CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Antivaks Tak Pernah Pergi Masjid Kutuk Dr Zulkifli Isu Bawa Selipar

24-6-2021 09:12 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2071| Komen: 3

Description: Dalam negara sibuk merawat pesakit COVID-19, pengagihan vaksin COVID-19 kepada seluruh rakyat juga giat dijalankan.
Dalam negara sibuk merawat pesakit COVID-19, pengagihan vaksin COVID-19 kepada seluruh rakyat juga giat dijalankan. 

Selagi tidak mencapai jumlah vaksinasi sebanyak 80 peratus populasi penduduk, selagi itu kita masih belum selamat lagi daripada wabak membunuh ini. Sasaran kerajaan sekarang adalah untuk mencapai imuniti kelompok pada hujung tahun ini. 



Kredit foto: IG Dr Zulkifli

Bagi memperhebatkan usaha tersebut, lebih banyak Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dibuka. Salah satu usaha kerajaan adalah dengan menggunakan masjid sebagai PPV yang lebih hampir dengan komuniti setempat. 

Usaha ini sememangnya mendapat sambutan baik daripada orang ramai. Bagaimanapun, ada juga yang cuba mencari lubang kesalahan sehingga menimbulkan isu yang tidak perlu. 

Di Twitter, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dilemparkan tohmahan mengenai isu penerima vaksin membawa masuk selipar ke dalam masjid semasa proses penerimaan vaksin. 




Kenyataan tersebut jelas ditujukan buat Dr Zulkifli di Twitter. Beliau bagaimanapun tenang menjawab tomahan tersebut. 

Jelasnya, gambar kejadian yang diambil itu adalah di Masjid Darul Hana, Kuching, Sarawak. Keduanya, selipar dan kasut jelas telah dimasukkan ke dalam plastik dan penerima vaksin membawanya bersama ke dalam masjid.


Kredit foto: Twitter

Dalam pada itu, warga maya yang lain turut menyokong kenyataan Dr Zulkifli dan menyifatkan isu tersebut tidak perlu dipanjangkan. 

Ianya hanya tohmahan bagi menjatuhkan imej pihak yang sedang menjalankan tugas sahaja.


Sumber: KoolFM

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 24-6-2021 09:31 AM
Halah halah halahhhhhh
Quote Firenzza 24-6-2021 10:24 AM
Kalau masuk plastik mesti dh jinjing selipar or letak kt luar? tp nmpk kt gmbr selipar tu dipakai. Ada 1 kes kt JPJ mana tah ada ahso pakai skirt pendek pak guard bagi kain sarung  habis kecoh 1 malaya kena serang jpj tu. Ni masjid la bkn tokong......terus teringat lagu faizal tahir....dlm fb org hina agamaku....

X silap aku dr dzul ni jg yg ucap ribu3 tania kt ngo yg lapor penghina agama.
Quote xpdckelate 24-6-2021 10:28 AM
ko belajar ilmu pun setakat celah gigi lagi mau lawan ustaz yg ilmunya lagi tinggi

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 06:51 AM GMT+8 , Processed in 0.075742 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top