CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zara Zya Dituduh Makan Duit NGO Sendiri, Salah Guna Dana

6-7-2021 03:00 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7432| Komen: 33

Description: Pelakon Zara Zya meluahkan rasa kecewa apabila niat baiknya membantu golongan susah dipersoalkan segelintir individu yang mendakwa dia mengambil kesempatan atas kesempitan orang lain.
Pelakon Zara Zya meluahkan rasa kecewa apabila niat baiknya membantu golongan susah dipersoalkan segelintir individu yang mendakwa dia mengambil kesempatan atas kesempitan orang lain.


Malah lebih teruk, Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin berkata, dia dituduh menyalahgunakan dana yang dikumpul menerusi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkannya.

Foto: IG


"Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama lagi saya dan NGO sudah jalankan aktiviti bantuan. First projek saya sediakan PPE.

"Saya sedikit kesal dan kecewa apabila niat ikhlas saya untuk membantu ramai dipandang serong.

"Demi Allah saya tak ambil duit tu untuk tujuan peribadi, saya masih waras dan faham halal dan haram... hanya Tuhan saja yang tahu sumbangan tu sampai atau tidak ke tangan penerima, " ujarnya kepada mStar.




Menurut pelakon berusia 36 tahun ini lagi, setiap perkongsian video di media sosial berkaitan bantuan bukan untuk menunjuk-nunjuk.

Sebaliknya, ia bagi memberitahu bantuan tersebut sudah diagihkan secara telus kepada yang layak menerimanya.

"Saya dah cuba buat yang terbaik untuk hulurkan bantuan, korbankan masa dan tenaga, gunakan tulang empat kerat ni untuk turun padang sendiri sampaikan bantuan.



"Biarlah saya yang sakit, tapi saya tak sanggup ada orang susah berlapar dan terus bersedih, ” ujarnya.

Tambahnya, penubuhan NGO Malaysia Prihatin adalah bagi mendapatkan dana dan sumbangan diagihkan dengan betul tanpa keraguan.



"Malaysia Prihatin yang saya tubuhkan ini tidak perlu diragui. Ia sah dan maklumat tentang kempen dan resit juga disediakan selepas sumbangan dibuat, ” ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cruz2 6-7-2021 03:05 PM
Lately ni nmpk try hard sgt zara zya marketkan diri
Quote Puteri19 6-7-2021 03:35 PM
Bab kutip derma dgn iklan ubat kuat mmg iols nyampah kat zara zya nih.
Dah kenapa nak paksa2 org derma? Nak nangis2 org tak support? Byk lg NGO lain yg dah lama established & dipercayai.
Forte zara zya adalah dunia lakonan, & she is very good at it. Dpt duit beli rmh beli tanah sudahhh. Ada lebih sedeqah. Kan senang hidup. Buat apa nk susah pyh bisnes2 kutip2 derma pelbagai....akhirnya....
Quote LadyCarefree 6-7-2021 03:36 PM
"hanya Tuhan saja yang tahu sumbangan tu sampai atau tidak ke tangan penerima"

Bahaya ni. Tak ada manusia yg tahu. Tuhan je tahu. Jadinya siapa yg dapat bantuan tu?
Quote Cenderakirana9 6-7-2021 03:42 PM
Audit berkaitan NGO ni macam mana eh? Siapa tahu?
Quote cantthinkofany1 6-7-2021 03:57 PM
mcm sesuatu sangat minah ni...pernah tengok dia marah salah sorang staff dia ....sbb budak tu konon nak buat efek kreativiti masa nak shooting promo biskut zara buat....tapi tak la kreatif mana sbb budak tu mcm campak2 biskut tu ala ala mcm hujan biskut....mmg sah2 kena sembur....which aku rasa tak patut dia nak marah seolah2 budak tu sengaja.....
Quote dudaberhias 6-7-2021 04:02 PM
alahai ngo dia dan bisnes biskut dia sendu sangat ke...
dah berapa banyak gimik dah dia buat satu pun tak naik2...
penat je marketkan diri siap suruh orang baling2 biskut...

