CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Teguran Bawa Bala- Suami Tampar, Hentak Muka Isteri Ke Lantai

17-7-2021 01:33 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3193| Komen: 14

Description: PADANG BESAR – Hanya kerana menegur suami yang bercakap sendirian dalam keadaan marah, seorang isteri dibelasah teruk oleh lelaki itu yang bagaikan dirasuk dalam kejadian berdarah di sebuah rumah di ...
PADANG BESAR – Hanya kerana menegur suami yang bercakap sendirian dalam keadaan marah, seorang isteri dibelasah teruk oleh lelaki itu yang bagaikan dirasuk dalam kejadian berdarah di sebuah rumah di Jalan Kaki Bukit di sini kelmarin.


Dalam kejadian pukul 6.50 petang itu, suspek yang mengamuk turut bertindak agresif dengan menyerang pasukan polis yang cuba menahannya sehingga tiga anggota mengalami kecederaan akibat terkena libasan pedang lelaki terbabit.

Akibatnya, suspek berusia 55 tahun itu mati ditembak selepas tembakan amaran yang dilepaskan polis tidak dipedulikannya, malah lelaki itu terus menyerang pihak berkuasa.


Foto: Kosmo

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Saifudin Aslin Abbas berkata, sebelum kejadian, pihaknya menerima laporan daripada seorang suri rumah pukul 2.48 petang kelmarin yang mengadu telah dipukul suaminya di sebuah rumah di Jalan Kaki Bukit.


“Wanita itu mengadu dia ditampar, ditarik rambut dan dihentak muka ke lantai serta dipijak selain suspek meletakkan sebilah kapak pada leher pengadu. Suspek turut menarik rambut serta mengheretnya ke dalam bilik.

“Kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu berlaku apabila pengadu menegur suaminya kerana bercakap sendirian dalam keadaan marah-marah,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Menurutnya, sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Padang Besar kemudian bergegas ke rumah berkenaan kira-kira pukul 5.30 petang untuk membuat tangkapan ke atas suspek di bawah Seksyen 506/ 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 2012.

Bagaimanapun, katanya, suspek enggan keluar menyebabkan polis terpaksa masuk melalui tingkap rumah tersebut.

Foto: Kosmo

“Suspek didapati sedang memegang sebilah pedang dan bertindak agresif termasuk cuba membakar rumah dan rambutnya, tetapi (dia kemudian) memadamkan api itu sendiri.

“Usaha memujuk oleh pihak polis dan anak lelaki (suspek) selama lebih sejam tidak berjaya. Suspek bertindak lebih agresif dengan melibas pedang sehingga terkena tangan kanan seorang anggota polis menyebabkan kecederaan yang serius.

“Suspek terus menyerang tanpa henti dengan melibas pedang ke atas dan ke bawah menyebabkan seorang lagi anggota polis mendapat kecederaan pada kaki dan pegawai serbuan turut mendapat kecederaan pada kepala,” ujarnya.

Saifudin berkata, polis terpaksa melepaskan satu das tembakan amaran, tetapi suspek terus menyerang sehingga pasukannya melepaskan tembakan ke arah lelaki itu untuk melindungi keselamatan semua anggota dan anak suspek yang berada di situ.

Ujarnya, suspek kemudian rebah selepas tembakan kedua dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayat suspek telah dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat.

“Tiga anggota polis yang ce-dera juga telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut,” ujar-nya.


Foto: Kosmo

Saifudin memberitahu, semakan mendapati, lelaki terbabit mempunyai enam rekod jenayah melibatkan kes penyalahgunaan dadah, ugutan jenayah, khianat dan kesalahan di bawah Akta Racun.

Setakat ini, polis juga masih menyiasat sama ada lelaki terbabit yang bekerja sendiri berada di bawah pengaruh dadah atau mengalami kemurungan dan tekanan emosi ketika kejadian berlaku.

Dalam kejadian ini, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 17-7-2021 01:36 PM
INI DAH KALI KETIGA AKAK BACA BERITA SAMA, DI THREAD BERLAINAN, YG DIPOST OLEH PORUMER BERLAINAN!
Quote blekkep 17-7-2021 01:37 PM
dua_chzy replied at 17-7-2021 01:36 PM
INI DAH KALI KETIGA AKAK BACA BERITA SAMA, DI THREAD BERLAINAN, YG DIPOST OLEH PORUMER BERLAINAN!

dah la berita yg dh basi!
Quote dua_chzy 17-7-2021 01:40 PM
blekkep replied at 17-7-2021 01:37 PM
dah la berita yg dh basi!

DI MINGGU YANG SAMA PULAK ITU KES SAMA DICOPY PASTE BERULANGKALI, AIYOOO!!!
Quote shy79 17-7-2021 01:49 PM
ya patut kaka rasa mcm dejavu bila baca ni..
apoo la reporter cari ni, memalukan la
asyik ketinggalan mrt je
Quote sukacactus 17-7-2021 02:14 PM
Astro di cari forum
Basi dah wei
Montah dah!
Quote Belibis 17-7-2021 02:35 PM
dua_chzy: INI DAH KALI KETIGA AKAK BACA BERITA SAMA, DI THREAD BERLAINAN, YG DIPOST OLEH PORUMER BERLAINAN!

Berita stesen free..layankan ajer lahhh..ha ha
Quote noor2 17-7-2021 04:26 PM
dua_chzy replied at 17-7-2021 01:40 PM
DI MINGGU YANG SAMA PULAK ITU KES SAMA DICOPY PASTE BERULANGKALI, AIYOOO!!!

Wartawan cari peduli apa...bila dia post dia dapat gaji. .tu yg dia post berulang2 walaupun forumer lain dah buka thread. ..lagi pun semua supermod tiada kuasa tutup thread yg dibuka oleh wartawan cari kecuali admin rasanya
Quote any42 17-7-2021 05:43 PM
ler patut la mcm dah pernah baca
Quote Carcosa 17-7-2021 10:20 PM
Aku mcm ala2 DejaVu Deja Moss semua.
Bkn malam tadi aku dah baca ke cerita ni?? Siap comment lagi.
Knp ada lagi thread baru?
Quote VirginLady 18-7-2021 12:17 AM
aku nak teka je..ummah mana ni nampak rumah x siap ala indon..ye ke
Quote matbad 18-7-2021 09:33 PM
VirginLady: aku nak teka je..ummah mana ni nampak rumah x siap ala indon..ye ke

tggu i citra nk sambung renovate tu
Quote Firenzza 18-7-2021 09:57 PM
noor2 replied at 17-7-2021 04:26 PM
Wartawan cari peduli apa...bila dia post dia dapat gaji. .tu yg dia post berulang2 walaupun forume ...

Patutnya malu sket kt R2D2 hari2 feed updated news x dpt gaji
Quote Xim 19-7-2021 12:28 AM
dua_chzy replied at 17-7-2021 01:36 PM
INI DAH KALI KETIGA AKAK BACA BERITA SAMA, DI THREAD BERLAINAN, YG DIPOST OLEH PORUMER BERLAINAN!

Marah betul ya kaka...kehkeh....
Quote gideoncross 19-7-2021 02:45 PM
Chuol dh bca tpi iol blum, gila seram meremang naik blu roma bca news ni. Pdn muka c plaku dh mati mmpus kna tmbak, kurg sorg org jahat dlm dunia ni.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 02:57 AM GMT+8 , Processed in 0.043112 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top