CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

KJ Pembunuh Sebab Mix & Match Vaksin? Ini Reaksinya

24-6-2021 08:51 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4361| Komen: 26

Description: Khairy Jamaluddin menerusi Instagram Story menjawab kritikan terhadapnya termasuk tuduhan sebagai pembunuh.
Khairy Jamaluddin menerusi Instagram Story menjawab kritikan terhadapnya termasuk tuduhan sebagai pembunuh.

Sebagai menteri yang bertanggungjawab mengendali program vaksinasi Covid-19 beliau berkongsi beberapa siri catatan Instagram Stories miliknya.



Kredit foto: The Star

Khairy dituduh sebagai pembunuh apabila mencadangkan kacukan suntikan vaksin dan Khairy hari ini berkongsi laporan agensi berita AFP mengenai saranan Canselor Jerman Angela Merkel yang menerima suntikan vaksin Moderna setelah menerima dos pertama AztraZeneca.

Pada 17 Jun, Khairy mengatakan kerajaan sedang mengkaji kemungkinan kaedah “mix-and-match” untuk meningkatkan keberkesanan vaksin.

Khairy dalam posting itu menyorot bahawa antara kritikan yang diterimanya adalah digelar sebagai “pembunuh”.



Mengenai kritikan yang mendakwa dia sengaja membuat alasan dengan menyalahkan pengedaran vaksin secara tidak adil di seluruh dunia, menteri itu berkongsi laporan berita yang memetik Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Tedros Adhanom Ghebreyesus.

Ghebreyesus dipetik 8:38 AM 24/6/2021Reuters pada 24 Mei mengatakan bahawa 75 peratus vaksin Covid-19 diberikan oleh hanya 10 negara.



Walaupun Khairy berulang kali mengatakan secara terbuka bahawa Malaysia tidak memiliki daya beli yang dimiliki beberapa negara, dia semalam menuduh Eropah membolot vaksin.



Susulan itu, duta Kesatuan Eropah, Michalis Rokas menafikan tuduhan itu dan berkata bahawa 5 juta vaksin dari Eropah telah sampai ke Malaysia.

Namun, salah seorang penasihat Khairy telah menjelaskan vaksin tersebut kebanyakan telah diberikan kepada penerima.

Mengenai dakwaan bahawa pusat vaksinasi “besar-besaran” sebagai membazir, Khairy berkongsi laporan berita BBC yang menggambarkan perkara sama juga dilakukan di UK.



Mengenai kritikan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng bahawa Putrajaya tidak menumpukan kepada istilah “imuniti kelompok”, Khairy berkongsi artikel berita yang menyebut penasihat perubatan kepada presiden AS, Dr Antony Fauci menyebut “imuniti kelompok” sebagai “elusif” dan “mistikal”.

Fauci berulang kali menyatakan bahawa “imuniti kelompok” terhadap Covid-19 adalah “konsep yang sukar difahami” kerana tidak ada peratusan pasti penduduk yang perlu diberi vaksin untuk mencapainya.


Kredit foto: IG Story KJ

Sebaliknya, strategi untuk AS, kata Fauci adalah untuk memberi tumpuan kepada vaksinasi sebanyak mungkin orang, bukannya fokus pada ambang dan peratusan tertentu.

Pada 21 Jun, 18.73 peratus daripada 23.41 juta orang dewasa di negara ini telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Putrajaya berhasrat untuk memvaksinasi 80 peratus penduduk pada akhir tahun.


Sumber: Suara Merdeka

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 24-6-2021 08:58 AM
Lantak la nak jadi apa... Iols dah redha dah.... Mungkin aku 20% yg tak vaksin
Quote Firenzza 24-6-2021 09:19 AM
Kj ni nak kaji mix, try n error ke hapa? Bawah kementerian dia sapa yg nak conduct study ni? Apa facility yg ada? Vaksin pun beli luar ada hati plk nk study2....Klau nak telus, setiap kali dtg vaksin baru ko la org pertama volunteer cocok, x kira la cansino yg baru nk test kt pati, then klau blh bernapas lg kira blh try ky marhaen plk
Quote sarahmirza 24-6-2021 09:39 AM
Bukan ke kat Canada dah mixed vax ni?
Ke i dengar khabar2 angin indah dari my consultant semalam?

Quote aechae 24-6-2021 09:44 AM
sarahmirza replied at 24-6-2021 09:39 AM
Bukan ke kat Canada dah mixed vax ni?
Ke i dengar khabar2 angin indah dari my consultant semalam?
...


