CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nak Selamatkan Seorang Gadis, 30 Orang Penduduk Kampung Jatuh Perigi Dan 5 Mati

17-7-2021 01:19 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3454| Komen: 16

Description: NEW DELHI – Sekurang-kurangnya lima orang terkorban selepas sebilangan penduduk kampung jatuh ke dalam sebuah perigi ketika mereka cuba menyelamatkan seorang gadis yang terperangkap di dalamnya.
NEW DELHI – Sekurang-kurangnya lima orang terkorban selepas sebilangan penduduk kampung jatuh ke dalam sebuah perigi ketika mereka cuba menyelamatkan seorang gadis yang terperangkap di dalamnya.


Laman berita IndiaToday melaporkan bahawa kejadian berlaku di Ganj Basoda, daerah Vidisha dalam negeri Madhya Pradesh semalam.

Menurut penduduk tempatan, telaga tersebut mempunyai kedalaman lebih 15 meter (50 kaki)  dengan paras air sekitar 6 meter (20 kaki).

Berdasarkan maklumat terkini,  lima mayat telah dijumpai dan lebih 15 mangsa  berjaya diselamatkan. 


Foto: Agensi

“Seramai 13 orang masih hilang,”  kata polis sambil menambah, operasi menyelamat masih berjalan di Vidisha.


Mayat kelima berjaya ditemui setelah hampir 21 jam operasi menyelamat dilakukan. Beberapa mangsa lain dikhuatiri masih terperangkap di perigi tersebut.

Menteri tempatan, Vishwas Sarang yang bergegas ke tempat kejadian lewat semalam susulan  arahan Ketua Menteri,  Shivraj Singh Chouhan, memberitahu saluran berita ANI hari ini bahawa operasi menyelamat diteruskan di Ganjbasoda, Vidisha. 

Menurutnya, seramai 19 orang berjaya diselamatkan. Insiden berlaku selepas tanah di sekeliling perigi tersebut runtuh.

“Sukar untuk memberitahu angka korban sebenar sehingga operasi menyelamat berakhir,” katanya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MontanaHannah 17-7-2021 01:20 PM
gadis pembawa sial
Quote LadyCarefree 17-7-2021 01:24 PM
MontanaHannah: gadis pembawa sial


Allahuakbar. May the lord have mercy on you.
Quote printercomel 17-7-2021 01:36 PM
Siapa yang berjaya menyelamatkan saya akan diberikan peluang beromen, mungkin kata gadis tersebut.

Maka berbondong - bondonglah lelaki muda dan tua yang horny terjun ke dalam perigi tersebut dengan pantas.
Quote nakkomenjugak 17-7-2021 02:30 PM
mak aihhh.. da macam cite thriller seram suspen paranormal mistik bagai. nak selamatkan someone, ramai yang terjerumus maut sama.
Quote MFR_IN 17-7-2021 02:47 PM
Gadis tu selamat tak? Ke mati sekali. Iols baca sepintas lalu ja.
Quote Tinot7 17-7-2021 03:41 PM
Takziah kpd keluarga mereka.
Quote I.K.A888990 17-7-2021 06:32 PM
mcm mana sampai ramai.mcm tu sekali masuk sama
Quote umbut 17-7-2021 11:14 PM
Besar sgt ke perigi tu
Quote supernaturalee 18-7-2021 03:07 AM
5 mayat dijumpai
15 berjaya diselamatkan
13 masih hilang

Para bwh lg plk tulis 19 org berjaya diselamatkan

Tajuk tt ltk 30 org

Dh 3 pg ni
Pening nk pk
Quote jiwasemangat 18-7-2021 07:11 AM
Tak ada gambar yg lebih real kaa..?.. bideo mana? Bideo mana..? Gambar perigi kerr..
Quote ultra78 18-7-2021 07:28 AM
Reaksi yang dijangka (Kalau di nusantara)

1. Ahli politik - Datang ke kampung dan janji akan beri bantuan. Buat acara pecah tanah buat perigi baru. Sampah ke sudah perigi tak muncul.

2. Agamawan - Ini semua bala dari tuhan akibat penduduk kampung hidup dalam maksiat.

3. Instafamous - Datang hulur air mineral dan bergambar posing cantik,gambar siap dengan bokeh semua.Mcm gambar album kahwin tepi sawah padi.

4. Menteri KDN - Pasang kawat duri dan laksanakan PKPD kerana gejala terjun perigi ni boleh merebak.
Quote axl_bach 18-7-2021 07:33 AM
I.K.A888990 replied at 17-7-2021 06:32 PM
mcm mana sampai ramai.mcm tu sekali masuk sama

. Insiden berlaku selepas tanah di sekeliling perigi tersebut runtuh.
Quote namichan 18-7-2021 01:00 PM
Eh kesiannya
Quote Artemesiaa 18-7-2021 01:11 PM
Tanah perai macam tu memang membahayakan nak pulak dah ramai2 macam tu mana tak mudah runtuh
Quote sekngucing 18-7-2021 01:15 PM
perigi.di.india ni besar besar kan...siap ads tsngga nak.turunnke bawah
Quote merrissa 19-7-2021 09:50 AM
Artemesiaa replied at 18-7-2021 01:11 PM
Tanah perai macam tu memang membahayakan nak pulak dah ramai2 macam tu mana tak mudah runtuh

Agaknya nak menolong tu satu dua orang je, yang lain duk nak nengok je…

Apa2 pun kesian pula gadis tu digelar pembawa malang pula. Dah ajal penduduk kampung nak buat macam mana.

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 11:02 AM GMT+8 , Processed in 0.056771 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top