CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Arab Saudi Tarik Balik 1.8 Juta Kereta Bahaya

12-7-2021 04:01 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1654| Komen: 4

Description: Terdapat kira-kira 1.8 juta kereta di atas jalan raya di Arab Saudi telah dipanggil balik kerana menimbulkan ancaman besar bagi pengguna jalan raya setiap hari.
Terdapat kira-kira 1.8 juta kereta di atas jalan raya di Arab Saudi telah dipanggil balik kerana menimbulkan ancaman besar bagi pengguna jalan raya setiap hari.

Kementerian Perdagangan mendesak pengguna untuk memberi maklum balas terhadap kempen tersebut bagi memastikan keselamatan dan melindungi hak mereka.



Panggilan semula kenderaan berisiko tidak mendapat maklum balas positif dalam kalangan pemilik kereta di Arab Saudi. foto Agensi

Kementerian tersebut mempunyai Pusat Panggilan Produk yang Cacat bertujuan menangani kenderaan dan produk yang rosak.

Kereta lama  mencetuskan pencemaran bahaya pada alam sekitar.

Kementerian itu memberitahu, ada banyak kenderaan dan produk yang harus ditarik balik tetapi pemiliknya tidak memberi respons terhadap kempen tersebut, yang sebenarnya menimbulkan bahaya bagi mereka dan keluarga.


Selain kereta, panggilan semula itu turut melibatkan lebih daripada 300,000 peralatan isi rumah dan lebih daripada 50,000 permainan kanak-kanak.

Panggilan semula adalah sistem global untuk barang dan produk yang setelah digunakan didapati cacat dan perlu ditarik balik.

Kementerian itu menegaskan potensi risiko ke atas kereta yang dipanggil balik adalah kemalangan lalu lintas, kebakaran, kerosakan.

Manakala bagi barangan permainan pula berisiko mencetuskan kes-kes tercekik oleh anak-anak.

Kementerian itu telah melancarkan 1,156 kempen panggilan semula kenderaan dan produk sejak melancarkan laman web Pusat Pengambilan Produk Rosak pada tahun 2018. 


Sumber: MalaysiaGazette

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Daftpunk_shine 12-7-2021 04:57 PM
Myvi , deadliest car
Quote nakkomenjugak 12-7-2021 05:15 PM
Ahhh sudahh
Quote igetso 12-7-2021 05:19 PM
Orang naik kereta dorang nak naik kereta.  Takmo naik unta lagi.  Sunnah nabi ditinggalkan..
Quote depresio 13-7-2021 07:43 AM
Malaysia telepon dah meletup2 pon xde hal.. senyap ja

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:01 AM GMT+8 , Processed in 0.178815 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top