kesian dia dah dekat2 nak jadi andartu tapi masih kesenduan...

dah rhoper gini mana tak jadi andartu kak oiii...
Quote bambimbom 6-7-2021 04:05 PM
Euww yg gmbr dia pakai baju pink tu.. Aku rase netizen dah start menyampah la kot dgn ko Zainurul razia.. bertabah la eh
Quote laksmanabentan 6-7-2021 04:10 PM
cruz2 replied at 6-7-2021 03:05 PM
Lately ni nmpk try hard sgt zara zya marketkan diri

mcm2 dia cuba... tapi masih kurang kannn....
Quote Cik_jantung 6-7-2021 04:11 PM
Yg gatal nak jugak buat ngo dah kenapa.. nak bantu bantu je la setakat trmampu duit sendiri. Dh kenapa nak jd wakil duit org lain plak. Dh kitip duit org bleh cakap plak hanya Allah yg tahu sampai ke tak bantuan tu.. lolll tunjuk resit tunjuk buktila.. so org takleh kondem...  Simple kan
Quote Suci_Murni 6-7-2021 04:14 PM
I don't trust her... caranya macam sesuatu sangat
Quote mxsssgi81 6-7-2021 04:20 PM
Sape yg melayan percaya sgt artis siap bg duit sumbangan tu lah bodoh..

Jgn kang makcik yg ckp "xkan nk guna semua duit sy" tu pun terase.. die pun mintak duit msk akaun die ..

Ye.. die mmg x tipu..
Sape paham paham je la..

Rakyat msia sng kene scam.. Lg kalau artis.. Xyah buat pglan pun boleh kene scam .. Jual produk kurus tak kurus, produk putih tak putih.. tak rs kene scam ke..
Quote CiliPadiSedap 6-7-2021 04:21 PM
muka lawa patut jd artis bukan ngo jadi ngo orang tak percaya jadilah artis je.
Quote None68 6-7-2021 04:21 PM
Cakap je la cari duit poket..
Quote nakkomenjugak 6-7-2021 04:26 PM
ahh sudahhhh kes fraud kahhhh? team audit team lhdn team ngo team gofundme team banker team geledah rumah kak mah dulu mana? masuk mengadappp
Quote lattehazelnut 6-7-2021 04:28 PM
30% masuk poket kan..
Quote imanjannah 6-7-2021 04:32 PM
try hard sgt dik oii..
Quote twins 6-7-2021 04:33 PM
Sebab tu lebih baik guna fund sendiri jer kalau berhajat untuk membantu & bersedekah sebab yg berperasangka buruk jauh lebih ramai dari yg bercakap baik tntg niat baik orang.  Bila kita kutip duit dari orang walaupun 5 sen... orang akan bersangka buruk kalau tak nampak bantuan di sampaikan.   tapi kalau masa sampaikan bantuan viral pun orang mengata jugak ....kata saja menunjuk.... kalau tak viral kata makan duit.....   jalan terbaik... andai ada duit sendiri gunalah duit sendiri macam Naim Daniel tu... org nak join derma pun jangan open sbb banyak buruk dari baiknya pd diri sendiri.....
Quote lasagna 6-7-2021 05:06 PM
serious ar dia ada NGO dia sendiri? serious ar?
Quote Puteri19 6-7-2021 05:39 PM
Duit derma org ni amanah yg besar walau sesen pun diberi.
Sbb tu azfar badrul (youtuber yg byk tlg peniaga kecil) tak nak langsung ambil duit sedekah persendirian. Dia cuma terima upah iklan produk dan duit youtube utk sedekah kat peniaga2.

Zara Zya...what were u thinking? Haishh...
pengaruh tak besar, team pun tak kuat jgn la nk kutip derma org.

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:32 PM GMT+8 , Processed in 0.069971 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top