CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tuan Nik Ezanee Sumbang Bantuan Tanpa Pangggil Media

6-7-2021 04:40 PM| Diterbitkan: kp5x| Dilihat: 10461| Komen: 95|Original author: Oleh: kp5x

Description: Senior Asisten Komisioner Polis (SAC) Nik Ezanee Mohd Faisal pernah tular ekoran sikapnya yang turun padang membantu seorang suri rumah yang telah ditangkap kerana mencuri Kool Fever, sosej dan kek di ...
Senior Asisten Komisioner Polis (SAC) Nik Ezanee Mohd Faisal pernah tular ekoran sikapnya yang turun padang membantu seorang suri rumah yang ditangkap kerana mencuri Kool Fever, sosej dan kek di sebuah pasaraya. 


Beliau yang ketika itu menjawat jawatan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya berpangkat Asisten Komisioner juga telah mengklasifikasikan kes tersebut sebagai NFA (Tiada Tindakan Lanjut).


Kredit : Facebook, Oh My Media

Dikatakan pernah membantu seorang lelaki dengan kes hampir sama iaitu tersilap mencuri makanan anjing di pasaraya untuk anaknya, nama SAC Nik Ezanee senyap seketika sejak dinaikkan pangkat sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor pada Mac 2021. 

Nama pegawai polis yang berkelulusan Master daripada sebuah universiti di Amerika Syarikat ini kembali mendapat perhatian apabila seorang bekas wartawan jenayah, Syahril A. Kadir memuatnaik satu hantaran di Facebook miliknya memaklumkan kehadiran Tuan Nik Ezanee di kawasan kejiranan beliau dan menyampaikan bantuan berupa barangan keperluan asas kepada penduduk yang tidak berkemampuan. Tiada media yang dipanggil, berita tersebut hanya dikongsikan penduduk di dalam grup WhatsApp.



Kredit : Facebook Syahril A Kadir

Sering muncul di rancangan 999 terbitan TV3 ketika bertugas sebagai Pegawai Narkotik di Sabah, SAC Nik Ezanee kemudiannya kembali bertugas di Semenanjung dengan memegang jawatan ACP Perhubungan Antarabangsa Urus Setia Ketua Polis Negara sebelum dilantik dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Petaling Jaya pada Februari 2020 dan pada Mac 2021 dinaikkan pangkat sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor dengan memangku pangkat SAC. 

Sedikit maklumat peribadi SAC Nik Ezanee, 43 yang berjaya dikumpulkan warga maya, beliau merupakan anak sulung daripada dua beradik, ibu dan bapa berasal daripada Kelantan dan kini menetap di Kuala Lumpur, telah berkahwin dan mempunyai seorang anak berusia 13 tahun. 


Kredit : ohmypress
 
3

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nazzse 6-7-2021 04:45 PM
Ngefans tegar sac @sharlenetexas
Quote Kurex 6-7-2021 04:46 PM
Dappppppnyehhhhhh
Quote shernazz 6-7-2021 05:05 PM
Amboi2 semua
Iols oernah letak pic.ketua balai bomba yang hensem.
Adoyai..baru masuk dlm.fb.
Dah ramai merentan
Gahahahahaha
Quote sharlenetexas 6-7-2021 05:35 PM
nazzse replied at 6-7-2021 04:45 PM
Ngefans tegar sac @sharlenetexas

Tenkiu uols

Quote sharlenetexas 6-7-2021 05:37 PM
Kurex replied at 6-7-2021 04:46 PM
Dappppppnyehhhhhh

Haippppp!!!!
Quote Skuau 6-7-2021 05:46 PM
"ini olang..a..wa mau buka pusat ulut pun...manyak susah...haiyaa..."- tauke pusat ulut lor...
Quote salmon-suki 6-7-2021 06:05 PM
Sy setuju nik ezanee jd PM ganti abah{:smile{:smile{:smile
Quote nakkomenjugak 6-7-2021 06:37 PM
baguslah macam tuuu tak gile glamer punya popo
Quote orgsepang 6-7-2021 06:41 PM
salmon-suki replied at 6-7-2021 06:05 PM
Sy setuju nik ezanee jd PM ganti abah{:smile{:smile{:smile

Haah, akak pun setuju. Nampak sempurna.
Quote salmon-suki 6-7-2021 06:46 PM
orgsepang replied at 6-7-2021 06:41 PM
Haah, akak pun setuju. Nampak sempurna.

Kannn..nampak berkarisma dan berkaliber gitu..baru betul .salunya y boyot2 jah jd PM,kasi chance pd y ada rupa,segak pulak..hihihi~
Quote tripleid 6-7-2021 07:47 PM
pgawai pdrm yg berintegriti tinggi mcm diani , type polis yg sgt ditakuti menteri kdn hamzah zainudin
Quote no_el 6-7-2021 08:17 PM
Nik ezani n ayub khan
Buat aku masih yakin akan integriti polis.
Tahniah buat anda berdua
Quote lurve82 6-7-2021 08:36 PM
Edited by lurve82 at 6-7-2021 08:37 PM

Masa dia bertugas narkotik sabah tu..mesti byk dia tgkp pengedar dadah kan…tp payah sana nak clear sbb senang masuk dari filipina dgn indon…

Kwn aku arwah bapak dia pencen ketua polis daerah…ada kedai hp cina ni…kata je jual hp tp kat bawah kabinet ada dadah..tokan dadah…dh bersih tp bila arwah bapak dia pencen, hidup balik kedai tu...
Quote haruslah 6-7-2021 08:44 PM
Netizen kata, sumbangan peribadi x payah tunjuk2
Kalau sumbangan org ramai, NGO...boleh tunjuk gamba, bideo bagai...muka, dlm rumah penerima...hatta muka anak2 kecik pun di expose
Quote haruslah 6-7-2021 08:45 PM
no_el replied at 6-7-2021 08:17 PM
Nik ezani n ayub khan
Buat aku masih yakin akan integriti polis.
Tahniah buat anda berdua

Kalau perasan, AK pun dah senyap sejak dua menjak ni....
Quote kakigojes 6-7-2021 08:58 PM
shernazz replied at 6-7-2021 05:05 PM
Amboi2 semua
Iols oernah letak pic.ketua balai bomba yang hensem.
Adoyai..baru masuk dlm.fb.

Siapakah gerangan ahli bomba itu.. bukan apa, for research purposes gitu
Quote kakikuDibibirmu 6-7-2021 09:02 PM
Nak jadi calon PM kena ada sakit cirit terlebih dahulu, hensem-hensem pun kalu tercirit tedagunanya
Quote no_el 6-7-2021 10:16 PM
haruslah replied at 6-7-2021 08:45 PM
Kalau perasan, AK pun dah senyap sejak dua menjak ni....

Adalah tu..
Ntah2 KP yg baru ni sound suruh diam
Tapi KP baru ni pun sesuatu sgt. X berbunyi langsung.
Quote Suchi 6-7-2021 10:19 PM
Tapi akak yg curi cool fever yg dia tolong tu la kan baru2 ni laki nya sebabkan anak asuhan depa ninggal tu.

Lihat semua komen(95)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 04:14 PM GMT+8 , Processed in 0.158753 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top