CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Apa Yang Buat Anda Fikir Saya Suka Dukung Heroin?" - Zul Ariffin

24-6-2021 12:22 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 8114| Komen: 40|Original author: Oleh: LilRose

Description: Keserasian ketika berlakon sangat penting bagi menghidupkan sesebuah naskhah. Setiap pelakon ada cara tersendiri untuk membina keserasian dengan pasangan gandingannya.
Keserasian ketika berlakon sangat penting bagi menghidupkan sesebuah naskhah. Setiap pelakon ada cara tersendiri untuk membina keserasian dengan pasangan gandingannya.


Kredit foto: IG


Zul yang sering digosipkan bercinta dengan pelakon gandingannya dalam drama bagaimanapun menjelaskan keserasian tidak dibina menerusi adegan intim atau bersentuhan semata-mata.

"Sebelum ini saya sering berlakon babak bersentuhan dengan gandingan saya. Bagaimanapun, perkara tersebut tak menjanjikan apa-apa. Nak bina keserasian bukan setakat pada babak bersentuhan.

"Saya seorang pelakon dan saya akan menyesuaikan diri. Perkara paling utama, saya memang akan menghormati setiap prinsip gandingan saya. Apa yang membuatkan dia selesa dan juga sebaliknya.


Kredit foto: Curi Curi Klik


"Lain orang lain caranya. Cara bergurau juga berbeza. Kami tidak diberikan masa untuk mencari keserasian. Segalanya bermula di set. Pada saya respek adalah perkara yang patut didahulukan," katanya kepada Media Hiburan.

Kata Zul, dia tiada masalah kalau gandingannya menolak untuk melakukan babak bersentuhan, malah dia menyangkal persepsi orang ramai yang melihat dia gemar melakonkan babak mesra atau bersentuhan.


Kredit foto: Curi Curi Klik

"Saya tidak pernah melihat perkara tersebut sebagai sesuatu yang menyeronokkan.

"Jika sebelum ini saya ada melakonkan babak dukung heroin saya, apa yang membuatkan anda terfikir yang saya suka. Saya sendiri tak faham. Saya hanya mahu selesaikan babak tersebut secepat mungkin.

"Saya seorang pelakon, itu dah menjadi tugas saya. Kalau gandingan saya tak selesa kita boleh bincang dengan pengarah. Saya tahu perkara seperi ini agak sensitif untuk diperkatakan," ujarnya.



Nak buat macam mana lagi, bila sebut nama Zul Ariffin saja mesti dah terbayang babak mesra, dukung-dukung, kan? - CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MsKathryn 24-6-2021 12:28 PM
@Kurex sila komen bg pihak bamjul{:thief
Quote MsKathryn 24-6-2021 12:30 PM
Apasal uyaina mkn x menarik.. masa mula2 masuk industri nmpk ok skrg mcm hmmm
Quote dudaberhias 24-6-2021 12:32 PM
Tak tahu nak kata, dia herlok je dulu.

Sekarang ni badan bogak dah dengan berjambang penuh haritu macam sabut kelapa.

Harap2 wangi dalam love elsa ni.

Kami nak tengok perlakon wangi, herlok je yach.
Teruna kiriman langit haritu heols sangat the kepam sebab penuh sabut kelapa dekat muka. Penat nak kena mengopek ngopek untuk cari mulut nak comolot. Sampai si muka asas terpaksa kahwin dengan wak muka berlubang boleh tuang teh ais tu. Risau takut kahwin dengan cikgu nanti nak kena gigih menyikat dan mencari mulut nak comolot.
Quote cikenit2007 24-6-2021 12:34 PM
Dalam menanti februari..plg best lakonan zul n fathia..tanpa sentuhan.nmpk serasi
Quote Diamje 24-6-2021 12:36 PM
Mohon asteruk letak subtitle bahasa melayu..aku dh pasang max volume pon masih x dengar jelas zulripin dgn uyaina ckp.. tak berbutir.. molot tu mcm kene gam...
Quote Kurex 24-6-2021 12:44 PM
Hmmmm kesian zul ripin difitnah.. kurex percaya je dia takde hati pun nak dukung pelakon pompuan yg ntah datang dari ceruk mana. Mungkin dia disuruh / memang diperlukan untuk scene yg mcm tu. Cuma pelakon pompuan boleh tolak adegan2 dukung sebab tu hak anda, tapi anda garit, anda rela je pengarah suruh buat apa, anda buat. Tu tanda anda sejenis lembab, bodoh tuli. Bukan macam abg zul ripin, dia professional... Malahan berbakat dan berupa
Quote sojambu 24-6-2021 12:48 PM
MsKathryn replied at 24-6-2021 12:30 PM
Apasal uyaina mkn x menarik.. masa mula2 masuk industri nmpk ok skrg mcm hmmm

