CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mahkamah EU Benar Majikan Pecat Pekerja Berhijab

16-7-2021 04:25 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4030| Komen: 31

Description: Mahkamah Tinggi Kesatuan Eropah (EU) memutuskan majikan dalam blok tersebut boleh memecat mana-mana pekerja wanita yang berhijab ketika bertugas.
Mahkamah Tinggi Kesatuan Eropah (EU) memutuskan majikan dalam blok tersebut boleh memecat mana-mana pekerja wanita yang berhijab ketika bertugas.

Portal Independent melaporkan, dalam penghakiman itu, mahkamah berpendapat ia selari dengan peraturan umum syarikat yang melarang penggunaan simbol agama secara jelas di tempat kerja.



Gambar hiasan

"Larangan berhijab mungkin wajar untuk dikuatkuasakan berdasarkan dasar agama dan ideologi yang dibuat majikan mengikut keperluan.

"Ia bagi menunjukkan imej neutral atau mengelakkan perselisihan sosial dengan pelanggan.

"Namun, justifikasi itu harus sesuai dengan keperluan sebenar daripada pihak majikan serta mendamaikan hak dan kepentingan terhadap isu," katanya.

Mahkamah mengeluarkan pandangan itu selepas dua wanita Jerman digantung kerja setelah mereka mula memakai hijab.

Dalam kes itu, Samira Achbitam dipecat daripada daripada jawatannya sebagai penyambut tetamu oleh syarikat keselamatan selepas bertegas untuk bertudung.


Achbita kalah dalam samannya di dua mahkamah di Belgium dan kini dibicarakan di Mahkamah Tinggi, yang meminta pandangan mahkamah EU.

Sulaiman Wilms yang bertugas dengan Jaringan Muslim EU memberitahu, keputusan itu bukan sahaja tamparan kepada wanita Islam dinamik yang bekerja, sebaliknya menunjukkan trend Eropah dalam mengekang ekspresi kepercayaan keagamaan dan rohani mereka.

Sementara itu seorang peguam kanan Rangkaian Anti-Rasisme Eropah, Julie Pascoet berkata, keputusan Mahkamah EU dilihat terus gagal melindungi wanita Islam daripada diskriminasi.


Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote anony-mous 16-7-2021 04:35 PM
Lgbt boleh, berhijab xboleh. Dari antivaks buat gerakan antivaks, baik la korang jd lawyer atau buat gerakan anti benda2 mcm ni
Quote white_musk 16-7-2021 04:37 PM
Provaks sama saja dgn eu ini. Sama sama mengamalkan diskriminasi...
Quote manzilla 16-7-2021 04:40 PM
white_musk replied at 16-7-2021 04:37 PM
Provaks sama saja dgn eu ini. Sama sama mengamalkan diskriminasi...

Cucuk atau berdepan tindakan tatatertib.
Quote nakkomenjugak 16-7-2021 04:41 PM
tak terkejut laa kalau datang dari EU.
Quote mbhcsf 16-7-2021 04:44 PM
go to  the UK lah sebab UK bukan part of  EU dah. Brexit.
Quote matbad 16-7-2021 04:48 PM
kat malaysia boleh ja nak pakai. tp xpakai haha. strugglenya islam kat sana nak pertahan hak tutup aurat. kat sini simply2 jahhhh
Quote ellejo 16-7-2021 05:20 PM
mbhcsf replied at 16-7-2021 08:44 AM
go to  the UK lah sebab UK bukan part of  EU dah. Brexit.

few month ago i ada baca news daily mail minority mula amalkan racism pada kulit putih. mamat omputeh tu menang court cases against employer dia (indian ke org islam tak psti).  

tapi sama je diskriminasi.





Quote white_musk 16-7-2021 05:33 PM
manzilla replied at 16-7-2021 04:40 PM
Cucuk atau berdepan tindakan tatatertib.

"Cucuk atau perjalanan disekat dan tidak boleh membeli barangan buatan malaysia dan memasuki mall" -  antuvaks

Quote djzara81 16-7-2021 05:35 PM
Dalam usaha kapiaq nak menekan hak kebebasan org Muslim Eropah, agama Islam tetap world’s fastest growing religion. Pikir2 kanlah…
Quote ~boolean 16-7-2021 05:42 PM
"penggunaan simbol agama" tu termasuk sekali rantai/tanda salib yang orang selalu pakai tu ke? Soalan serius.

Anyway, benda jadi di negara barat aku tak terkejut sangat..

