CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2416|Reply: 16

Nak Selamatkan Seorang Gadis, 30 Orang Penduduk Kampung Jatuh Perigi Dan 5 Mati

  [Copy link]
Post time 17-7-2021 01:19 PM | Show all posts |Read mode
NEW DELHI – Sekurang-kurangnya lima orang terkorban selepas sebilangan penduduk kampung jatuh ke dalam sebuah perigi ketika mereka cuba menyelamatkan seorang gadis yang terperangkap di dalamnya.


Laman berita IndiaToday melaporkan bahawa kejadian berlaku di Ganj Basoda, daerah Vidisha dalam negeri Madhya Pradesh semalam.


Menurut penduduk tempatan, telaga tersebut mempunyai kedalaman lebih 15 meter (50 kaki)  dengan paras air sekitar 6 meter (20 kaki).


Berdasarkan maklumat terkini,  lima mayat telah dijumpai dan lebih 15 mangsa  berjaya diselamatkan.




Foto: Agensi




“Seramai 13 orang masih hilang,”  kata polis sambil menambah, operasi menyelamat masih berjalan di Vidisha.


Mayat kelima berjaya ditemui setelah hampir 21 jam operasi menyelamat dilakukan. Beberapa mangsa lain dikhuatiri masih terperangkap di perigi tersebut.


Menteri tempatan, Vishwas Sarang yang bergegas ke tempat kejadian lewat semalam susulan  arahan Ketua Menteri,  Shivraj Singh Chouhan, memberitahu saluran berita ANI hari ini bahawa operasi menyelamat diteruskan di Ganjbasoda, Vidisha.


Menurutnya, seramai 19 orang berjaya diselamatkan. Insiden berlaku selepas tanah di sekeliling perigi tersebut runtuh.


“Sukar untuk memberitahu angka korban sebenar sehingga operasi menyelamat berakhir,” katanya. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2021 01:20 PM | Show all posts
gadis pembawa sial
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2021 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
MontanaHannah: gadis pembawa sial


Allahuakbar. May the lord have mercy on you.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2021 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Siapa yang berjaya menyelamatkan saya akan diberikan peluang beromen, mungkin kata gadis tersebut.

Maka berbondong - bondonglah lelaki muda dan tua yang horny terjun ke dalam perigi tersebut dengan pantas.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2021 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
mak aihhh.. da macam cite thriller seram suspen paranormal mistik bagai. nak selamatkan someone, ramai yang terjerumus maut sama.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2021 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Gadis tu selamat tak? Ke mati sekali. Iols baca sepintas lalu ja.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-7-2021 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah kpd keluarga mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2021 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
mcm mana sampai ramai.mcm tu sekali masuk sama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2021 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Besar sgt ke perigi tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2021 03:07 AM From the mobile phone | Show all posts
5 mayat dijumpai
15 berjaya diselamatkan
13 masih hilang

Para bwh lg plk tulis 19 org berjaya diselamatkan

Tajuk tt ltk 30 org

Dh 3 pg ni
Pening nk pk
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2021 07:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak ada gambar yg lebih real kaa..?.. bideo mana? Bideo mana..? Gambar perigi kerr..
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2021 07:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Reaksi yang dijangka (Kalau di nusantara)

1. Ahli politik - Datang ke kampung dan janji akan beri bantuan. Buat acara pecah tanah buat perigi baru. Sampah ke sudah perigi tak muncul.

2. Agamawan - Ini semua bala dari tuhan akibat penduduk kampung hidup dalam maksiat.

3. Instafamous - Datang hulur air mineral dan bergambar posing cantik,gambar siap dengan bokeh semua.Mcm gambar album kahwin tepi sawah padi.

4. Menteri KDN - Pasang kawat duri dan laksanakan PKPD kerana gejala terjun perigi ni boleh merebak.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2021 07:33 AM | Show all posts
I.K.A888990 replied at 17-7-2021 06:32 PM
mcm mana sampai ramai.mcm tu sekali masuk sama

. Insiden berlaku selepas tanah di sekeliling perigi tersebut runtuh.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2021 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh kesiannya
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2021 01:11 PM | Show all posts
Tanah perai macam tu memang membahayakan nak pulak dah ramai2 macam tu mana tak mudah runtuh
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2021 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
perigi.di.india ni besar besar kan...siap ads tsngga nak.turunnke bawah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2021 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Artemesiaa replied at 18-7-2021 01:11 PM
Tanah perai macam tu memang membahayakan nak pulak dah ramai2 macam tu mana tak mudah runtuh

Agaknya nak menolong tu satu dua orang je, yang lain duk nak nengok je…

Apa2 pun kesian pula gadis tu digelar pembawa malang pula. Dah ajal penduduk kampung nak buat macam mana.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 11:12 PM GMT+8 , Processed in 0.066277 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list