View: 3149|Reply: 21
|
Tipu Sakit Kanser- Dapat Percutian Mewah Dan Gaji Penuh Setiap Bulan
[Copy link]
|
|
London: Seorang wanita digelar penipu bersiri selepas memperdaya suami, rakan sekerja dan beberapa individu lain dengan mendakwa dia menghidap kanser paru-paru tahap akhir dan dijangka hidup 18 bulan sahaja.
Bagi meyakinkan mereka, Stephanie Hunter, 32, turut membotakkan kepalanya dan memakai selendang hingga rakan sekerjanya simpati dan mengumpul dana untuk menghadiahkan dia percutian terakhir ke Disneyland Paris bersama tiga anak berusia 13, sembilan dan lapan tahun.
Percutian VIP bernilai £7,000 (RM40,634.25) itu ditaja sepenuhnya dengan layanan mewah, sebelum penipuan Hunter akhir terbongkar apabila majikannya gagal mendapat pengesahan perubatan dan status terkini penyakitnya.
 Foto: Agensi
Dia akhirnya mengaku menipu ramai orang termasuk suami sendiri, Jamie Wilkinson apabila Perkhidmatan Sosial mula campur tangan berhubung urusan kebajikan anaknya selepas orang awam membuat aduan.
Kesnya dilapor kepada pihak berkuasa dan Hunter dari Freemantle Avenue, Hull dihadapkan ke Mahkamah Crown Hull, pada Khamis lalu dengan Hakim John Thackray menjatuhkan hukuman penjara 15 bulan terhadapnya.
Ketika prosiding itu, Pendakwa raya David Godfrey memaklumkan mahkamah bahawa Hunter bekerja sebagai jurujual ResQ di George Street pada 2016, namun dilapor sakit dan mengemukakan surat cuti sakit selama 21 hari kerana kanser paru-paru dan memerlukan pembedahan.
Dia kemudian mendakwa rawatannya tidak berjaya dan perlu menjalani kemoterapi selama tiga bulan dan turut memberikan tarikh prosedur itu akan dijalankan menyebabkannya tidak boleh bekerja, tetapi masih dibayar gaji.
Mahkamah dimaklumkan pada Januari 2017, Hunter membotakkan kepalanya dan memakai selendang serta mampu bekerja selama seminggu sehingga September 2017.
Rakan sekerja yang prihatin kemudiannya mengumpul dana untuk Hunter bercuti buat kali terakhir bersama keluarga dan halaman kumpul dana secara dalam talian, Just Giving diwujudkan dengan keseluruhan dana diperoleh termasuk sumbangan ahli perniagaan adalah £10,446 (RM60,637.90).
Hakim John Thackray dalam penghakimannya berkata kepada Hunter bahawa dia seorang 'pemangsa dan memanipulasi' emosi dan kebaikan orang yang tersentuh dengan penderitaan yang didakwa dialaminya.
" enipuan awak dan semua tindakan itu satu penghinaan. Kesalahan seperti ini akan menjejaskan keyakinan orang ramai dan menghalang mereka untuk menderma," katanya.
Hunter menangis sebaik dibawa keluar dari kandang tertuduh selepas hukuman dijatuhkan. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
menipu x menjadikan ko sesiapa pun melainkan ko jaid penipu sajalah! |
|
|
|
|
|
|
|
sama cam sohai la ni? katanya tempoh 2 tahun jah tapi sampai sekarang tak mampos pon lagi? beza nya sohai tu menipu tak dapat percutian mewah gaji bulan2 bagai. upah mengurut jah mampoo |
|
|
|
|
|
|
|
geram pulak tgk muka acah2 kesian dia ni  |
|
|
|
|
|
|
|
Huntonglah negara kokesen. Boleh ambik cuti sakit berbulan tapi gaji masih fully paid. |
|
|
|
|
|
|
|
cash. ke jeriji besi la ekau |
|
|
|
|
|
|
|
baru 32 thn kot
xpasal2 msk dlm
lbh baik kau kerja ada gak faedah nnt
|
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 17-7-2021 02:26 PM
Huntonglah negara kokesen. Boleh ambik cuti sakit berbulan tapi gaji masih fully paid.
Entah entah kat Malaysia pun ada... |
|
|
|
|
|
|
|
ada kes 2013- di Shah Alam- bakal somi kata dia kena operate lutut RM40K, so bakal isteri tolong bayarkan- hilang seminggu konon masuk ospital.
lepas kahwin baru tahu.. tapi apam dah lunyai
|
|
|
|
|
|
|
|
Teringat pulak pasal Balqis. Apa cerita dia lepas dapat derma ratus ribu? |
|
|
|
|
|
|
|
Memang susah nak brain tapi ingatlah manusia memang ada sisi hitam. Even kawan sebelah kita di office pun kita tak tau apa dia buat during his free time.
Kita membayangkan penipu ni mesti hitam dan busuk, think again.
|
|
|
|
|
|
|
|
Mana2 negara ada je jenis suka ambil kesempatan macam ni |
|
|
|
|
|
|
|
maksud ko , bakal isteri bayarkan 40 ribu utk operate bakal laki
lepas smeinggu baru tahu laki tu penipu??
tp poen dah lunyai kena toron dalam tempoh seminggu jaid bini ??
Begitu ke maksud ko?
|
|
|
|
|
|
|
|
Mcm sohai je...bape thn sekali renew tarikh nak mati |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy: Huntonglah negara kokesen. Boleh ambik cuti sakit berbulan tapi gaji masih fully paid.
Kt Mesia pn Prolonged illness mmg dbayar gaji penoh. Kaka chzy kn staff gomen {:smile Swasta tgk budi bicara company lar. Ade setahun,ade 6bulan & ade yg no go trus. |
|
|
|
|
|
|
|
LadyCarefree: Teringat pulak pasal Balqis. Apa cerita dia lepas dapat derma ratus ribu?
Lari masuk gua dlu la kaka. Diam2. Esk2 bgkit la semula dr kuburan{:sing |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau kat malaysia lg byk dapat
Kalau dah terbongkar mula lah.....
Jgn bukak aib dia
Xde sape paksa derma kira derma
Husnuzon la dia x kacau org pun
|
|
|
|
|
|
|
|
Macam mana la nak hadap orang lepas ni? Kalu single boleh lah berambus pindah.. la ni kesian dgn anak2 skali trpalit |
|
|
|
|
|
|
| |
|