan semua perkara yang apabila melibatkan hubungan dua hala antara Malaysia dan negara-negara luar perlu dihebohkan. Datuk Seri Panglima Azeez Rahim dengan misi kemanusiaan yang sama juga hanya lepas setakat Jordan sahaja tetapi tiada pula seolah-olah menyalahkan mana-mana pihak. Ustaz Ebit Liew mungkin mendapat layanan khas kerana membawakan misi kemanusiaan dengan kain rentang tertera nama Dato' Seri Hishammuddin dan DYMM TMJ. Caprice perlu belajar banyak lagi nampaknya sebelum memulakan kempen untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia suatu hari nanti dan melibatkan diri di dalam politik.

Ustaz Ebit Liew memulakan misi ke Gaza pada 26 Mei 2021 dan hanya berjaya memasuki Gaza selepas kira-kira sebulan dan kembali ke Malaysia pada awal Julai lepas manakala Caprice bertolak ke Palestin pada 24 Jun 2021 dan sehingga kini belum berjaya memasuki Gaza.


Foto : mStar

 





1

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 17-7-2021 02:18 PM
Banyaknya benang pasai nih..
Quote harkktuih 17-7-2021 02:36 PM
Bosan giler semua dok hapdet pasal ni.. Who cares pun..
Quote nakkomenjugak 17-7-2021 02:43 PM
ye ye kami tau
Quote MisXoXo 17-7-2021 02:59 PM
Skrg xpaham...apa yg telah ebit lew busukkan nama msia smpai caprice kena bersihkan nama ni  aku sbnrnya takkk pahammmmmmm
Quote Moyangkucing 17-7-2021 03:02 PM
Maaflah tanya, sebab saya at lost, mungkin banyak yang miss pasal caprice ni. Sebenarnya caprice nak membersihkan nama malaysia atas issue apa ya? Apa yang ebit liew buat hingga nama malaysia ini tercemar di Gaza? Maaf ya, saya memang tak tahu. mohon pencerahan .
Quote 7doors 17-7-2021 03:03 PM
Menyusah kan Negara jah so called malaikat tanpa sayap ni...ntah apa yg nk ditunjuk pijak kaki ke tanah Gaza tu..sedang negara2 jiran dia pun susah nak masuk..inikan pulak kau...x fikir menyusah kan ka? Banyak benda nak kena urus tau bukan sekadar cop passport then lepas..semua pasal nak clout kan??.
Quote otai_g 17-7-2021 03:22 PM
MisXoXo replied at 17-7-2021 02:59 PM
Skrg xpaham...apa yg telah ebit lew busukkan nama msia smpai caprice kena bersihkan nama ni  aku sbn ...

Ceh bnd straight forward kot. Kalo phase 1 pun ko da x phm mcm mn nak pg ke next phase pendedahan yg lg complicated?

Nasihat aku ada baiknya ko abaikan thread ni sbb thread ni utk org yg tajam pemikiran dan faham isu2 antarabangsa.
Quote Duriand24 17-7-2021 03:41 PM
Walopon aku tak suka topinasik poyo ni tp aku percaya si dewabit ni mampu cium tapakt kasut org haha wuihhh xkan xnampak bagaimana berbakatnye heols berlakon menangis2 sebelum ni. Menangis pun ada camera standby, mampuuuiu???
Quote Trumpettt 17-7-2021 04:06 PM
Hhmm...ingat senang ke nak masuk gaza lepas perang besar just takat modal air liur je dan contact semata, money talks kdg2 kiri kanan depan blkg org nak kena bayar tak kira la geng ke tak geng...duit mesti mau ada. Semua org nk duit..org yg desperate nk pergi time krisis duit kena berguni.
Quote CiliPadiSedap 17-7-2021 04:08 PM
Akak xpercaya penunggang agama..Sebab sana majoriti hafaz alquran bukan nya kaki jual air liur raih simpati orang ramai. Takkan dia org nak tahan seseorang tanpa sebab

Quote CiliPadiSedap 17-7-2021 04:09 PM
7doors replied at 17-7-2021 03:03 PM
Menyusah kan Negara jah so called malaikat tanpa sayap ni...ntah apa yg nk ditunjuk pijak kaki ke ta ...

Malaysia tgh di landa darurat boleh pula pg sana. Siap kena tahan menurut caprice. Pelik mesti ada benda dh berlaku
Quote Cassieopeia 17-7-2021 04:16 PM
Caprise ni tak masukpun gaza. Mane dia tau pasal semua tu? Org gazapun xkenal dia.. guna teropong?
Quote RyanaMohainiza 17-7-2021 04:17 PM
Moyangkucing replied at 17-7-2021 03:02 PM
Maaflah tanya, sebab saya at lost, mungkin banyak yang miss pasal caprice ni. Sebenarnya caprice nak ...

Wait 21st july, caprice kata nak buat kuve masa tu dan invite beberapa org.. Tapi xtau dia nak invite siapa
Quote RyanaMohainiza 17-7-2021 04:19 PM
Btw topic ni dah ada dlm thread kenapa tak mergekan aje.. Sambung kat situ je
Quote Zeatyisaac 17-7-2021 05:14 PM
I tak faham. Influencer apa? As far as I'm concerned, Gaza and Palestine is two different entity. You boleh masuk Palestine because some parts of Palestine takde serangan dari Israel pun. Tapi Gaza lain, selalu diserang dan dijadikan target. Apakah influencer itu mewakili Palestine?

Tak faham. Okaylah, nak keluar pi kebun sat.
Quote 3480 17-7-2021 05:26 PM
Mai tolong rakyat Malaysia ja la kepris oiii.. sini pon tgh darurat
Quote airmineral 17-7-2021 05:45 PM
semak btol la
lenkali kalau nk ckp xoyh bagi hint2
pundek publisiti btol
Quote Ai_007 17-7-2021 05:47 PM
Tp mmg ebit lew msuk Gaza pakai duit kan.Kalu tak salah de bca msuk Gaza guna agency.Smua yg msuk guna agency
Quote sleepandream 17-7-2021 06:46 PM
so caprice ni meroyan sbb tak bagi masuk gaza ke?
kecoh aaaa

Lihat semua komen(163)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 09:32 AM GMT+8 , Processed in 0.059501 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top