CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kereta Tersangkut Dalam Lumpur, Ibu Dan Anak Sesat Dalam Ladang Sawit Ikut Waze

12-7-2021 04:05 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5629| Komen: 43

Description: Seorang wanita dan anak perempuannya berjaya diselamatkan selepas kenderaan yang mereka naiki tersangkut dalam lumpur gara-gara tersesat ketika mengikut aplikasi Waze di Jalan Kampung Gajah-Changkat L ...
Seorang wanita dan anak perempuannya berjaya diselamatkan selepas kenderaan yang mereka naiki tersangkut dalam lumpur gara-gara tersesat ketika mengikut aplikasi Waze di Jalan Kampung Gajah-Changkat Lada di sini tengah malam Ahad.


Wanita berusia 37 tahun dan anaknya 10 tahun itu dilaporkan menaiki kereta jenis Toyota Corona yang dipandu wanita berkenaan sehingga memasuki kawasan ladang sawit kira-kira tiga kilometer dari jalan utama sebelum terbabit dalam kejadian itu.



Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kampung Gajah, Nor Mazlan Mohd Salleh berkata, panggilan kecemasan itu diterima pada jam 12.20 malam selepas mangsa menghubungi sendiri talian 999.

Menurutnya, siasatan di lokasi kejadian mendapati sebuah kereta dalam keadaan tersangkut di dalam lumpur.

"Anggota kemudiannya menggunakan 'webbing' dan menarik keluar kereta mangsa dari kawasan lumpur itu.

"Kedua-dua mangsa bagaimanapun berada dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan," katanya ketika dihubungi di sini pada Isnin.

Beliau berkata, maklumat awal memaklumkan, dua beranak itu dalam perjalanan dari Chenderong Balai menuju ke arah Changkat Lada.

"Mangsa menggunakan aplikasi Waze untuk perjalanan itu dan sesat ke dalam ladang sawit menyebabkan kereta dinaiki tersangkut dalam lumpur," katanya.

Jelasnya, operasi berkenaan tamat sepenuhnya pada jam 1.30 pagi.


Sumber: Sinar Harian
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Firenzza 12-7-2021 04:44 PM
....Wanita berusia 37 tahun dan anaknya 10 tahun itu dilaporkan menaiki kereta jenis Toyota Corona yang dipandu wanita berkenaan sehingga memasuki kawasan ladang sawit kira-kira tiga kilometer dari jalan utama sebelum terbabit dalam kejadian itu.....


Reporter pun 1 hal, mentang2 la musim kobid, kereta pun dicoronakan juga. Tp macit ni set waze dia kpd 'off road' kot? Mungkin dia panik bila dh mula masuk jln sunyi sepi, biasanya klau teruskan blh jumpa penghujungnya
Quote krustykrab 12-7-2021 04:46 PM
Firenzza replied at 12-7-2021 04:44 PM
....Wanita berusia 37 tahun dan anaknya 10 tahun itu dilaporkan menaiki kereta jenis Toyota Corona  ...

Ada la toyota corona..kete zaman2 70 an 80 an
Quote nakkomenjugak 12-7-2021 04:46 PM
Waze ni kekadang buat aku pening. Aku nak ke point A, apa jalan nyaaaa dibagi nya
Quote Skuau 12-7-2021 04:55 PM
Firenzza replied at 12-7-2021 04:44 PM
....Wanita berusia 37 tahun dan anaknya 10 tahun itu dilaporkan menaiki kereta jenis Toyota Corona  ...


Adik(kalau akak..mesti pernah dgr)...Toyota Corona memang pernah 'WUJUD' la...di muka bumi yg fana ini....
Quote nazzse 12-7-2021 04:55 PM
Firenzza replied at 12-7-2021 08:44 AM
....Wanita berusia 37 tahun dan anaknya 10 tahun itu dilaporkan menaiki kereta jenis Toyota Corona  ...

Uols toyota corona, corolla semua pernah wujud ya...haha
Quote igetso 12-7-2021 04:58 PM
Waze tu tak salah.  Yang salah diri sendiri takmo pakai jalan besar.  Pakai Waze kat Afrika nanti boleh masuk sarang singa..  
Quote sarahmirza 12-7-2021 05:03 PM
Firenzza replied at 12-7-2021 04:44 PM
....Wanita berusia 37 tahun dan anaknya 10 tahun itu dilaporkan menaiki kereta jenis Toyota Corona  ...

baru habis SPM ke dik?



Quote lasagnaklcc 12-7-2021 05:13 PM
Mlm2 mcm tu kalau dah termasuk jln gelap mmg i patah blk awal2 lagi. Tu mujur ada line mintak tolong.
Quote Firenzza 12-7-2021 05:34 PM
sarahmirza replied at 12-7-2021 05:03 PM
baru habis SPM ke dik?

Ouhhh.....ada ke sis? Maaf le, lahir tahun 90an x pernah dengar nama tu.....hihihi
Quote monreyes 12-7-2021 05:52 PM
lagu ni aku ingat...
C. O. R. O. L. L. A, Corolla kesukaan Kami.
Quote Thunderclouds 12-7-2021 06:07 PM
Ade jual lg ke model nih??
Quote DumBell 12-7-2021 06:29 PM
Thunderclouds replied at 12-7-2021 06:07 PM
Ade jual lg ke model nih??

ada lagi..
corrolla 1.6cc =vios
corona 1.8 cc=camry
Quote nw111 12-7-2021 06:33 PM
DumBell replied at 12-7-2021 06:29 PM
ada lagi..
corrolla 1.6cc =vios
corona 1.8 cc=camry

Dulu siapa pakai corona ni hebat kot..
Quote DumBell 12-7-2021 06:35 PM
DumBell replied at 12-7-2021 06:29 PM
ada lagi..
corrolla 1.6cc =vios
corona 1.8 cc=camry

satu lagi model kt semenanjung kurang popular.. kt sabah sarawak byk n skrg harga mahal oo
toyota crown.. 2.0cc bersaing dgn datsun triple s(sss) kt sabah, sarawak byk lagi model ni yg lama2.. skrg nama dikekalkn crown tapi cc dinaikkn 2. 5cc
Quote wak_pijah 12-7-2021 06:43 PM
Seram sia tersesat masuk ladang sawit masa malam, gelap gulita tahap bold gitu
Quote MissVixen 12-7-2021 06:47 PM
Acik ni tengah malam rentas daerah, nak ke mana?
Quote dua_chzy 12-7-2021 06:51 PM
Memang Corona bawak sial ya.
Quote jfq 12-7-2021 07:14 PM
Kereta sangkut dlm lumpur bukan panggil tow truck ke
Quote MeghanK 12-7-2021 07:16 PM
waze tak salah, yang salah nya driver ikutttt je
iols selalu bantah cakap waze ok..konsep nya iols bukak takut terlepas simpang ke apa gitu je bukan bergantung 100% kat dia..hempon pon letak atas peha je sambil drive

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:03 PM GMT+8 , Processed in 0.065848 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top