Tapi kalau jadi kat negara kita yang majoriti melayu islam tu lagi hanat...dan memang banyak kali dah pun terjadi..takut sangat dengan tudung..
Quote white_musk 16-7-2021 05:48 PM
~boolean replied at 16-7-2021 05:42 PM
"penggunaan simbol agama" tu termasuk sekali rantai/tanda salib yang orang selalu pakai tu ke? Soala ...

Di malaysia sudah lain...
Orang yang tidak vaksin akan didiskriminasi oleh provaks melalui pelbagai sekatan


Quote missus_meow 16-7-2021 05:54 PM
~boolean replied at 16-7-2021 05:42 PM
"penggunaan simbol agama" tu termasuk sekali rantai/tanda salib yang orang selalu pakai tu ke? Soala ...

i ask myself the same question - why are they so against the tudung ...
Quote dani-rox 16-7-2021 05:55 PM
'Merry Christmas' pun dia org tak boleh pakai, kena ucap 'Happy Holidays' jah utk jaga hati semua org.
Separation of church/religion and state konsepnya.
Quote hanakikan 16-7-2021 05:58 PM
macam pelik je judgement, sebab dulu pun ada kes FA British Airways kena pecat sebab pakai rantai salib masa bertugas. memang salib tu tak disorokkan dalam baju. so, lepas bawa kes sampai mahkamah paling atas pun perempuan ni kalah. lepas tu bawa kes ke EU human right court, terus menang perempuan ni, guna alasan freedom of religion. so, kalau judges buat keputusan untuk kes berhijab ni, kiranya keputusan FA BA ni kira dah tak boleh pakai lagi lah. dua2 kes serupa, atas alasan freedom of religion.

untuk kes ni bukan terpakai untuk yg pakai hijab je, yang pakai salib untuk kristian, sikh pakai turban, kippah untuk jews pun terkesan jugak.

so, aku baca komen bukan muslim je yang marah, orang yang beragama selain islam pun marah.
Quote mbhcsf 16-7-2021 06:46 PM
ellejo replied at 16-7-2021 05:20 PM
few month ago i ada baca news daily mail minority mula amalkan racism pada kulit putih. mamat ompu ...

????? hmm? tak faham okay kes ape ni ? hehehe

okay sebab dia saman boss dia ka?


Quote Adrif 16-7-2021 07:43 PM
omputeh : "OMG you're being oppressed sistur! Women in Islam is being oppressed to cover yourself!"

sistur : "LOL, mana ader deknon. I pilih untuk berhijab, sebab I orang Islam ye. Lelaki perempuan ada aurat dan urat yang perlu ditutup." *flip tudung*

omputeh : "They made you saying these lies. Brainwashing! Sistur wake up! Sistur wake up! WAKE UP AAAAA!

sistur : "Hish Karen sekoq ni.. aku tampaq jugak satgi. Listen dek. Aurat kami orang wanita nii, hanya untuk suami yang sah, serta keluarga terdekat sahaja ya. Bukannya semua orang boleh view kecantikan kami nii. Heyy no no no no. I'm not that cheap yeh."

omputeh : "You won't take off that hijab? Fine. I'll take your freedom from you instead!"

sistur : "Help! Karen oppressed me pulok! Aaa jadah nate beruk."

tiber
Quote angelofish 16-7-2021 07:50 PM
sebab kebanyakan mereka percaya.dia orang wujud dari kuturunan monyet bodoh lagi hina.merangkak dan berbogel .bagi dia orang mana ada monyet perlukan agama...mana ada monyet pakai salib ,tudung,
Quote kakigojes 16-7-2021 08:04 PM
~boolean replied at 16-7-2021 05:42 PM
"penggunaan simbol agama" tu termasuk sekali rantai/tanda salib yang orang selalu pakai tu ke? Soala ...

Sama fikiran dgn I. Don’t tell me semua org kat EU tu, yang kristian tak pakai rantai salib yang kecik tu kan…

To me, berhijab tu should be ok. Burqa tu I boleh setuju la…
Quote brownstone 16-7-2021 08:08 PM
Orang EU ni bodoh tak tahu ke tudung tu tak mewakili Islam???

Kat Malaysia, siap ada retis lancarkan produk tudung kat kelab malam. It is a fesyen je kot???

Bohsia rambut karat kelantan gaduh dgn org tepi jalan pun pakai tudung...

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:00 AM GMT+8 , Processed in 0.326735 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top