CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Majikan Aniaya Pekerja, Bayar Gaji Dengan Syiling

6-7-2021 05:49 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4021| Komen: 15

Description: Melanggar akta buruh! Itu yang dilakukan pengusaha sebuag kilang yang membayar gaji pekerjanya dalam bentuk syiling.
Melanggar akta buruh! Itu yang dilakukan pengusaha sebuag kilang yang membayar gaji pekerjanya dalam bentuk syiling.

Kejadian berlaku di Valenzuela City itu mula disedari selepas seorang pekerja kilang mengadu mengenai salah laku tersebut kepada pihak berkuasa.


Russel Manoza membuat laporan mengenai layanan diterima termasuk dibayar gaji 1,056 peso (89.30) dalam bentuk syiling lim dan 10 sen.


Kredit foto: FB Valenzuela City

Menurutnya, majikan terbabit memintanya hadir di kilang untuk menerima gaji terakhir selepas dipecat.

Namun, apa yang diterimanya adalah lambakan duit syiling.

Susulan laporan itu, permit kilang berkenaan digantung 15 hari kerana melanggar peraturan buruh.

Kilang itu juga berdepan hukuman lebih berat selepas disiasat susulan aduan pekerjanya mengenai ketidakadilan pengurusan dan pengabaian kebajikan mereka.


Malah, pengusaha diminta meminta maaf atas perbuatannya itu.



Namun, pengusaha itu mendakwa terdapat salah faham kerana syiling berkenaan sepatutnya diserahkan kepada gereja di Malabon. 


Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote salmon-suki 6-7-2021 06:06 PM
Korek duit tabung kot.. kekeke~{:smile
Quote Artemesiaa 6-7-2021 06:08 PM
Dah kantoi  banyak pulak alasan
Quote KIM.K 6-7-2021 06:09 PM
Kat mesia salah bayar gaji pekerja camni
Quote Belibis 6-7-2021 06:18 PM
Dan dan konar untuk sumbangan gereja..takkan takde payslip masa bayar gaji.
Quote nakkomenjugak 6-7-2021 06:31 PM
hihihihihhi ahhh alasanmuuuuu tak masuk akal
Quote Orix 6-7-2021 06:35 PM
Teringat cite confession of a shopaholic
Quote dani-rox 6-7-2021 06:38 PM
Namun, pengusaha itu mendakwa terdapat salah faham kerana syiling berkenaan sepatutnya diserahkan kepada gereja di Malabon.


elemen2 penunggang agama detected
Quote makneng 6-7-2021 07:17 PM
Tgk duit syiling byk2 teringat mokcun vs bekah.. Oktengsbai
Quote edayildiz 6-7-2021 07:18 PM
tu utk reramai ke? kalau sorg byk tu berat gak nk bwk balik gaji
Quote pxlbb 6-7-2021 09:39 PM
Kat sini nak tukar duit rm5 100 keping kat bank pun payah dan nak bank in syiling pun susah. Senang pulak dorang ni dpt duit sen sen.
Quote sehirkedi 6-7-2021 11:11 PM
'Salah faham, syiling utk gereja '. Percubaan konar baring, setelah aduan dibuat.
Quote supernaturalee 7-7-2021 02:20 AM
sehirkedi replied at 6-7-2021 11:11 PM
'Salah faham, syiling utk gereja '. Percubaan konar baring, setelah aduan dibuat.

Main kad agama lh plk

Quote LadyCarefree 7-7-2021 02:46 AM
Kesiannya. Harap terbela.
Quote kluangman 7-7-2021 09:24 AM
Belibis replied at 6-7-2021 06:18 PM
Dan dan konar untuk sumbangan gereja..takkan takde payslip masa bayar gaji.

Penunggang agama versi Latin Amerika
Quote uori 7-7-2021 12:04 PM
kat sini perkeso jab buruh buat keje macam siput, tak pun berat sebelah sungguh, patut tukar nama ke jabatan majikan

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 07:29 AM GMT+8 , Processed in 0.222975 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top