CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Tak Ada Duit, Bagi Ketam Hidup Sebagai Upah Guaman

24-6-2021 08:20 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2453| Komen: 9

Description: Seorang peguam di Sorsogon City, Filipina menerima upah beberapa ekor ketam selepas kliennya memaklumkan tidak mampu membayar yuran guaman, lapor laman berita GMA News Online baru-baru ini.
Seorang peguam di Sorsogon City, Filipina menerima upah beberapa ekor ketam selepas kliennya memaklumkan tidak mampu membayar yuran guaman, lapor laman berita GMA News Online baru-baru ini.

Dalam satu hantaran Facebook yang tular, Noel Allen Bose berkongsi foto dirinya memegang beberapa ekor ketam di tangan kananannya dan beg bimbit di tangan kirinya. 





Bose berkata, selepas satu perbicaraan kes, seorang klien memberitahu bahawa dia tidak mempunyai wang untuk mebayar yuran guaman Bose dan bertanya jika boleh membayar khidmatnya dengan ketam yang telah ditangkap.


Bose bersetuju dan menerima ketam tersebut.

“Hadiah ketam ini sememangnya mengenyangkan namun reaksi positif anda semua terhadap status ini menjadikan hati saya berasa terharu. 

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua peguam yang bertugas untuk sektor kerajaan dan swasta,” tulis Bose pada hantaran itu.



Kredit foto: FB

Tambahnya, peguam jarang menulis atau berkongsi tentang kerjaya atau cabaran kes yang dihadapi namun mereka sentiasa berusaha keras untuk memenuhi janji bagi membantu warga Filipina.


Sumber: Kosmo
2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Simunggu 24-6-2021 08:51 AM
tak faham...jadi kenapa lah???
Quote KIM.K 24-6-2021 08:52 AM
Boleh jadi peguam tu sendiri terdesak nak pakai tunai. Harap kat last payment ni. Tapi dia accept atas budi bicara
Quote sue_liah 24-6-2021 02:35 PM
baiknya hati...gemok2 gak ketamnya masak lemak sedap ni
Quote dua_chzy 24-6-2021 02:38 PM
Simunggu replied at 24-6-2021 08:51 AM
tak faham...jadi kenapa lah???

Minta puji juga ko ni.
Quote Simunggu 25-6-2021 12:45 PM

upah ketam tak bagus kah???
Quote Artemesiaa 25-6-2021 01:20 PM
Ada jugak imbuhannya bukan sekadar kata terima kasih je atas pertolongan
Quote dua_chzy 25-6-2021 01:24 PM
Simunggu replied at 25-6-2021 12:45 PM
upah ketam tak bagus kah???

Ntah. Ko tanya diri ko la. Ko yang mula2 tanya, jadi kenapa la?
Quote Suchi 25-6-2021 01:52 PM
Harga ketam tu berapa kat sana? Mcm ketam
Nipah tu isi padat padu
Emmm dapnyaa lama plak tak makan ketam walupun kadang bibir luka dek kekah sepit ketam.
Quote namemysoul 26-6-2021 08:39 AM
Penah tgk cite korea ada org x dak duit byr upah peguam dengan hasil pertanian...

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 01:20 PM GMT+8 , Processed in 0.360299 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top