Sheols ni muka tak menarik langsung untuk jadi heroine. Something is definitely off about her looks.
Quote Nenasketum 24-6-2021 01:14 PM
Nasib baik dia kluar Asteruk jer. Berdialog macam Mr. universere ala2 tak bukak mulut. Bukan romantik, dah macam OKU sudahnya.
Quote KIM.K 24-6-2021 01:33 PM
Dah tu nak heroin dukung ko
Quote ImpianSeroja 24-6-2021 01:34 PM
Iolls suka je bamjul berlakon..mmg artis grade A dia kalau dinilai dr segi bakat..bab peluk2,dukung2, gosip2 liar berterbangan tu iolls x nk komen la..
Quote minah_selekeh 24-6-2021 01:47 PM
Kurex replied at 24-6-2021 12:44 PM
Hmmmm kesian zul ripin difitnah.. kurex percaya je dia takde hati pun nak dukung pelakon pompuan yg  ...

Hahahahahah! Dia punya bias tu kann...
Quote slyfynx 24-6-2021 01:54 PM
That's why dalam video burung pun boleh tunjuk.
Ikut keserasian watak rupenye.
Hahaha.
Chop, lupe, deepfake
Quote ReginaGeorge 24-6-2021 02:00 PM
Kenapa tanya soalan susah ni?{:teatime tak dapat akak jawab. Kalau masuk dalam soalan alam dan manusia, confirm akak fail.
Quote chandrahusin 24-6-2021 02:22 PM
sbb muka pun mcm gatal
ZA ni hansem masa dgn Abby dulu2
skrg lebau nauuu
Quote Sugatae 24-6-2021 02:48 PM
Apsal la costume designer dlm drama ni pakaikan tudung heroin mcm tu? Pastu pakai knitted sweater kat msia ni? Adoi la! Pelik nau
Quote BoongaKertas 24-6-2021 03:06 PM
Kurex replied at 24-6-2021 04:44 AM
Hmmmm kesian zul ripin difitnah.. kurex percaya je dia takde hati pun nak dukung pelakon pompuan yg  ...

hahahahaha! kurex dtg menyelamatkan abamjul.
Quote Firis 24-6-2021 05:38 PM
Kurex replied at 24-6-2021 12:44 PM
Hmmmm kesian zul ripin difitnah.. kurex percaya je dia takde hati pun nak dukung pelakon pompuan yg  ...

Kurex sgt memahami zulripin ye.
Sbb pemahaman aku pun sma dr apa yg dia ckp scene tu tk kn dbuat klau pelakon prmpuan tk selesa n bleh je adjust scene tu klau plakon prmpuan tk nk buat jd mkna nya mna2 plakon prmpuan yg ada wat scene2 mesra menyendeng artis prmpuan tu selesa ye n tk kesah.
Quote Ritacomels 24-6-2021 05:44 PM
Kurex replied at 24-6-2021 12:44 PM
Hmmmm kesian zul ripin difitnah.. kurex percaya je dia takde hati pun nak dukung pelakon pompuan yg  ...

Hahahaha bias betolll kurex
Quote bedahmenjuyah 24-6-2021 05:45 PM
Kurex replied at 24-6-2021 12:44 PM
Hmmmm kesian zul ripin difitnah.. kurex percaya je dia takde hati pun nak dukung pelakon pompuan yg  ...

Dah agak kurex mesti beking pya. Tapi iols pun setuju apa kurex ckp... Ops

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:38 PM GMT+8 , Processed in 0.264003 second(s), 64 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top