South korea pn nk try buat mixed ni...AZ+pfizer...last week kot ada kluar news nya...negara lain pn dh byk buat. Cuma negara kita ni KJ x nk bulat2 tiru apa negara lain buat....pn ada org bising salahkn jugak knapa kita nk buat kajian lg apasal x ikut je...
Pendek kata nk ikut menonong salah, nk buat kajian lg pn salah...tp yg bising2 tu mostly yg x amek pn vaksin cap tu.
Quote kerunai 24-6-2021 09:57 AM
Quote kerunai 24-6-2021 09:58 AM
Quote xpdckelate 24-6-2021 10:20 AM
negara lain pun ada mix n match apa masalah dia
Quote stingeralexis 24-6-2021 10:33 AM
xpdckelate replied at 24-6-2021 10:20 AM
negara lain pun ada mix n match apa masalah dia

Nak tunjuk la kesarjanaan krajaan utk kaji selidik sesuatu yg baru yg dapat memanfaatkan rakyat...sedangkan nanti last last ceduk dari negara lain...

haramjadah betul ...baru suruh handle vaksin pun sampai lani kenyang makan carutan seranah rakyat lembab bak siput barbie.....

negara lain vaksin dlm proses manufacturing...like spore...dah hantar deposit utk pastikan rakyatnya dapat vaksin secepatnya...ini vaksin dah masuk setahun lebih baru nak announce bayaran baru sat sat dibuat...skg menanti kepantasan ianya being delivered..

tak keww kimarkkkk betul namanya iteww?

ini carutan yg sah lagi halal khen xpdc?
Quote me12345 24-6-2021 10:35 AM
WHO dh bgtau jgn mix match lg sbb masih dlm kajian kan....
Quote stingeralexis 24-6-2021 10:36 AM
Yg sedia ada lembab macam nak mampus kau nak kendalikan pada rakyat , jgn jadi macam kimarkkk makyeh nak kaji selidik combi baru lak....

haramjadah betul krajaan tebok atap ini kheunz?
Quote xpdckelate 24-6-2021 10:46 AM
stingeralexis replied at 24-6-2021 10:33 AM
Nak tunjuk la kesarjanaan krajaan utk kaji selidik sesuatu yg baru yg dapat memanfaatkan rakyat... ...

carut politician xpe halal..jgn carut porumers lain nga mod je
Quote stingeralexis 24-6-2021 10:52 AM
xpdckelate replied at 24-6-2021 10:46 AM
carut politician xpe halal..jgn carut porumers lain nga mod je

Mod ada immuniti keww?

kahkahkahkahkah
Quote xpdckelate 24-6-2021 11:05 AM
stingeralexis replied at 24-6-2021 10:52 AM
Mod ada immuniti keww?

kahkahkahkahkah

xde tapi boleh potong kedit dan ban porumer kalu langgar kod etika berporum
Quote stingeralexis 24-6-2021 11:13 AM
xpdckelate replied at 24-6-2021 11:05 AM
xde tapi boleh potong kedit dan ban porumer kalu langgar kod etika berporum

Kod etika yg dinilai serta diadili, lebih pada sifat selective...?

Momod begini Takkan tak boleh kena maki?

Kahkahkahkah
Quote budaktua 24-6-2021 11:31 AM
Kurex replied at 24-6-2021 08:58 AM
Lantak la nak jadi apa... Iols dah redha dah.... Mungkin aku 20% yg tak vaksin

ramai je yg berebut slot 20% ni...


anti vax ori... anti vax sb takut jarum...

& anti vax yg kalau dia bg kerjasama cucuk vaksin dia anggap dia bg kerjasama kpd kjaan yg dia tk suka....

Quote AbukRokok 24-6-2021 11:32 AM
waiting for omega plus


omega plus.JPG


Quote AbukRokok 24-6-2021 11:35 AM
dimanakah jam omega?

Quote xpdckelate 24-6-2021 11:37 AM
stingeralexis replied at 24-6-2021 11:13 AM
Kod etika yg dinilai serta diadili, lebih pada sifat selective...?

Momod begini Takkan tak bole ...

provokatif dan makian terhadap porumers lain meme tidak dibenarkan.
mod akan bertindak berdasarkan report.
kalu mod salah guna kuasa juga akan diadili oleh SM dan admin
Quote xpdckelate 24-6-2021 11:38 AM

jam mahal ni
dalam gobok kot

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 08:40 AM GMT+8 , Processed in 0.063119 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top